Saturday, April 02, 2011

"sebarkanlah salam"


Assalamu'alaykum,

cerita ini merupakan iktibar pada diri sendiri...

suasana surau di taman itu kelihatan hening. baru sebentar tadi jemaah yang selesai menunaikan solat isya', telah berpusu-pusu pulang. kelihatan dua-tiga orang jemaah yang sudah berumur berbual2 di luar kawasan surau, membincangkan rangka ceramah akan datang barangkali.


di bahagian belakang surau, kelihatan pula sekumpulan jemaah berkumpul, seperti ada yang menarik perhatian mereka untuk berkumpul. kelihatan ada yang sudah berumur, dan ada juga yang muda belia.

"assalamu'alaykum, sepertimana yang telah diperkenalkan tadi, nama saya Ron, dan telah pun revert kepada ISLAM beberapa minggu sudah" seorang pemuda yang berkulit kuning langsat bersuarau. jemaah yang lain khusyu' mendengar.

"my mom is a Chinese, dan my father Kadazan, and i'm from Sabah. but my father left us, me and my mom since i'm 4 years old" sambung pemuda itu lagi. ada nada sedih dalam suaranya.

"at that time, the three of us being thrown by my grandfather, and in our house, we only have tilam and kipas only. its a hard life, and we didn't eat nasi for two month"

"but later on, my mother get a job, and she become rich, no..very rich...but not for long, because my grandfather and pakcik always minta duit from my mom. but she manage to survived it, and she sent me to learn malay in malay school. she sent me because at that time, my malay is not that good. then, later, because my english also poor, she sent me to school at english school. so now i can speak english better than my chinese"

"hahahahaha...." jemaah yang khusyu' mendengar tertawa dengan lawak spontan pemuda tersebut.

"now i'm studying at THIS Institute, and i'm have malay friend, chinese and indian guys. i used to be friend with malay and other races back in Sabah. we always greet each others, no matter what races you are"

"but back at here, i'm very dissappointed, because of people here, malay, muslim, chinese didn't greet each other" sambungnya lagi dengan nada terkilan.

"apa yang dia maksudkan dengan here adalah di semenanjung ye" celah seorang jemaah yang bersama-sama pemuda tersebut ketika keISLAMannya.

"ye ye..betul betul, what i mean by here is semenanjung, peninsular" kata pemuda tersebut sambil tertawa kecil, diikuti dengan derai ketawa jemaah yang lain.

"anyway, you know what i mean, here people didn't even greet or smile to each other, when at bus stop, lrt and so on, not like back at Sabah. when i'm going to KLCC with my malay friend, the malay look at me, sekali, kemudian dieorang toleh lagi, macam pelik sangat" pemuda tersebut meneruskan bicaranya.

"and when chinese people see me, they just staring at me...macam tak percaya saya berkawan dengan malay people. so, for a malay, i'm a chinese, but for the chinese, i'm a malay" sambungnya lagi disambut dengan derai ketawa jemaah yang lain.

"so, what i'm going to stress here is, people here in peninsular, didn't greet, even say hi to each other. dieorang semua buat tak tahu je sama sendiri"

"so itulah, saya pun tak mahu panjang2 lagi, but this is what i see from the perspective of a person before became muslim, and after i revert, jadi saya serahkan semula kepada ustaz untuk menutup" pemuda tersebut akhirnya menamatkan bicaranya.

"alhamdulillah, terima kasih banyak atas perkongsian oleh sahabat kita, yang telah menerangkan satu pengajaran yang penting kepada kita semua. jika selama ini, kita saling menyebarkan salam sesama muslim, malam ini, kita nampak, benarlah hadith Nabi s.a.w, sebarkanlah salam. jika sebelum ini, saya faham dengan sebarkan salam sesama muslim, malam ini, saya faham, bahawa salam itu perlu diluaskan lagi. kepada non muslim, walaupun dengan hi, selamat pagi, salam sejahtera, ianya perlu dilaksanakan" ustaz zainal memulakan bicaranya.

"jadi, memang benar, dengan menyebarkan salam, walaupun dengan non-muslim, sebenarnya kita telah melaksanakan sunnah, dan kemungkinan dengan sebaran salam kita itu, kita akan mampu menarik saudara non-muslim kita untuk kembali kepada ISLAM, insyaALLAH..jadi dengan itu, kita tutup majlis kita malam ini. assalamu'alaykum" ustaz zainal menutup bicara.

para jemaah dengan wajah yang kepuasan dengan pengisian malam itu pun saling bersalaman antara sesama sendiri. ada yang mengucapkan tahniah kepada pemuda tersebut, dan pastinya mereka dapat sesuatu malam itu, iaitu; sebarkan salam, walaupun kepada non-muslim.

wallahu'alam..

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...