Wednesday, April 27, 2011

Habis sudah final Exam

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, selamat sudah memeriksaan diri sendiri (baca: peperiksaan) di semester pertama di UPM ini. terlalu banyak onak dan ranjau bergelumang kembali dengan journal, buku dan tidak dilupakan, powerpoint subjek yang diambil.


semester ini, cuma 2 subjek diambil, kerana ingin mengurangkan beban (baca: tekanan) pelajaran. rakan2 lain, ada yang ambil sehingga 4 subjek. dan kelihatan kerutan di dahi sangat jelas, dan merungsingkan orang2 yang tidak runsing seperti aku ini (baca: perasan)

orait, walaupun seperti ceria, sebenarnya tidaklah dapat dijawab dengan betul semuanya. mungkin setelah 4 tahun meninggalkan alam hafal-menghafal kepada praktikal+pengajaran, jadi agak kurang berkesan teknik2 yang telah digunapakai sejak degree lagi (baca: teknik menghafal). nampaknya, perlu ada penukaran teknik+lebihan masa untuk study lah ye.

anyway, dalam kekalutan menghafal hafalan yang patut, dan mencantas diri sendiri, adik telah memperkenalkan satu website menarik, conteng-conteng namanya...sila ke sini conteng-conteng. menarik dan kreatif. sebab dulu ada buat gak...tapi setakat conteng2 buku jelah kot..takde sekretif ini...sekarang je, buat perkara2 menarik di badar..hua hua

anyway, dah lega sikit. tapi masih ada perkara perlu dilaksanakan. insyaALLAH, akan present progress research pada 11-13 Mei depan, dan perlu hantar proposal sebelum 8 haribulan + progress report "online". best nyer...then perlu hantar report ke fakulti, beritahu keadaan semasa. hua hua..

orait, all the best to me, and everybody who same as me!!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...