Monday, July 27, 2009

Check Point Pertama

Bahagian 1: Check Point pertama

Tugasan Pertama

“Alhamdulillah, sedapnya sarapan pagi ini” selepas menghabiskan sarapan pagi hari itu, saya dan rakan2 lain berbincang sesame sendiri

“benar akhi, tapi bukankah selepas ini kita aka nada perkara yang lebih mencabar?” sahut rakanku, Urwah, juga selaku ketua kumpulan kami

“tidak mengapa, itu bias diuruskan” balas sahabatku yang lain berseloroh

Kemudian, taklimat ringkas yang diberikan, menunjukkan bahawa kami semua akan berjalan dalam hutan, atau lebih dikenali dengan “jungle trekking”. Selepas membuat segala persiapan, kami terus berlari-lari anak menuju check point pertama, dan kami diberikan satu sampul surat.


Kumpulan penulis di check point pertama

Kumpulan anda dikehendaki mengenalpasti 10 nama pokok-pokok yang berada di sekitar kawasan perkhemahan ini. Dan lengkapkan teka silangkata ini.

“aduh, aku bukan kenal pokok-pokok kampung ni” getus hatiku, gusar memikirkan tugasan yang diberikan. Walaupun kecil, tapi sangat terkesan. Ia adalah salah satu perkara yang sangat asas buat seorang pendakwah. PENGETAHUAN AM

Saya terkesima sebentar. Pokok yang saya kenal cuma pokok mangga, kelapa, rambutan pun masih keliru lagi. Nasib baik pokok durian dikenali, kerana selalu mengutip buah durian di kampung.

Nasib baik ada beberapa orang yang kenal beberapa buah pokok. Ada yang kenal pokok ciku, langsat, ada yang kenal pokok ini dan itu, dan gabungan kesemua pengetahuan dari beberapa orang ini, tugasan pertama itu berjaya dilaksanakan.

Perkara Asas

Bagi sesetengah orang, pengetahuan mengenai jenis pokok, jenis buah ini seperti tidak bermanfaat dalam kehidupan seharian, apatah lagi dalam kehidupan sebagai pendakwah. Namun, ia sebenarnya sangat bermanfaat dalam kehidupan seorang pendakwah. Lebih-lebih lagi, seandainya kita bergiat dengan masyarakat kampung.

Tidak dilupakan, apabila bersama-sama adik2 di lapangan IPT, ada yang datang dari kampung, dan kebiasaannya, mereka akan mendaftarkan diri pada bulan Jun atau Julai, dan ketika itu, kebanyakan pohon2 di dusun sedang ranum bersama buah-buahan di tangkai dan dahannya.

Bukan sekadar buah-buahan, malah cara menyemai benih, kadar jangka hayat pokok, semuanya adalah salah satu cabang pengetahuan am, yang saya sendiri mengabaikannya. insyaALLAH, dengan sedikit kesedaran yang ALLAH berikan, akan mampu mencelikkan mata kita, akan keperluan mengenalpasti perkara-perkara asas, yang semakin lama, semakin ditinggalkan.

Terima kepada abang2 yang memberikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada ALLAH, kerana memberikan sedikit kesedaran dalam hati ini, untuk mencatatkan perkara yang baru sekarang disedari.

Alhamdulillah….atas nikmat Iman dan Islam ini…

3 comments:

+akufobia+ said...

mari mengenal perkaraperkara asas.

Zaid said...

bro! itu adalah kami waktu jaman kanak2 ribena dulu! haha.

best mukhayyam EVER in my opinion. ukhuwwah paling terasa dlm mukhayyam ni. ingat tak kita berair mata sama2 waktu nasyid tu? :-)

zakri said...

ingatan tu masih kuat...

and still, masih lagi supercamp terhebat abad ini...