Sunday, March 02, 2014

Pesanan dari Mimbar: 28 Feb 2014

Assalamualaykum,

Alhamdulillah, diberikan sedikit kesempatan sekali lagi. Kali ini, tempat solat jumaat ada di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai. Di mana masjidnya adalah masjid baru, dengan rekabentuk moden sedikit berbanding surau atau masjid lama. Solat jumaat di masjid ini baru bebrapa kali, kerana ianya baru dibuka beberapa minggu yang lalu.


Kali ini juga terasa khutbh jumat sangat pendek. Mungkin kerana bila fokus sambil salin nota, ianya terasa sangat pendek. Kalau tidak fokus, mungkin terasa minit2 yang berlalu itu lama...

Khutbah jumaat minggu ini berkisar kepada keadilan. Keadilan yang perlu ditegakkan oleh setiap orang, terutama kepada seorang MUSLIM (baca: bukan pemerintah sahaja, pemerintah lebih perlu menegakkan keadilan). Ianya dimulakan dengan ayat surah Al-Maidah:8, yang mafhumnya, kita perlu menjadi orang yang menegakkan keadilan dan kebenaran.

Allah menyatakan bahawa, manusia perlu menegakkan keadilan, dan memerangi kemungkaran. Keadilan tidak mengira kaum, jantina, bahasa dan sebagainya. Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam diri setiap individu muslim, adil dan saksama dalam bahagian pekerjaan, rumahtangga, anak2, adik beradik, jiran tetangga dan sebagainya. 

Adil adalah sifat yang dituntut oleh Islam, kerana bila keadilani tu dilaksanakan, ia dapat menunjukkan keindahan Islam itu sendiri, terutama di mata manusia. Ianya hak semua manusia. Perintah ini seiring dengan sifat Allah s.w.t itu sendiri.

Dalam hadith Qudsi telah dinyatakan bahawa, sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman dalam zatKu..

Keadilan juga menghiaskan individu muslim itu sebagai taqwa. Hamka telah berkata: keadilan adalah pintu terdekat kepada taqwa, ianya akan dapat merasakan kemenangan tanpa taranya.

Jadi, kita perlu menghisab diri kita, adakah kita adil kepada isteri kita, pekerja kita, adik beradik kita, dan sebagainya. Keadilan itu adalah sifat yang perlu dilatih dan diamalkan, dan ianya tidak datang dengan sendiri. Jangan sekiranya sebelum ini kita dizalimi, tidak diberi keadilan oleh oran lain, menyebabkan kita berlaku tidak adil juga kepada orang lain juga. 

Dalam surah An Nahl:30, "dan ditanya pula kepada orang orang yang bertaqwa, apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Mereka menjawa, kebaikan. Orang orang yang membuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat adalah sebaik2 negeri bagi orang bertaqwa.

Jadi, adakah kita telah melaksanakan keadilan? Meletakkan sesuatu pada tempatnya......

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...