Saturday, November 18, 2017

Review Buku: Pelukis (Arkitek) Jalanan

Assalamu'alaykum,

orait, kali ini nak bercerita tentang buku pertama karya Teme Abdullah ni. untuk karya kedua telah di review dalam review buku Arkitek Pelukis Jalanan. Buku ini sepatutnya dibaca dahulu sebelum membaca buku kedua untuk elak spoiler yang terlebih2 dalam buku kedua. hehe...




Penulis menceritakan struggle seorang kelana (diri penulis) di bumi orang asing, bagi mencapai salah satu cita2nya. Sebelum terlupa, dia sebenarnya mendapat penajaan awal daripada MARA, akan tetapi ketika membuat A-Level, penulis fokus kepada "dakwah dan tarbiyah" yang dirasakan lebih penting dari pembelajarannya, dan menjadikannya tidak fokus kepada pengajian di A-Level. Dan penulis mendapat keputusan yang menyebabkan penaja tidak mahu menajanya. tak faham? ulang semula ayat di atas.

ketika ingin ke UK, penulis menggunakan semua duit simpanannya hasil perniagaan dan aktiviti seninya ketika A-Level (2 tahun katanya). dan sampai ke UK, dia tidak punya wang yang cukup utk membayar yuran pengajian dan sara hidup. Bagi membayar yuran pengajian dan sara hidup serta sewa bilik, penulis  membuat macam kerja2 sampingan (separuh masa), dengan masa suntuk untuk menyiapkan pelbagai tugasan di Universiti. namun wangnya masih juga tidak mencukupi.

Selain itu, pelbagai insiden yang berlaku juga dengan rakan2 pengajiannya. malah dia juga menceritakan bagaimana salah seorang rakan sekelasnya menikam belakangnya dalam salah satu tugasan...

bagaimana penulis kembali bersemangat dan berjaya membayar yuran pengajiannya? dan bagaimana dia melihat sisi sudut kehidupannya? boleh beli dan baca lanjut dalam buku ini...



akhir kata...;
penulis ingin menyatakan, bahawa dalam hidup masih ada peluang dan ruang bagi setiap orang memperbaiki dirinya, malah kehidupannya... dan sentiasa berharap kepada ALLAH, dan mensyukuri apa yang diberikanNya kepada kita.... Setiap orang ada kelebihan dalam sesuatu aspek. dan ianya boleh digunakan dalam keadaan yang sangat baik, dan membawa kebaikan.

semoga kita juga dapat mengorek dan mengenalpasti apa kelebihan kita yang boleh dijadikan kebaikan, dan lebih baik lagi, membaikkan orang lain pula...

regard. 

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...