Wednesday, January 18, 2006

salahkah aku?

assalamualaikum,

(pantun khas buat adik2 yang g acheh)

pergi kerjauhan,
mencari redha Ilahi,
bukan sekadar mencari keseronokan,
tapi tanggungjawab yang terbeban...

so, alhamdulillah, dah settle sikit masalah, lega sikit rasanya beban di atas bahu...letih rasanya, penat rasanya, tapi itulah dunia ini, penuh dengan dugaan dan sebagainya...ujian yang takkan pernah padam, dan akan bertambah sukar, kecuali bagi orang2 yag tidak mahu untuk di uji...mereka akan memberikan pelbagai alasan, dan akhirnya, jauh ketinggalan berbanding yang lain, dan mula menyalahkan takdir pabila kesedaran kembali melanda...

anyway, walau penat pun, tetap kene teruskan, takkan ada titik noktah, kecuali dah mati nanti...badan rasa tak sehat sebab dah dua minggu tak bersenam berat, macam joging ker, main bola ker...nak main, hujan lebat bertimpa2...setiap hari tanpa belas kasihan...tak larat nak main hujan...tengahari yang panas terik membakar kulit tak menjamin kecerahan petang nan indah...so, petang ni, dah gelap balik, tension!!! badan dah mula menunjukkan tanda2 penuaan..kalau tengok, Nabi s.a.w junjungan mulia, badan nan sihat, hingga ke tua, kita? tengok perut, takde hasil..

ok arr...ngantok ni sebenarnya, so, mamai sikit, dah dua tiga hari bertungkus lumus, so, insyaALLAH, malam ni agak rehat, nak tido awal sikit...boleh qiam! bestnyer!! hehe...

wassalam

-zakri-
-nikmatilah keindahan iman dan islam yang sebenarnya, dan kau takkan menyesal walau sedikitpun...-

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...