Assalamu'alaykum,
khutbah jumaat merupakan salah satu pengisian yang pasti akan didengari oleh setiap muslim, setidak2nya seminggu sekali (sekiranya khutbah jumaat adalah satu2nya pengisiannya setiap minggu). dan minggu lalu, mengambil ibrah dari blog entry seorang sahabat minggu lalu, minggu ini ketika khutbah jumaat, nota ringkas dibuat berdasarkan khutbah jumaat.
ok, sebelum masuk ke nota ringkas tersebut, nak berkongsi sedikit, bahawa ketika membuat nota ringkas ini, khutbah jumaat kali ini terasa sangat pendek berbanding khutbah2 jumaat yang lepas. yang mana hanya mendengar dengan taat sahaja (baca: jika awak tahu apa yang saya maksudkan). jadi, insyaALLAH, lepas2 ni, akan cuba mencatat nota ketika khutbah jumaat, agar dapat disampaikan kepada rakan2 yang berlainan negeri, kerana setiap negeri, khutbah jumaatnya berbeza, kerana khutbah jumaat biasanya disediakan oleh Jabatan Agama Negeri masing2...(JAINM-jabatan agama islam negeri masing2?, haha)
------
Solat Subuh
dalam satu hadith (Riwayat Termizi): sabda Nabi s.a.w: berkatilah ummatku pada waktu subuh. waktu subuh merupakan waktu yang biasanya sukar untuk manusia bangun, dan bersolat berjemaah di masjid. kejayaan dan nikmat daripada ALlah s.w.t terutamanya pada waktu subuh.
dalam khutbah jumaat ini juga, khatib menyatakan bahawa, solat subuh berjemaah di masjid adalah cara untuk mengenalpasti keutuhan pegangan agama seseorang. malah Salahuddin al-ayubi menjadi solat subuh berjemaah sebagai tanda aras kepada susunan tenteranya. (selain qiamullail), kerana keberkatan pada solat subuh itu sendiri dan doa selepas solat subuh.
solat subuh berjemaah di masjid juga merupakan satu mujahadah lemawan hawa nafsu, dan ianya adalah mujahadah tang besar kepada individu muslim. dan waktu subuh itu disaksikan keistimewaannya.
------
ok, itu sahaja sedikit nota ringkas untuk khutbah jumaat yang lepas untuk negeri johor. harap kita sama2 dapat manfaat, dan juga cuba sedaya upaya untuk bersolat subuh berjemaah di masjid/surau.
wallahu'alam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment