Thursday, May 03, 2007

apa aku tulis nih? entah, nasyid kot...

Assalamualaikum,

so, selepas terfikir beberapa perkara, and akhirnya terluah jua...haha..

mmm....ramai yang menyatakan bahawa mereka pejuang dakwah, mereka pendakwah, dan pelbagai lagi nama yang sinonim dengannya...

dan dengan menjadi pendakwah, menjadikan mereka taboo kepada lagu2 yang ganaz2, yang meleleh3, lalu menjadikan mereka selalu "berdampingan" dengan apa yang dikatakan lagu2 islami, atau lebih specifik lagi, nasyid2...

memang tidak dinafikan, nasyid memberikan impak baru dalam hidup dan hayat seorang muslim, malah pada yang bukan muslim. akan tetapi, sehingga satu tahap, kita mendengar juga "nasyid2" yang entah, dimanakah yang dinyatakan sebagai nasyid, dengan lirik yang entahlah, masih ada maksud, atau sekadar yang menyedapkan dengan lagu yang dicipta...

bukan nak menentang, tidak, tapi terpulang pada individu, itu semua bergantung, ada yang merasakan ia tidak memberi manfaat, ada yang merasakan ia memberi manfaat...

teringat nasyid2 raihan, hijjaz, rabbani, yang awal2 dulu, ada yang memperkenalkan, malah memudahkan adik2 kecil, malah orang2 besar, mengingati asas2 agama ISLAM...nasyid 25 rasul, nasyid tentang sirah, terbaru tentang berwudhu', sangat2 berguna, malah menjadi siulan dan menjadi manfaat yang besar kepada umat ISLAM seluruhnya...

tapi, ada juga, yang mempunyai lirik terselindung, bercerita tentang sirah, tapi entah dimana mesejnya...bercerita tentang kebaikan dan sifat lima perkara, tapi dimana lima perkara tersebut, tidak diketahui...umat tidak lagi sempat nak memikirkan dengan mendalam. ada yang terdedah kepada ilmu yang melimpah ruah, ada yang cuma seciput, itupun seminggu sekali, jika tidak dibatalkan oleh penceramah atas sebab peribadi.

maka, nasyid tidak dapat dipisahkan, cuma, perlu diteliti kembali, seperti entry sebelum ini, pastikan niatnya ikhlas, dan juga, tidak melanggar syariat...kemudian, bertanya balik pada diri, adakah kita membuat ini, berdasarkan kepada kemahuan kita? atau kita mengikut apa yang diperlukan oleh msyarakat?

tidak faham? pendek kata, adakah kita mengikut nafsu? atau mengikut wahyu? wahyu ialah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. so teliti balik...apapun, bukan sekadar nasyid, tapi seluruh hidup kita, adakah berdasarkan wahyu atau nafsu?

WAHYU atau NAFSU?

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...