Monday, November 13, 2017

Drama Runners: Sundown Night Marathon 2017

Assalamu'alaykum,

Pada hari Sabtu yang lepas, satu acara larian telah dijalankan, iaitu Sundown Night Marathon, dengan motonya "Sleep Can Wait". Iya, tidur boleh tunggu, sebab apa? sebab event ini, bermula malam, malah lewat malam lagi. huhu.



Sundown Night Marathon adalah salah satu acara larian yang berprestij, dan biasanya dilakukan satu acara di Malaysia, dan satu lagi di Singapura. Acara larian di Malaysia pula biasanya bertukar-tukar tempat, tahun ini (2017) ianya dilakukan di Johor (Iskandar Puteri), tahun lepas pula (2016) dilakukan di Pulau Pinang. Manakala di Singapura pula, biasanya dilakukan setiap tahun (setakat ini).

So, saya pada dua tahun lepas telah mendaftar acara Sundown ini, akan tetapi disebabkan kaki sakit pada waktu itu, saya tidak dapat berlari, dan memberikan bib larian kepada rakan. Tahun lepas pula, acara ini dilakukan jauh di Utara, iaitu di Pulau Pinang, jadi tak dapat join. Jadi tahun ini, bila mendaftar, rasa agak berkobar2 untuk menghabiskan larian, lagi2 lepas berjaya habiskan 21KM pada acara HSN21KM pada bulan Oktober 2017.

Akan tetapi, ianya tidak secantik cuaca yang cerah di pagi hari, sebab rupanya banyak juga dugaan kali ini. Pertamanya, jalan banyak ditutup, dan acara ini walaupun dilakukan di Iskandar Puteri yang jauh dari penempatan, akan tetapi untuk mendapatkan tempat letak keretanya, agak jauh dan mencabar. Acara larian 10km bermula jam 9.30 malam, dan saya telah bertolak dari rumah awal, dengan anggaran sampai sekitar jam 8.30malam.

Tetapi, disebabkan banyak jalan dah mula ditutup, saya terpaksa berpusing-pusing di kawasan Nusajaya itu, hampir 30 minit untuk mendapat parking, yang juga jauh, iaitu sekitar 2km dari tempat acara. Saya terpaksa berjalan kaki ke tempat larian, dan bila sampai, acara hampir bermula (lagi 2minit). Saya tidak sempat panaskan badan dengan betul, malah tak sempat nak rengangkan badan pun.

Dan saya antara orang yang terakhir memulakan larian.. haha... Ini kali pertama jadi seperti ini. Disebabkan kecuaian (lambat sampai). Sedangkan isteri saya telah ingatkan untuk bergerak awal. Kami keluar awal, cuma terpaksa isi minyak dulu, jadi sedikit terlewat. Dan Waze tidak membantu langsung. Waze memberikan tunjuk jalan ke jalan2 yang telah ditutup.

Tapi takpelah, ianya jadi pengajaran. Dan malam tu, memang tak perform pun. Lari sekadar mampu sahaja. huhu~

Regard, Wassalam

*gambar pun takde. nampak tak stressnya di situ? huhu

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...