Friday, February 07, 2020

Cuba tanya 3 soalan ni....

Assalamu'alaykum,

Kali ni nak berkongsi sedikit benda yang sangat menarik perhatian. Benda yang menarik ini didapati daripada sati perkongsian daripada Jay Shetty, yang ditanya pada awal podcast yang saya link di bawah.

Soalan dia ada 3 je.

1. i Like (saya suka...)

2. i wish (saya harap...)

3. i wonder (saya tertanya-tanya...)


soalan yang nampak ringkas, akan tetapi sebenarnya mendalam. Kita boleh kenal diri kita yang sebenarnya... ok, saya cuba jawab...

1. saya suka keluarga saya. saya sayang juga keluarga saya, tapi saya suka juga keluarga saya. saya suka suasana dalam keluarga, yang kita buat perkara bersama-sama...

2. saya harap saya akan jadi lebih baik. dalam banyak perkara. mungkin sikit demi sikit tambah baik. atau cukuplah sedikit itu. huhu... banyak sebenarnya. nak baiki cara perhubungan/komunikasi dengan ahli keluarga, kawan2. cara bercakap yang lebih lembut dan berhemah... pendek kata banyaklah....

3. saya tertanya-tanya apa sejarah sebenar yang berlaku di dunia, dan di Malaysia khususnya. kenapa soalan ini? sebab saya suka belajar sejarah (yang betul, bukan kurikulum sejarah sekolah ye). apa sebenarnya terjadi, kenapa ianya terjadi. apa kesannya? dari situ saya harap dapat belajar beberapa perkara yang baik, yang boleh digunakan untuk baiki diri saya kembali....



orait, so, bolehlah enjoy the podcast untuk banyak lagi input menarik dari Jay Shetty dan jemputannya. semoga kita lebih positif dan lebih baik dari kita yang lama...hehe...


regards...

Friday, January 17, 2020

travelogzakri: Trip ke N9 tahun 2019

Assalamu'alaykum and Greetings

so, seperti kebiasaannya, bila tiba hujung tahun, kami sekeluarga akan cuba untuk bercuti bersama-sama adik beradik, anak sedara beramai-ramai. sebelum ini kami pernah ke Perak, kemudian ke Pulau Pinang, dan kali ini, kami sepakat untuk berjalan-jalan berpusing dalam Negeri Sembilan pula.


Kenapa Negeri Sembilan? takde sebab yang kuat pun. kalau boleh, kami nak melihat-lihat dan belajar sambil berjalan-jalan. Pergi ke tempat-tempat bersejarah, belajar sikit tentang sejarah tempat tersebut, dan kenapa jadi begitu. Bila belajar sejarah dengan kaedah seperti ini, diharapkan dapat membuka minda anak-anak, yang sejarah ini sebenarnya seronok, akan tetapi bila dijadikan buku teks tu yang menjadi perkara yang sangat boring.... hehe..

orait, kali ni banyak juga tempat menarik berjaya dilawati, selain tempat-tempat peranginan untuk melayan pemandangan. so, kita akan lihat selepas ini... ke mana kami pergi... hehe


orait, so, nantikan kisah2 perjalanan kami~



regards

Sunday, January 05, 2020

Alaf Baru - 2020

Assalamu'alaykum,

so, selamat "menyentuh" alam tahun baru 2020, dan secara dasarnya, kita telah juga memasuki dekad yang baru, dan seperti biasanya, ramai yang mula berazam, mula menyenaraikan matlamat, objektif bagi tahun yang baru...

segala kelemahan, kekurangan dari perjalanan tahun 2019, akan cuba diperbaiki sepanjang tahun 2020, dan ke depan, atau mungkin, hanya perjalanan yang malar sahaja, tanpa hala tuju...

jika masih malar, dan merasakan hidup tiada arah tuju, masih belum terlewat, untuk kita merenung kembali, apa perjalanan yang kita telah tempuhi sepanjang tahun 2019, secara perkara yang baik, perkara yang menyeronokkan, perkara yang menaikkan semangat, dan perkara yang meningkatkan keyakinan kita sepanjang tahun 2019... selain tu, cuba juga lihat perkara-perkara yang "mengikat" kita dari mencapai perkara yang baik, apa dugaan, cabaran, rintangan yang dilalui sepanjang tahun 2019. adakah semakin menjadikan kita orang yan glebih baik, ataupun menjadikan kita seseorang yang bertindak sebaliknya....

mungkin takde yang nak dicapai sepanjang tahun 2020 ini, kerana terlalu berat dugaan hidup. mungkin faktor luaran banyak mengekang pembangunan dan pencapaian diri kita... jadi, mungkin tahun 2020 ini, kita target satu perkara sahaja....

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF


tak perlu banyak kot, kita sama2 cuba untuk sentiasa berfikiran positif. jika ada perkara yang membelenggu kita dari berfikiran positif, kita cuba renung kembali, kenapa ianya mengekang kita, dan kemudian, kita boleh cuba dapatkan jalan bagi menguruskan, atau lebih baik, menyelesaikan perkara tersebut.

so, mungkin boleh dijadikan azam tahun baru, mungkin tambahbaik dari azam tahun baru. nak berfikiran positif, memerlukan juga kesabaran yang tinggi... kita tak boleh ubah apa orang buat, apa persekitaran kita buat kepada kita, tapi hanya kita yang boleh mengawal pemikiran kita...

sekiranya kita berfikiran positif, insyaAllah, lebih banyak peluang dan ruang yang boleh diperbaiki dalam diri kita...

so, selamat tahun baru (lambat), dan semoga terus berfikiran positif!!

regards

Tuesday, December 31, 2019

Menuju ke Dekad baru: 2020

Assalamu'alaykum and Greetings....

so, hampir menuju ke tahun 2020... satu ketika dulu, kami (golongan 80-90an) sering dihidangkan dengan kemajuan yang akan dicapai pada tahun 2020. Yang mana beberapa benda telah tercapai... akan tetapi, bayangan visual tu, masih banyak tak tercapai lagi.. haha...

Anyway, dekad baru akan datang, sebenarnya kalau lihat perancangan dan visi ketika wawasan 2020 dilancarkan, ianya nak menaikkan Malaysia sebagai Negara Maju, bukan lagi Negara Membangun. Banyak benda, terutama cara fikir perlu diubah... benda2 kecil perlu ditambahbaik dalam diri kita, daripada jadi yang tidak aktif, kepada yang proaktif. memberi cadangan yang lebih praktikal dan berpijak di bumi nyata, daripada impian setinggi langit, tapi tak de perancangan yang jelas nak mencapai langit tu... haha..

orait, jadinya, siapkan diri kita, mulalah ada perancangan dalam hidup. Dulu terlihat/terbaca satu post dari Altimet, dia kata, antara goal/perancangan hidup dia, adalah dia nak bebas kewangan sebelum umur 40 tahun. apa maksudnya? dia nak bebas hutang sebelum umur dia 40 tahun. dan alhamdulillah dia berjaya capai. malah dia berani "pencen" dari dunia persembahan nyanyian dia.

so, kita duduk, buat perancangan masa depan, atau ada orang suka guna perancangan jangka panjang.... kemudian kita lihat perancangan jangka masa tengah2, dan jangka masa pendek... macamana nak capai goal/tujuan hidup daripada perancangan jangka masa panjang tersebut...

so, perancangan hidup saya?
saya juga nak bebas kewangan, by umur 50 tahun (another 10++ years), hutang rumah, hutang kereta, dan hutang2 lain.
saya juga nak mendaki tangga yang lebih tinggi, cuma tidak mahu tergesa-gesa, bila tiba masa sesuai, insyaAllah saya akan naik tangga tu.
saya juga nak menjadi insan yang lebih baik, dari segi akhlak terutamanya, selain pemikiran, dalaman (rohani), serta jasmani. owh... kalau boleh nak ada six pack (kikikiki)

orait, semoga kita semua mampu membuat perancangan yang baik, dan disertai dengan implementation (perlaksanaan) yang juga lebih baik dari sebelum ni

semoga kita menjadi insan yang jauh lebih baik dari sedekat yang lalu~


regards~~

Friday, December 27, 2019

End of 2019

Assalamu'alaykum

soooo.... tahun 2019 sudah semakin hampir ke penghujungnya.... pada awal tahun, pastinya ada beberapa azam yang kita telah rancangkan, dan cuba untuk capai bagi tahun 2019.

jadi, tiba masa untuk semak semula apa yang kita telah rancang, azam kita, dan apa yang kita telah capai daripadanya, dan dari situ, kemana pula hala tuju hidup kita, dan azam utk tahun seterusnya...

wow, panjang pula ayat kat atas tu...

anyway, azam merupakan satu kaedah untuk kita memperbaiki diri, dengan mempunyai hala tuju, atau tujuan, atau matlamat yang kita nak capai bagi tahun tersebut. dengan ada hala tuju, kita akan mula merancang, dan perancangan itu perlu pula kepada sesuatu yang bersifat boleh dicapai/digenggam/dikira pendek katanya... hehe...

contoh azam: nak lebih sihat (nak lebih kurus la senang cakap)
jadi perancangan kita, perlu ada benda yang boleh diukur, contohnya nak kurangkan tahap kolesterol dalam darah, nak kurangkan berat badan sebanyak 10kg utk tahun 2019, dan lain2 yang boleh kita capai. bukan sekadar nak kurus, nak sihat, tapi takde apa yang boleh diukur. payah juga nak melihat tahap kemajuan kita...


jadi mari kita duduk sebentar, semak semula apa azam tahun 2019
kemudian, kita lihat sejauh mana kita telah "pergi" dalam perjalanan menuju azam 2019
then, kita lihat, adakah ada hasil yang kita capai... kalau tak capai, timbulkan persoalan, KENAPA? APA yang menyebabkan kita tak capai. adakah faktor dalaman, atau luaran.
kemudian, BAGAIMANA nak perbaiki, untuk tahun 2020 pula..

well, setiap orang juga punya kebolehan yang berbeza. jadi jangan letak terlalu meninggi langit, atau terlalu kedalam bumi pula. tinggi sedikit, tapi sedar kebolehan diri..

so, selamat membuat semakan semula.. kahkakah... ayat skema dia..
selamat check semula diri kita. agar diri kita menjadi lebih baik di masa akan datang!!


azam saya? mungkin masuk acara dualthon (larian+cycling), mungkin la... belum fikri lagi. baru nak check balik apa yang dah capai tahun 2019 ni.. huhu


orait, semoga ada manfaat!

regards

Friday, December 20, 2019

Review Buku: Signature Jalanan

Assalamu'alaykum

ok, sebenarnya, buku ni dah lama habis baca, tapi lupa nak membuat review, jadi ianya terperam lama. dan buku yang dibaca selepas buku ini, adalah novel yang agak berat, jadi agak lambat nak habiskan. dan akhirnya, proses review buku ni terperam lama... haha...

oklah, kali ni nak berkongsi review berkenaan salah satu lagi buku Teme Abdullah, iaitu buku Signature Autograf Jalanan. ianya masih lagi dalam siri Jalanan karya Teme, dan ianya merupakan buku keempat dalam siri jalanan ini.


Jika siri jalanan yang awal, adalah ketika Teme berusaha di peringkat uni, buku kali ini, kembalikan kita ke alam persekolahan, menengah tinggi lebih tepat. (sekolah rendah buku lain). 

kita dibawa ke alam motivasi ala-ala kisah diri kita... tapi ada beberapa nama tambahan yang dimasukkan sekali, tapi itu kena baca ye... hehe..

ada watak "ustaz" dengan pewatakan keras, ada juga watak si sempoi, dan watak utama pastinya Teme sendiri, akan tetapi Teme guna nama lain dalam ni. hehe... bagaimana Teme bergelut di alam sekolah menengah, bagaimana dia menyesuaikan diri dengan kebolehan dirinya yang berbeza, dan bagaimana Teme cuba membantu orang lain, dengan cara yang lebih dekat dengan dirinya, agar orang lain lebih faham tentang sesuatu pelajaran. 

Banyak juga persepsi yang cuba disampaikan oleh Teme, dan paling penting, bagaimana untuk terus menerus bermotivasi, dan maju ke depan...

orait, bacaan ini juga sangat "ringan"akan tetapi sarat dengan nasihat, dan pengajaran yang tidak disangka-sangka.

boleh dapatkan di kedai buku berhampiran ye... hehe

orait, jumpa lagi lain kali~~!!

Friday, December 13, 2019

Review Buku: Anding Ayangan II

Assalamuálaykum


so, lama dah tak tulis review buku, padahal dah beberapa buku dah habis baca. orait, this one yang latest baru habis baca. iaitu buku Anding Ayangan 2, sambungan daripada Anding Ayangan yang pertama. karya tuan master thriller novelis Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid. review buku pertama boleh dirujuk di sini:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...