Wednesday, February 07, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Kompleks Bersejarah Pasir Salak

Assalamu'alaykum,

Pada siri travelogzakri Trip ke Perak yang lepas, kami telah menjelajahi Menara Condong Teluk Intan. Destinasi seterusnya adalah ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Kedudukan Kompleks ini sedikit ke kawasan pendalaman. Dan ianya berada di tepi sungai. Terdapat pelbagai tempat bersejarah di kompleks ini, termasuklah tempat di mana J.W.W Birch dibunuh.

tersergam indah di hadapan kompleks ini adalah pintu gerbangnya, yang ingin menerangkan kepentingan kompleks ini dalam sejarah Malaysia, dan Perak khususnya.

Pintu gerbang Kompleks bersejarah Pasir Salak



Pintu Gerbang Pasir Salak dari perspektif berbeza
Peta kawasan Kompleks
Masuk ke dalam pintu gerbang ini, kita akan mendapati terdapatnya peta bagi kawasan kompleks ini, yang bersebelahan dengan Sungai Perak yang mengalir deras di sebelahnya. Dalam peta ini ianya menunjukkan bangunan dan beberapa binaan lain yang terdapat dalam Kompleks ini, termasuklah masjid, tugu peringatan, meriam lama dan lain-lain lagi.

Jam Suria

Terowong Sejarah Pasir Salak

Masuk lebih dalam lagi, terdapat satu binaan seperti bulan, dan ianya adalah Jam Suria. Jam Suria melambangkan masa sebagai simbolik kepada konsep pembinaan terowong sejarah Pasir Salak megikut kronologi. akan tetapi, disebabkan kami tiba hampir jam 5 petang, kami tidak dibenarkan untuk memasuki terowong sejarah ini. kami terlepas untuk mempelajari lebih dalam lagi berkenaan kronologi sejarah di Pasir Salak ini.

terus ke dalam bahagian kompleks ini, kita akan dapat melihat beberapa rumah lama, dan kemudian, terdapatnya satu alatan lama, iaitu Lela Rentaka. Lela Rentaka adalah merupakan meriam buatan orang Melayu. panjangnya 3 kaki, dan ianya digunakan oleh pahlawan Melayu utuk menembak tentera British ketika itu. ianya dibuat sekitar tahun 1850an.

Sudut Ilmu berkenaan Lela Rentaka

Lela Rentaka
Kemudian, berdekatan dengan Lela Rentaka, terdapat masjid lama, iaitu Masjid Pasir Salak. ianya masjid tertua yang dibina di mukim Pasir Salak. Masjid asal telah dihancurkan oleh Penjajah British sekitar tahun 1875-1876. 

Dan di sebelah masjid ini, terdapat tugu peringatan J.W.W Birch yang dibina oleh British. Dan berdekatan dengannya, terdapat Tugu Pahlawan Perak, yang memperingati peristiwa penentangan orang Melayu terhadap penjajah British pada 2 November 1875

Tugu Peringatan J.W.W Birch

Tugu Pahlawan Perak

antara rumah lama di dalam kompleks ini
Itu sahaja untuk post kali ini, iaitu bagi travelog ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Selepas ini, post seterusnya akan menjelajahi kawasan Ipoh pula. 

Regard!~~

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...