Saturday, June 02, 2007

Jelesnyer...

assalamualaikum,

semalam, hampir habis membaca sirah Ar-Rasul tersayang. kisah hidupnya telah dikhatamkan, dan bab yang terakhir, memberitahu akhlak Ar-Rasul s.a.w. betapa indahnya akhlak Baginda, betapa cantiknya tutur kata dan sebagainya...benarlah, seperti kata saidatina Aisyah r.a, bahawasanya akhlak Rasulullah itulah akhlak Al-Quran...

juga diterangkan bentuk badan Ar-Rasul, tidak ada gambar, cuma gambaran...Ar-Rasul seorang yang tegap, yang sasa, dada dan perutnya rata, tidak buncit. rambut yang separuh ikal dan separuh luruh...matanya yang putih kemerahan, anak mata yang hitam, mata yang besar, muka yang bersih, dan disempurnakan dengan jambangnya.

pabila ketawa, ketawanya adalah pabila Baginda tersenyum...bila terbaca, ya ALLAH, betapa jelesnya hati ini, betapa geramnya hati ini, betapa berasa beruntungnya para sahabat, dapat jumpa, dapat hidup bersama...ada bersama saat Baginda s.a.w mendapat wahyu, memberi nasihat sedikit sedikit..

tersenyum saat orang bergurau, malah Baginda sendiri juga bergurau bersama sahabat Baginda. saat tersenyum, seolah2 ada kilat dan cahaya yang memancar ke seluruh tempatnya tersenyum. seolah2 satu rahmat menyelubungi kawasan tersebut....

dalam satu kisah, Abu Hurairah berkata:

"aku tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih laju daripada Rasulullah s.a.w seolah dunia dilipatkan kepada Baginda. kami terpaksa bersusah payah untuk berjalan seiring dengannya sedangkan Baginda berkeadaan biasa. sifat Rasulullah s.a.w yang lain ada ketawanya ada tersenyum. Apabila Baginda s.a.w berpaling, seluruh tubuhya akan berpaling, dan apabila berjalan, Baginda s.a.w berjalan cepat sebagaimana Baginda turun dari tanah yang curam."

bila terbaca satu demi satu demi satu keperibadian Ar-Rasul, semakin rasa rindu, terasa sangat2 jeles, sangat2 jeles...sebab tak berada bersama dengan Baginda....

satu segi, sirah Ar-Rasul menunjukkan bahawa Baginda tidak pernah kenyang perutnya selama tiga hari berturutan. dan tidak pernah mengadu sekiranya tidak mempunyai makanan...sedangkan, harta rampasan perang, dari perang badar, uhud, khandak, khaibar, dicampur dengan sarriyah (peperangan yang tidak melibatkan Ar-Rasul), memang terlalu banyak..tapi, Baginda tetap zuhud, dan pada saat kewafatan Baginda, baju besinya tergadai di sisi seorang Yahudi...

ya ALLAH, entahla...kita ni, lagilah, makan cukup, minum cukup. tak makan tengahari pun mengadu, tentang kelaparan perut kita, betapa kita tak bertenaga sebab tak makan lagi. tidur pun dengan perut penuh kadang2 tu...malunya...entahlah, rasa sangat2 malu....dan sangat2 rindu...

benarlah, dengan mengenali seseorang, kita akn lebih menyayanginya, lebih2 lagi, Ar-Rasul s.a.w, yang agung...terasa betapa kerinduan dalam hati, tidak dapat dibendung lagi...

"alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku tatap wajahmu,
kan pasti mengalir air mataku,
kerna pancaran ketenanganmu,

alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku kucup tanganmu,
moga mengalir keberkatan dalam diriku,
untuk mengikut jejak langkahmu,

Ya Rasulullah, ya Habiballah,
tak pernah ku tatap wajah mu
Ya Rasulullah, ya Habiballah,
kami rindu padamu,"

Wednesday, May 23, 2007

Lupa ke kita?

assalamualaikum,

dua hari lepas, masa kat pejabat, tengah lepak2, kawan ofis ajak g sarapan, disebabkan komputer tengah bengong sikit2, so, ikut sahajalah. lagipun, sementara komputer proses, baik rehat kejap.

so, masa pergi sarapan, sambil2 makan, berbual sekejap. then, antara topik yang dibualkan adalah tentang nikmatnya lupa...pelik, ramai yang kalau boleh, tak jadi pelupa, tapi, rupa2nya, lupa itu satu nikmat, pelik kan?

Lupa

ada beza antara lupa, dan menjadi seorang yang pelupa. seorang yang pelupa, akan mempunyai masalah yang sangat besar. dan kawan saya tu adalah orang yang sangat pelupa. kadang2 dia tertinggal dompetnya di atas meja pejabat selama tiga hari. pelik? handphonenya selalu tertinggal, kadang2 terpaksa menelefon handphone isterinya, kerana keadaan yang terdesak.

dan lupa, adalah satu perkara yang kita tidak inginkan. kalau boleh, kita nak ingat semua benda. takde mesyuarat yang kita terlupa nak pegi. takde majlis ilmu yang kita terlupa. takde program yang kita tak pegi. semuanya jadi bagus, kan baik begitu? tapi, itulah, kita cuma manusia, tetap ada sifat lupa, cuma "ter"lupa, atau "selalu" lupa.

nikmat lupa

apa yang kawan saya bincangkan, andai kata, kita selalu teringat semua benda, kita pasti teringat saat kita patah tangan suatu masa dahulu. terngiang2 di fikiran, dan pasti terus menghantui kita. begitu jua, andai kata, kita terlihat satu kemalangan, kita akan terus dihantui ingatan itu sepanjang hidup kita. bukankah nikmat ingat itu telah menjadi bebanan kepada kita? sampai nak tidur malam terbayang lagi orang yang terpaksa menahan sakit di tepi jalan itu, mengerang, menjerit dengan darah mengalir...

kadang2, kita terlupa adanya majlis ilmu, sedangkan kita antara orang yang merancang dengan teliti mengenai majlis tersebut. jangan salahkan diri, pastinya ada hikmah disebaliknya, bukankah begitu? andai kata semuanya kita ingat, pasti, kita terpaksa ke hulu kehilir, menanya semua orang, apa lagi yang tidak siap.

jangan selalu terlupa

tapi, jangan lupa dijadikan sebagai alasan. kenapa? kadang2, kita tak mahu ke sesuatu program, kita buat2 terlupa. dan akhirnya, "keterlupaan" kita itu akan memakan diri, kerana apabila ada program, kita pasti akan terlupa, kerana ia menjadi "Default" dalam pemikiran kita. ada program, selalu nak elak, dan terlupa...dan akhirnya, semua perkara baik dalam hidup kita akan kita lupakan. dan akhirnya, kita tidak termasuk golongan yang "terlupa" lagi, tapi golongan yang "selalu lupa"

anda selalu lupa? atau tidak?

Tuesday, May 15, 2007

Anda POYO??

Assalamualaikum,

beberapa hari yang mendatang ni, terfikir balik, betapa nakalnya diri sendiri, sedari sekolah dahulu, hingga kini..masih lagi nakal..walaupun telah berumur lebih dari 23tahun, tapi tetap nakal...

entahlah ye, mungkin ini sifat semulajadi, tapi keadaaan di universiti lebih lagi, bukan setakat nakal, malah terlebih nakal...hampir semua orang menjadi mangsa. jika masa sekolah, hanya kawan2 dan junior yang menjadi mangsa, tapi di universiti ni, lebih lagi, junior, kawan sekolah, satu usrah, naqib sendiri menjadi mangsa...pendek kata, andai kata seseorang itu ada peluang untuk diganggu, dikacau, zakri pasti akan menggangu saat itu juga, tidak bertangguh...

tapi, sebenarnya, bukan itu fokus utama yang akan dibincangkan, tapi sedikit mengenai akhlak sebenar seorang muslim. saat membaca sirah Ar-Rasul tercinta, betapa akhlak Ar-Rasul terlalu indah...tak terbayang oleh fikiran kita, mungkin ada beberapa contoh teladan depan mata yang memang baik, berakhlak mulia, tapi tidak sempurna seperti Ar-Rasul...

