Wednesday, February 14, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Masjid Muhammadiah (Masjid Cina)

Assalamu'alaykum,

Selepas berjalan di Sungai Klah, Teluk Intan dan Pasir Salak. Perjalanan kami diteruskan ke bandar Ipoh. Travelog kali ini akan berkongsi tentang tempat pertama yang kami jelajahi di Ipoh, iaitu Masjid Muhammadiah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina. Kedudukan masjid ini sedikit ke dalam, iaitu di dalam kawasan perumahan.

Pemandangan daripada pintu masuk Masjid Cina



Kerusi di luar Masjid Cina


Maklumat tentang Masjid Cina
Masjid Muhammadiah ini dibina sebenarnya merupakan kesinambungan daripada sebuah surau kecil yang telah dibina pada 1980an, oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Latif bin Haji Mohd Kassim bersama penduduk awal Taman Tasek Jaya, Ipoh.

Senibina masjid ni diilhamkan dengan senibina Cina sepenuhnya, menunjukkan bahawa agama Islam boleh dianuti pelbagai bangsa dan diadaptasikan dalam pelbagai budaya dan latar belakang. antara senibina menarik yang ada adalah di bahagian atapnya, terdapat bentuk bunga, dan di setiap penjuru atap, terdapat bentuk Naga.

Masjid Muhammadiah

Menara di Masjid Muhammadiah

Bentuk bucu atap Masjid Muhammadiah

Atap yang mempunyai hiasan berbentuk bunga, dan juga kepala naga

Diharapkan usaha dan niat murni yang diilhamkan ini mampu diterapkan dalam masyarakat di negara ini, dan di Negeri Perak khususnya.

Regard dan jumpa lagi dalam siri travelogzakri di masa akan datang. Lebih lagi tempat menarik di Ipoh dan Perak akan dikongsikan.


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...