Friday, April 08, 2011

berita bercampur baur - penggunaan tatabahasa

Assalamu'alaykum,

petang semalam, dapat berita dari bonda terchenta, berita yang bercampur baur emosinya. tapi bukan itu yang nak diceritakan pagi jumaat nan indah ini...


bahasa ringkasan -> bahasa pendekkan -> bahasa comey

pada saat dan ketika entry ini ditulis, bahasa melayu telah pun dipelbagaikan penggunaannya, jika sebelum ini lebih kepada surat-menyurat, surat khabar, surat rasmi, surat tak rasmi, surat berantai, surat tak sampai, surat-suratan dan rakan2 surat yang lain.

namun, dengan kecanggihan teknologi, pelbagai cabang bahasa melayu telah terbit, bermula dengan penggunaan singkatan, yang biasa digunakan oleh wartawan, untuk memudahkan catitan ketika wawancara atau sesuatu berita diterima. (baca: tulisan/bahasa trengkas). untuk memahami dan menulis bahasa trengkas ini, peminat (baca: wartawan kebanyakkannya) perlu mengikuti kursus pendek, untuk memudahkan penulisan dan pemahaman bahasa trengkas ini.

kemudian, bahasa singkatan telah berkembang maju (baca: rosak), dengan digunakan singkatan dalam mesej telefon (baca: sms, mms), yang menjadi satu keperluan untuk memendekkan tulisan kepada short-kepada-short form. (baca: singkatan kepada singkatan perkataan).sehinggakan ada judul buku yang diterbitkan, untuk memudahkan golongan "berumur" untuk memahami bahasa sms yagn terlalu singkat ini. kependekan (baca: singkatan) bahasa sms adalah diperlukan, kerana ketika itu, sms yang dihantar berkos sehingga 25sen/sms.

lalu, singkatan perkataan bahasa melayu juga mula digunakan dalam teknologi internet yang berkembang maju, seperti friendster (baca: ada lagi ke lama sosial ini?), dan seterusnya, dengan fenomena facebook, bahasa singkatan-kepada-singkatan ini digunakan secara meluas. kerana sesiapa yang tidak pandai berbahasa-singkatan-kepada-singkatan ini akan dianggap ketinggalan.

dan seterusnya, perkembangan bahasa melayu, di permajukan lagi (baca: rosak-hancur-lebur) dengan penggunaan bahasa-bahasa rempit, atau bahasa comel (inianwarhadi, 2011), yang menukar perkataan-perkataan dalam singkatan-singkatan bahasa melayu, seperti berikut: "boringnyewww~~". ada juga penggunaan perkataan seperti "jom g mkn dgn aq skunk~". yang mana ianya menyebabkan ramai pengguna bahasa melayu terkesima (baca: menyampah) untuk membalas kembali sms/comment di facebook/email.

lantas, apa kaitannya dengan entry kali ini?

penggunaan bahasa sebagai bahasa pengantaraan (baca: bahasa percakapan-tulisan) merupakan satu medium untuk menyampaikan sesuatu maksud yang terpendam dalam kepala (baca: otak-hati). jadi penggunaan bahasa yang betul, akan memudahkan audien (baca: penonton, hua hua) memahami mesej yang ingin disampaikan.

akan tetapi, sekiranya dari kecil, anak2 diajar dengan banyak bahasa (baca: multi-language), ada kemungkinan, otak si anak kecil akan pening untuk memproses ayat2 mudah. sebagai contoh; "ayah, nanti we all nak pergi ke swimming pool. can you please send kami semua?". seperti tiada masalah bukan?

tapi kena bayangkan, sekiranya anda mendengar ceramah/penyampaian seperti itu untuk 30minit (baca: sahaja), musti pening2 lalat. last2 mual, dan keluar dewan lalu muntah.

kesimpulan? bahasa adalah petunjuk akhlak kita, pemahaman kita, dan cara hidup kita. bahasa yang indah susunan tatabahasanya, akan menunjuk peribadi yang molek, dan indah juga. dan peribadi dengan bahasa yang berterabur, juga pastinya, menunjukkan pelakunya adalah sama seperti bahasa yang digunakannya juga. bahasa ngada-ngada dalam facebook, pastinya penulisnya juga mengada-ngada seperti tulisannya juga (baca: hanya segelintir yang terkecuali)

wallahu'alam...

*p/s: panjang lak entry kali ni..ni penangan channel inianwarhadi punya pasallah ni..chess~ terima kasih

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...