Thursday, February 27, 2014

Tips hari ini: Tujuh Cara untuk Menambahbaik Penulisan anda Dengan Cepat

Assalamualaykum,

kali ni nak berkongsi satu blog entry daripada satu website, dan ditranslate dalam bahasa melayu untuk lebih mudah difahami. harap dipermudahkan.. *wink wink*





Samaada anda menulis catatan blog, cerita pendek, atau karangan akademik, anda mahu menulis dengan sebaik mungkin. Tidak kira apa latar belakang akademik anda, terdapat cara yang cepat, dan tidak menyukarkan anda untuk memperbaiki penulisan anda.

1. Berikan orang lain baca penulisan anda dan berikan maklum balas

Kadangkala merasakan anda akan ada hadirin/pembaca adalah bahagian yang paling sukar, tapi ianya adalah sangat perlu! Bila orang lain membaca penulisan anda, dia akan melihatnya dengan mata dan pemikiran yang lebih segar. Anda telah melihat dan membaca penulisan anda berjam-jam malah berhari-hari! Anda telah tahu di mana titik noktah, tanda seru, dan sekiranya ada kesilapan, anda mungkin tidak menyedarinya! Dapatkan maklum balas daripada orang lain juga bermaksud anda akan boleh mengulang balik penulisan anda. Sekiranya sesuatu itu masuk akal pada anda, akan tetapi pada orang lain, anda perlu perjelaskan atau mengembangkan pandangan anda

2. Lebihkan latihan, kurangkan kerisauan berkenaan teori (Practice more, worry about theory less)

Tulis, tulis, tulis! Berapa ramai orang yang anda jumpa, mengatakan mereka nak menulis buku cerita atau novel? Dan berapa ramai yang sebenarnya menulisnya? Sesiapa saja boleh bercakap, tapi anda perlu buatnya! Duduk dan tulis apabila anda punya kesempatan. Jangan risau berkenaan tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat. Jangan kira berapa banyak ayat dalam perenggan anda, atau risau tentang pernyataan thesis. Mula menulis dan jangan berhenti sehingga anda selesai. Akan ada masa untuk pembetulan. Akan ada masa juga untuk membaca jenis dan struktur. Sekiranya anda memikirkan tentang perkara ini masa menulis, atau sebelum anda bermula, anda akan merasa terhalang. Menulis adalah lebih kreatif dari itu semua - anda perlu bebaskan pemikiran anda untuk meletakkan segala pandangan anda di atas kertas, dan memuktamadkannya kemudian.

3. Ber-eksperimen dengan format, genre dan struktur yang berbeza

Jangan hadkan diri anda menulis dalam satu bentuk penulisan sahaja. Cuba bentuk cereka atau fiksyen, dan juga tidak cereka. Tulis seperti ianya adalah diari, atau tulis bentuk suspen, dengan setiap bab berakhir dengan tergantung. Tulis karangan formal, dan masukkan unsur humor ke dalamnya. Cuba tulis ayat yang panjang dengan mencelah dengan penyataan pendek. Walaupun untuk hasil akhir ianya perlu dalam bentuk sangat formal, cuba bermain dengannya dalam draf awal. Anda akan dapat mengenalpasti sudut pandangan lain untuk diterokai, dan sekiranya tidak, setidak-tidaknya anda dapat keseronokan dalam proses ini!

4. Baca secara meluas

Membaca adalah sama penting dengan bereksperimen. Lebih banyak anda membaca, lebih banyak anda terdedah dengan pelbagai jenis penulisan. Lebih banyak cerita anda baca, lebih banyak imaginasi akan bertindak balas dan dapat mereka cerita dengan sendirinya. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda mungkin fikir anda tidak suka sains fiksyen, tapi pernahkah anda cuba membacanya? Anda tidak akan tahu samaada anda menyukainya atau tidak, dan adakah ianya akan memberi inspirasi pada cerita anda sendiri. Tidak lupa juga, lebih banyak anda membaca, lebih banyak anda akan dapat bercerita! Anda akan dapat menyertai perbualan tentang literatur - popular dan asas!

5. Ambil pengalaman sebanyak mana yang anda boleh

Apa yang anda boleh tulis sekiranya anda tetap tinggal dalam buih atau tempurung kelapa anda setiap masa? Keluar dan terokai dunia. Buat trips, katakan ya bila anda merasakan untuk berkata tidak! Alami apa jua yang anda boleh, kerana setiap perkara boleh ditulis dalam bentuk cerita. Walaupun pengalaman yang janggal boleh ditukar kepada cerita pendek atau blog post yang kelakar! Cuba lebih terbuka kepada semua perkara, dan lihat bagaimana penulisan anda bertukar!

6. Beri perhatian kepada dunia di sekeliling anda

Apabila anda keluar mengambil pengalaman hidup, beri perhatian kepada dunia! Lihat pemandangan, lihat orang-orang yang berjalan-jalan. Anda akan dapat melihat mudah untuk menulis cerita tentang mereka dan apa yang mereka lakukan. Kenalpasti butiran-butiran kecil, kerana butiran-butiran kecil sangat penting dalam penulisan - ianya akan menjadikan cerita anda lebih hidup dan jelas kepada pembaca anda.

7. Cari tempat anda

Ianya sukar untuk menulis sekiranya anda tidak fokus. Cari tempat untuk menulis, dan jadikan ianya tempat untuk anda menulis. Kadangkala ianya membantu untuk menulis di tempat yang sama setiap kali. Bila anda pergi ke tempat tersebut, anda tahu ianya masa untuk anda menulis. Jangan bayar bil apabila anda di sana; jangan baca majalah atau berbual dalam talian. Peruntukkan tempat untuk menulis, pastikan tempat itu adalah yang terbaik untuk anda. Adakah anda perlu suasana yang senyap? Tutup pintu pejabat anda, atau cuba pergi ke perpustakaan. Adakah anda perlu hiruk-pikuk orang ramai di sekeliling anda? Cari meja di hujung cafe atau restoran. Cari tempat yang anda boleh menulis dan biarkan ayat-ayat anda mengalir keluar!


Reference:
Allison Renner, 2014, 7 Effective Ways to Quickly Improve Your Writing, url:
http://www.lifehack.org/articles/productivity/7-effective-ways-quickly-improve-your-writing.html

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...