Tuesday, June 14, 2011

pandai berbelanja

Assalamu'alaykum,

so, kali ni antara entry aku yang sedikit merepek. bukan apa, cuma nak kongsi salah satu cara berbelanja dengan jimat. oh, terlupa, ayatnya sepatutnya begini:
"salah satu cara berbelanja keperluan diri dengan jimat"


kenapa lak tulis macam tu? sebab beli perlu dibezakan antara keperluan dan kehendak. keperluan, perkara yang memang perlu, contoh: nak beli beg sebab beg lama dah takleh nak tutup zip dia (baca: rosak sudah). ia jadi keperluan. contoh kehendak: nak beli beg sebab beg sedia ada dah pakai 4 tahun, dah boring.

ok, takmo cerita panjang2 pasal keperluan dan kehendak. boring. aku nak cerita pasal aku ke Bazar JB, atau Bazar karat (baca: aku pun baru tau nama lain adalah Bazar karat). kali ini, aku pergi untuk cari hp untuk adik ipar aku, selain itu, abang aku pun minta tolong untuk carikan beg anak dia yang dah rosak (baca: contoh seperti di atas). beg yang dibeli sebelum ini berharga RM55, dan telah koyak setelah setengah tahun.

so, dalam berjalan2 tu, dapat tengok beg baru gak, tapi agak mahal. dan akhirnya, dapat beg tangan-kedua (baca; second hand). dan murah je, RM30, dan sangat2 (baca: betul2 sangat2 cantik). pergghh.....dan ia sangat praktikal.

beg second murah yang masih WIN
so, kesimpulannya? kalau barang2 yang diperlukan tidak memerlukan pembaharuan, maka belilah yang second, berjenama, molek giler, harga murah.

orait...sekian

wallahu'alam...

No comments: