Monday, July 31, 2006

al-aqsa

Assalamualaikum,

---------------

seronoknya bila diuji...

---------------

oh...al-aqsa,
oh...al-aqsa...
maafkan aku, maafkan aku...
maafkan aku kerana tidak mampu membebaskanmu..
maafkan aku kerana tidak mampu membantumu...
ooo....al-aqsa...

al-aqsa,
kau jadi saksi,
saksi kepada umat ini...
betapa lalainya kami,
betapa kami ditipu begitu sahaja...

kau menjadi saksi keangkuhan bangsa yahudi
yang angkuh bongkak menongkah arus..
sedang kami...
kami cuma melihat beritanya,
kami cuma bermesyuarat untuk menyelesaikannya...
saling bertikam lidah sesama sendiri...

oh...al-aqsa,
kau saksi isra' mikraj,
bumi suci umat ini...

oh al-aqsa,
kau kiblat pertama kami...

oh al-aqsa,
kau masjid ketiga umat ini...

oooo al-aqsa...
ooo...al-aqsa...
maafkan aku...maafkan aku..

1 comment:

'Umayr SRA said...

Oh al-Aqsa...
Lantaran kesepian kami engkau kian ternoda.
Dek tangan zionis durjana.

Oh al-Aqsa...
Ku kini kian merasai keperitan yang kau alami...
Walaupun jauh kini,
Di bumi Malaysia ini...

Ya Allah...
Kuatkan azam kami,
Berkati usaha kami,
Curahkan daya ke jiwa dan jasad kami,
Moga mampu kami hulurkan tangan dan kaki...
Mempersiapkan jihad di kejauhan kini,
Dengan harta dan diri...
Allahumma...