Saturday, November 11, 2017

Review Buku: Kesatria

Assalamu'alaykum,

Orait. kali ini ingin membuat review (tapi tak semua) berkenaan buku dalam Siri Kronika Nashan, iaitu buku Kesatria. review buku pertama Aristokra dan kedua Wizra telah dibuat sebelum ini. Buku ketiga ini sambungan berkenaan pertembungan antara Negara Nashan dengan gerombolan reneger yang ingin menyerang negara mereka.




owh, sebelum terlupa, kali ni saya telah menempah buku lebih awal, maka... jeng jeng jeng, saya telah mendapat tandatangan penulis buku, iaitu Abang Pat.. yeay...


Dalam buku ini juga terdapat peta Negara Nashan dan kawasan sekitarnya. seperti peta di bawah. 


Ok, kembali kepada review buku. Kali ini, penulis menceritakan detik terakhir pertarungan antara askar Negara Nashan dalam melindungi negara mereka dari serangan reneger (peta atas, bertempat di sebelah atas kanan). bagaimana Mori berdepan dengan ketua reneger yang hebat itu, dan bagaimana kesudahan pertarungan mereka, adakah Mori yang menang? atau Ketua Reneger tersebut?

dan seperti biasa, kali ini buku ini disulami kisah terdahulu dari sebelum kisah Kronika Nashan ini. kali ini, ia menceritakan bagaimana Shilrung (pengasas Negara Nashan), selepas dia menghapuskan Kodra (rujuk buku Kronika Nashan: Aristokra), dan bagaimana dia telah diselamatkan, dan kisahnya pergi ke Negara Dashan, dan insiden berlaku di sana, sehingga nelayan2 dari pelusuk Laut Timur muncul di Dashan. sebab apa? boleh beli dan baca lanjut...

selain itu, penulis juga mula menceritakan latar belakang kisah Izil, yang ingin menggabungkan seluruh kabilah-kabilah dalam wilayah Tundra, agar bersatu agar......

penulis juga memberikan sedikit tentang kedatangan Drakhonar... Jembalang Api ke kawasan Tundra....


orait, itu sahaja. boleh beli dan baca lanjut dalam buku Kesatria.. dan saya akan setia menunggu buku keempat siri Kronika Nashan ini.

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...