diri Ar-Rasul s.a.w, lebih lagi...sempurna sekali, bahkan dinyatakan oleh Aisyah r.a bahawa, akhlak Ar-Rasul adalah Al-Quran itu sendiri...wahhhh...pabila membaca Al-Quran diikuti dengan terjemahannya, lebih lagi terasa, betapa buruknya perangai diri sendiri...huhu...

dan orang2 yang berakhlak mulia, yang mengamalkan apa yang telah diajar oleh Ar-Rasul, sebagai panduan yang sepatutnya, kita telah menggelarkan mereka dengan gelaran poyo, "macam alim", "budak baik" (tapi bukan blog yang satu lagi itu ye), dan pelbagai gelaran lagi, untuk menunjukkan betapa "skema" manusia2 yang sedaya upaya mengikut akhlak Ar-Rasul, tanpa menyedari, diri sendiri yang "nakal", "tidak skema" itu bukanlah akhlak yang sepatutnya..

dan akhirnya, kita menjauhkan diri dari "bebudak skema" ini, seperti mereka ini, menjadi satu jangkitan yang merbahaya, dan kita mencari seseorang yang "sekepala" dengan kita, yang "tidak skema" menjadi teman..sedangkan kita terlupa, yang Ar-Rasul telah mengingatkan betapa perlunya kita mencari sahabat yang mampu memberi manfaat kepada kita...

sahabat yang dinyatakan sebagai penjual minyak wangi,
perlu dirapati, perlu ditemani,
sahabat yang dinyatakan sebagai tukang besi,
perlu dijauhi...


dan akhirnya, adakah saya akan berubah untuk menjadi baik dan tidak menjadi nakal, dan mengacau orang lain? oh, tidak sama sekali, saya tetap saya, saya tetap zakri yang kamu kenali, dan pasti, akan ada sedikit perubahan, untuk menyesuaikan diri dengan suasana...kerana, ramai sahabat baik saya, yang selalu saya "usik perut" mereka, sudah berjauhan, bekerja nun di seluruh pelusuk dunia.

tapi, saya tetap saya...tetap nakal, dan tidak mampu menjadi "poyo"


Thursday, May 10, 2007

Selamat Hari Ibu

assalamualaikum,

----------------

ummi...ibu...emak...bonda...mama...

satu perkataan yang sering kita sebut, terutama saat kita kecil kan? saya juga begitu, apabila sakit, takut, nama emak yang akan keluar...

walaupun begitu, terasa gak, betapa teruknya perangai saya pada ibu...bayangkan, dia meminta tolong, tapi saya sering menolaknya, dengan alasan sibuk. iye, memang saya sibuk, andai kamu duduk di tempat saya, pasti kamu juga akan merasakannya..

namun, itu bukan alasan untuk tidak menolong ibu...mendengar lagu akbar-ummi, lagi membuat hati terasa sedih...

lagi2 dengan bait2 yang menusuk kalbu, terasa sedih...iya, sayalah orangnya yang tidak menghargai jasa ibu...

bait2 yang sangat ringkas, menceritakan bahawa betapa berjasanya ibu, pada diri sendiri, dan keluarga...

bagiku kau segalanya...tapi, sering tidak membantu..bantuan hanya datang saat kecemasan, atau bila ada masa...

teruknya saya...

khilaf dengan ibu lagi tidak perlu dinyatakan...sering menyatakan "ahhh.."....besarnya dosaku..

terukkan saya?

mungkin engkau sangka aku
tak peduli tak ambil tahu
sedang aku teringatkan mu
senyum tangis dalam rindu


iye, manusia, penuh ego, dan mangsanya adalah orang paling kita sayang, orang paling rapat dengan kita...kan? sering pabila berjauhan dengan ibu, sanggup kita telefon ibu, walau berjam2 lamanya...sering saya ingatkan adik2 untuk telefon ibu bila berkelapangan, adik2 yang jauh, namun, diri sendiri tak buat begitu, terukkan saya?

kala ku tak mendengar kata
tak pernah kau doa ku binasa
cintamu terhebat di dunia
tiada lagi yang sepertinya


saat ku melawan cakap, saat aku tidak mendengar kata, ibu tetap doakan yang terbaik...walaupun kita sering membelakangkan ibu, tapi ibu tetap doakan yang terbaik..dan doa ibu, lebih banyak dari doa seorang anak kepada ibunya...oohhh...teruknya aku ini...doa untuk ibu pun sering ku lupakan...

