Sunday, April 03, 2011

Bersalam-salaman

Assalamu'alaykum,

ini lagi satu cerita (baca: tazkirah ringkas je)

-----
azan maghrib masih belum lagi dibang (baca: dikumandangkan), namun, beberapa jemaah telah pun memenuhi surau itu. beberapa orang duduk dan bersembang di bahagian belakang surau, ada yang sedang membaca Al-Quran, ada yang masih berwudhu', sementara menunggu azan dikumandangkan. 

seorang jemaah lagi tiba ke surau, berpakaian lengkap, kain pelikat, dan baju melayu, beserta kopiah putihnya, masuk dengan bersemangat ke dalam surau. usai membaca doa masuk masjid, dia menuju ke kumpulan jemaah di belakang surau, disalamnya setiap seorang dari mereka, sambil tersenyum, dan bertanya khabar ringkas. 

selesai jemaah di belakang, langkah disusun menuju ke jemaah yang membaca mushaf Al-Quran, ditepuk lembut bahu jemaah itu, sambil dihulurkan salam dengan senyuman. akhirnya, setelah selesai bersalaman dengan setiap orang yang berada dalam surau tersebut, dia pun duduk, berdekatan dengan imam, berzikir sambil menunggu azan dilaungkan...

"ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!!".....

jemaah berdiri rapat antara satu sama lain selepas iqamah, pemuda tadi telah menempatkan diri di saff paling hadapan. lalu disalamnya orang di sebelah kanan, dan kirinya, dan jemaah yang terjangkau oleh tangannya...dan kemudian, berdiri diam, menunggu takbir...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...