Tuesday, March 04, 2014

Menuju Ramadhan

Assalamu'alaykum,

sedarkah anda, bahawa Ramadhan itu,
bakal tiba dalam kurang 4 bulan sahaja lagi?



masih teringatkah lagi malam2 yang sepi itu,
dipenuhi zikir-zikir munajat,
dan sejadah yang terbentang rapi,
serta Al-Quran yang ditatap penuh emosi...

ianya kini hampir tiba kembali,
dekat tak dekat,
jauh tak jauh,
sebulan terasa sebentar sahaja,
sehari apatah lagi,

jadi, di manakah kita menghadapinya kali ini,
adakah sudah tersedia,
adakah sudah bersedia,
adakah sudah sedia menantinya?

hadirnya adalah pasti,
adakah hati kita, diri kita, mata kita, telinga kita, tangan kita,
akan menyambutnya?
atau hanya sekadar keluhan sahaja,
kerana "akan lelah" bila ianya tiba,

oh tilawahku,
oh qiamku,
oh, solatku,
oh puasaku,
oh zikirku,
bertambahlah kalian,
tusuklah hati ini dengan iman,
agar kali ini, ramadhan mampu menjadi sang pedoman,
agar hari2 ku seperti hari2 ramadhan,
yang lazat dan enak berdamping dengan Tuhan....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...