rindu pasti terlerai nanti
kau kan tetap ku ingati,
andai ku tiada disisi
dihati tetap menemani


andai kau tiada lagi...aduh..bagaimana aku akan terus hidup...tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat bercerita, tiada lagi tempat berbincang, tiada lagi tempat untuk meluah rasa...

ibu, ummi...

aku sering ingin orang lain mengikut kehendakku..saya sering kali ingin orang ikut cakap saya...terukkan saya? ibu juga tidak terlepas...kesian ibu...apa tempat letak ibu dalam hati saya ini? saya sendiri tidak tahu, tapi, aku tahu, ibu tetap menjadi pujaan hati ini...


----------------
Akbar ft Mirwana & Anurruddin
Ummi



sebuah luahan hati
dari seorang anak
untuk semua ibu
ibu yang banyak berjasa
dan khas buat ummiku yang tercinta
dengarlah...

sejak aku dilahirkan
tak pernah henti kau berkorban
mengajarku menjadi insan
yang berbudi punya pegangan

kala ku tak mendengar kata
tak pernah kau doa ku binasa
cintamu terhebat di dunia
tiada lagi yang sepertinya

bagiku kau segalanya
kau sentiasa dalam jiwa
ummi engkaulah ratuku
permaisuri dalam kalbu

ummi...ummi...

khilaf antara kita lumrah
membuatku sering rasa bersalah
wahai ummi ketahuilah
kan ku terus melangkah gagah

sejuta harapan ku bawa
semangatmu tetap bersama
sungguh kau tiada gantinya
walau ku cari serata dunia

ummi engkaulah maharani
senyum untukku sekali lagi
usah bimbang wahai ummi
andai jatuh ku bangun lagi

ummi...ummi...

mungkin engkau sangka aku
tak peduli tak ambil tahu
sedang aku teringatkan mu
senyum tangis dalam rindu

manis pahit legar di minda
aku harap dikau percaya
bahwa aku tetap setia
doakanlah aku bahagia

bahtera ini kan ku layar
hidup ini terus mengajar
wahai ummi engkau penawar
kau tetap nyalakan sinar

ummi....

ini janji ikrar anakmu,
berjuang bertuli yang lalu
daku ingin kau tahu
kan kupenuhi hasratmu

walau hidup dengan caraku
dibina dari petunjukmu
usah kau bimbang dan pilu
ku kenang mu dalam doaku

rindu pasti terlerai nanti
kau kan tetap ku ingati,
andai ku tiada disisi
dihati tetap menemani

ummi...ummi...

Wednesday, May 09, 2007

Perancangan diri

assalamualaikum,

syukur ada yang masih mengingati...

manusia, saya sendiri, merancang dengan teliti, untuk melakukan pelbagai perkara, bermacam2 benda yang disiapkan nak dibuat, nak diselesaikan, nak dipenuhi dan macam2 lagi2 kehendak dan kemahuan yang ingin dipenuhi..

tapi, seringkali, dengan perancangan yang amat teliti pun, namun, selalu terlupa, yang perancangan manusia, hanya perancangan manusia...manusia merancang, tapi jangan lupa, ALLAH jua ada perancanganNYA, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik...

nak sangat pergi ke program, tapi akhirnya, kerana isu yang sangat sedikit, dengan dikurangkan satu nikmat, terus tempang, terus tidak berdaya...terasa patah kaki, terasa kurang kenikmatan pada diri, kurang kekuatan untuk pergi...

seringkali jua, hanya kerana sebab yang sedikit...kerana ada seseorang yang juga pergi ke program, maka terus ditolak pelawaan untuk pergi...

namun, tidak dilupa jua, perancangan yang tidak dirancang...perancangan untuk pergi awal, tapi akhirnya, terlupa yang diri sendiri perlu pergi..kan kecil sahaja nikmat yang ALLAH tarik, nikmat "ingat"...dan nikmat ini yang selalu terjadi pada manusia setiap hari, setiap masa...

