Syor wujud pegawai agama di hospital
KOTA BHARU 3 Julai - Persatuan Perubatan Islam Malaysia hari ini mengesyorkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pegawai agama di hospital memandangkan kira-kira 40 peratus pesakit tidak dapat menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.
Presidennya Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata walaupun beberapa hospital telahpun mewujudkan konsep mesra ibadah tetapi usaha itu masih belum mencukupi.
Untuk itu, persatuan akan mengadakan kempen supaya hospital mengadakan peruntukan tertentu bagi menyediakan pegawai agama untuk membantu pesakit Islam menunaikan ibadah, katanya kepada Bernama selepas mesyuarat saintifik kebangsaan dan mesyuarat agung persatuan itu yang berakhir di sini hari ini.
Kajian persatuan mendapati pesakit perlu diberi panduan menunaikan ibadah terutama bagi mereka yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut, katanya.
Dr. Abdul Latif berkata persatuan ada menerbitkan buku mengenai panduan menunaikan solat semasa dirawat di hospital.
Sementara itu, beliau meminta sesetengah pengamal perubatan tradisional dan penjual ubat tradisional tepi jalan supaya amanah semasa mempraktikkan amalan mereka.
“Mereka dikira berdosa sekiranya menipu pelanggan mengenai kemujaraban ubat yang dijual sedangkan kajian tidak pernah dibuat ke atas ubat yang dihasilkan,'' katanya.
– Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
--------------------------------------
Assalamualaikum,
teringat, satu ketika dulu, seorang pakcik guna kaedah ini, masuk ke hospital, and try berbincang and so on...tapi, kini dia menumpu pada aspek yang lain...kali ini, kalau ianya menjadi kenyataan, sangat2 boleh digunakan, boleh dipelbagaikan lagi, dan boleh dibuat kerjasama dengan pelbagai pihak lagi...betul kan?
tapi, kalau peluang dan ruang ni, tak dapat digunakan,so, rugilah sangat2...teringat, kalau kita melawan, orang akan melawan balik, kalau berlembut, orang segan, akhirnya menerima pendapat kita...kelakar kan manusia?.... =)
wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
7 comments:
rupanya ekau ni GIS yeh. arcGIS.
who's this? arcGIS? memang ada guna, knp?
canggih a tu arcGIS. best ah kau. ko guna sketchup la bersama2 arcGIS, mesti best. www.sketchup.com
hari wanita kebangsaan tu tak tahu bila lagi. kang dah tahu kang aku bilang la. ko nak teh tarik besar ye? ha meh la sini kolumpo.
arcGIS the best setakat ni untuk GIS..but then, untuk lebih upgrade ada smallworld, tapi leceh nak guna...
actually, sketchup tu untuk apa? software free ke? boleh makan tak?
ala, teh tarik tu, permulaan je, yang lain2, tunggu dulu arr...
skecthup -> visualise dengan lebih senang. untuk present kepada orang2 yg tak tahu GIS. senang dan pantas. yang free tu limited je feature dia. donlod lah yang pro (sketchup pro 5) aku ada crack ngan installer dia. kang aku aplod.
keje ngan aku? tak mo ah. aku pun cam dah menganjurkan maksiat besar besaran. rasa cam terlibat sekali.
f? mula mula pun diorang pilih yang tu. tapi diorang pilih D. biasa la orang tua.
wahahahahahahahahaha terpaksa print jugak walaupun buruk. kitorang agak pun diorang akan pilih antara F atau E. tapi salah.
Post a Comment