Monday, July 20, 2009

Isra' Mikraj - versi sedikit berbeza

Assalamualaikum,

alhamdulillah, bulan rejab hampir ke penghujungnya, dan selepas beberapa tahun kenabian, akhirnya, Ar-Rasul s.a.w "dijemput" oleh ALLAH, untuk bertemu dengannya secara berdepan.

kita pun sudah biasa mendengar kisah-kisah yang seperti "tidak masuk dek akal" ni, dengan perjalanan yang sepantas kilat, dan terbang ke langit ketujuh, yang sampai sekarang, orang masih tertanya2, di mana lapisan langit ketujuh itu. tetapi, dengan teknologi sekarang ini, ianya menjadi sedikit "tidak mustahil", dengan penerbangan dari Makkah ke Palestin, boleh dilakukan dalam semalaman...kan?

tapi, bukan itu isunya, cuma isu yang lain ingin dikongsikan...

dalam perjalanan Ar-Rasul ingin bertemu dengan ALLAH s.w.t, Ar-Rasul ditayangkan dengan pelbagai jenis tayangan, yang telah biasa kita dengar...

ada orang menggunting lidahnya sendiri berkali2,
ada yang menghantukkan kepalanya ke batu berulang2 kali,
ada yang memakan daging busuk, sedangkan ada daging yang enak di sebelahnya...

ALLAH menggambarkan pelbagai jenis penyiksaan, untuk dosa2 yang dilakukan oleh manusia, di masa akan datang. ada balasan untuk orang yang meninggalkan solat, padahal ketika itu, ALLAH belum menitahkan perintah solat lagi! pelik bukan? Ar-Rasul menerima "hadiah" solat lima waktu, selepas bertemu dengan ALLAH, tapi sebelum bertemu dengan ALLAH, ALLAH telah tayangkan akibat meninggalkan solat di akhirat kelak.

selepas melihat tayangan2 yang boleh memualkan tekak kita, menyempitkan nafas kita, menggelikan perut kita...

lalu, ar-Rasul s.a.w bertemu dengan ALLAH, sendirian, tanpa ditemani Jibril....

dan ketika itulah, ALLAH memberikan satu "hadiah" yang besar, iaitu SOLAT...

SOLAT asalnya 50 waktu sehari semalam...

dikurangkan...dikurangkan..dikurangkan...

hingga ar-Rasul malu dan segan untuk meminta pengurangan lagi, selepas hanya tinggal 5 waktu sehari semalam. dan hadiah itu, masih relevan hingga ke hari ini...

lalu apa kepentingannya?

cuba difikirkan, ini salah satu pengajaran dari apa yang kita boleh ambil...

selepas ALLAH menayangkan pelbagai jenis penyiksaan alam akhirat kelak, selepas ALLAH menunjukkan, bahawa manusia yang jahil, manusia yang berdosa ini, pasti tidak terlepas dari azab ALLAH, ALLAH memberikan hadiah pula kepada Ar-Rasul...

lalu, ini dapat menjawab persoalan2 untuk permasalahan ummat ini...

solat yang lima waktu mampu menghindarkan dosa,
solat yang wajib ini mampu menjauhkan dari zina,
solat yang fardhu itu mampu mengelakkan kita dari riba,
solat yang khusyu' itu mampu menaikkan iman,

dan dengan solat yang khusyu', cukup lima waktu sehari semalam, mampu menyelesaikan masalah ummah ini, insyaALLAH.....

ia salah jawapan kepada masalah ummah ini,
ia salah satu kaedah kita mendidik ummah ini...
ummah yang solat, cukup waktunya, khusyu' hatinya,
mampu menjadi ummah yang gemilang....
mampu menjadi seperti ummah zaman kegemilangan ISLAM,
zaman ar-Rasul,
zaman Khilafah,
zaman Salahuddin al-Ayubi,
zaman Muhammad al-Fated,
insyaALLAH....






=======================
*p/s: ia salah satu pandangan mengenai pengajaran isra' dan mikraj, bukannya wajib diikuti, atau ditaqlidi...

2 comments:

Unknown said...

jom perhebatbaiki solat kita.

Unknown said...

ayuh...marilah kita, mengikut langkah rasul dan sahabat...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...