ingat, sebab itu perlu mengingati...dengan pelbagai cara, cara yang moden ini, mengingati menggunakan mesej handphone, mesej menggunakan email, mesej menggunakan paparan pada papan kenyataan, mesej dengan artikel yang pelbagai. ditampal dimerata tempat..memberi secara terus menggunakan tangan..

tapi jangan lupa, perancangan dan usaha manusia, perlu jua disusuli dengan ikhlas...takut2, nanti ada yang usahanya melayang begitu sahaja...seperti tafsir yang disampaikan oleh ustaz zahazan mohd, dalam tafsirnya pada 7 mei 2007, mengingatkan, bahawa, syaitan, kadangkala membiarkan manusia membuat pelbagai kebaikan, dan akhirnya, merosakkan segalanya, dengan cara yang sangat mudah, iaitu "riak", "takjub diri"..

sebagai contoh, bangun awal pagi, dengan niat untuk bertahajud, mendekatkan diri dengan ALLAH, kemudian, pergi ke surau, kita yang mengazankan azan pagi2 setiap hari, kan hebat tu? setiap hari buat macam tu, ooohhh...zakri pun kalah, memang kalah teruk, tapi akhirnya, syaitan merosakkan dengan menghasut manusia itu dengan ujub, riak..dia memberitahu semua orang, yang dia bangun awal, dia yang azan, dia yang, dan dia yang..akhirnya semua amalannya lenyap...kesian bukan? kesian juga pada diri kita..

andai kata menulis blog pun, niat tidak ikhlas, untuk ramai orang membaca, kemudian, riak dengan penulis blog yang lain, yang blog kita ramai peminat, sia2 je penulisan kita kan? mmm.....

akhir sekali, tanya hati kembali, kenapa kita membuat semua ini?

cuma sedikit peringatan untuk diri sendiri yang sibuk merancang...semoga ALLAH terus ikhlaskan hati ini...aminnn....

---------------------
Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi
---------------------

Lagu ini hari ini...

Artis: Akbar
Lagu Ini Hari Ini
-----------------



Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama
Jadilah Insan Yang Tulus

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…

Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikat Sama

Tak Hindar Salah PadaNya
Bukakah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyanyangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
…Untuk Kita Renung Kembali
Bila Tiba Masanya Nanti
Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?

Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti
Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali
Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati
Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi

Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi
Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari
Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang
Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang

Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir
Dunia Ini Pasti Berakhir
Ingatlah Wahai Semua Musafir
Hari Yang Akhir… Kian Menghampir…


------------------------------
Assalamualaikum,

mungkin bagi sesetengah orang, lagu ini telah lama, tapi pada diri sendiri, ia merupakan satu halwa yang baru. actually, saya memang suka mendengar lagu berbentuk hip hop, tapi bukan itu yang cuba untuk disampaikan, yang ingin disampaikan, masa pasang lagu ini untuk first time, masa tu sambil2 tengah menaip, dan bila terpasang lagu ini, terus terdiam, dan terus mendengar lagu ini dengan sesungguh hati, menghayati liriknya...memang sangat mendalam

duniaku,
tidak seindah pandanganmu,
namun cukup, untuk ku dendangkan padamu,
lagu ini hari ini
untuk kita renung kembali
bila tiba masanya nanti
adakah kau masih mendengar lagu ku ini?

iye, hidup ini tidak seindah apa yang dilihat, tidak seperti anggapan sesetengah orang...lagi2 pada yang mengharapkan redhaNYA, dan tidak lagi berdasarkan kepada nafsu semata, tapi menghayati betapa inginnya untuk mengikut wahyu...

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi


terasa bila terbaca bait2 lirik ni, sebab selalu menyalahkan orang lain, dalam penulisan, dalam apa jua kesalahan yang secara sengaja atau tidak sengaja dilakukan...iye, mungkin tiada yang perasan, tapi saya memang begitu orangnya, satu sikap yang perlu saya sendiri betulkan, perlu untuk diperbaiki..

satu peringatan untuk diri sendiri, yang apabila menulis tulisan ini, tulisan selepas2 ini, peringatan untuk diri sendiri apabila bercakap, meluahkan, memberi tazkirah, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri, untuk memperbaiki diri sendiri, moga ALLAH ampunkan dosa saya..

Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikat Sama

Tak Hindar Salah PadaNya
Bukakah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyayangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…


ada yang tahu hanya mengeji, iya, HANYA TAHU MENGEJI, kerana tidak memahami, mungkin keluarga tidak memahami, teman2 sendiri tidak memahami, murabbi juga tidak memahami, tapi tidak mengapa, kerana sudah pasti, ada yang memahami, jika tidak manusia, pastinya DIA akan memahami...ALLAH pasti ada disisi kita saat memerlukan..moga ALLAH jua disisi saya saat saya memerlukanNYA, saat kita perlu untuk meneruskan hidup dengan segala pancaroba ini..

Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama

iya sahabat, teman, kawan, teman baik, sahabat baik, dan pelbagai lagi istilah diberikan...dunia kita berbeza, walau setiap hari, setiap masa, setiap detik kita bersama, namun, dunia kita tetap berbeza, penuh pancaroba, dan ingatlah, akhirnya, matlamat kita tetap sama, matlamat yang penuh dengan onak dan duri untuk dicapai....

matlamat hidup ini, pada setiap insan, hanyalah untuk mencari redha ALLAH, untuk mendapatkan redha ALLAH dalam apa juga yang kita lakukan, dalam setiap perkara, tidur, makan, minum, belajar, bekerja, dan sebagainya..matlamat hidup yang lebih sikit lagi, supaya ISLAM akan bersinar kembali, menyinar dengan penuh 'izzah, dan akhirnya, ISLAM akan menjadi ustaziatul alam, menjadi petunjuk seluruh alam, menjadi panduan seluruh alam...

oleh itu, bertanya balik pada diri, apa matlamat kita? adakah sama dengan insan yang lain? adakah matlamat kita selari dengan kehendak ALLAH? atau sekadar untuk memenuhkan perut? mengisi perut dengan makanan yang lazat? atau, matlamat hidup kita, lebih dari orang "biasa", untuk melihat ISLAM disetiap penjuru bumi, seperti apa yang telah sahabat lakukan...

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi...

Thursday, May 03, 2007

apa aku tulis nih? entah, nasyid kot...

Assalamualaikum,

so, selepas terfikir beberapa perkara, and akhirnya terluah jua...haha..

mmm....ramai yang menyatakan bahawa mereka pejuang dakwah, mereka pendakwah, dan pelbagai lagi nama yang sinonim dengannya...

dan dengan menjadi pendakwah, menjadikan mereka taboo kepada lagu2 yang ganaz2, yang meleleh3, lalu menjadikan mereka selalu "berdampingan" dengan apa yang dikatakan lagu2 islami, atau lebih specifik lagi, nasyid2...

memang tidak dinafikan, nasyid memberikan impak baru dalam hidup dan hayat seorang muslim, malah pada yang bukan muslim. akan tetapi, sehingga satu tahap, kita mendengar juga "nasyid2" yang entah, dimanakah yang dinyatakan sebagai nasyid, dengan lirik yang entahlah, masih ada maksud, atau sekadar yang menyedapkan dengan lagu yang dicipta...

bukan nak menentang, tidak, tapi terpulang pada individu, itu semua bergantung, ada yang merasakan ia tidak memberi manfaat, ada yang merasakan ia memberi manfaat...

teringat nasyid2 raihan, hijjaz, rabbani, yang awal2 dulu, ada yang memperkenalkan, malah memudahkan adik2 kecil, malah orang2 besar, mengingati asas2 agama ISLAM...nasyid 25 rasul, nasyid tentang sirah, terbaru tentang berwudhu', sangat2 berguna, malah menjadi siulan dan menjadi manfaat yang besar kepada umat ISLAM seluruhnya...

tapi, ada juga, yang mempunyai lirik terselindung, bercerita tentang sirah, tapi entah dimana mesejnya...bercerita tentang kebaikan dan sifat lima perkara, tapi dimana lima perkara tersebut, tidak diketahui...umat tidak lagi sempat nak memikirkan dengan mendalam. ada yang terdedah kepada ilmu yang melimpah ruah, ada yang cuma seciput, itupun seminggu sekali, jika tidak dibatalkan oleh penceramah atas sebab peribadi.

maka, nasyid tidak dapat dipisahkan, cuma, perlu diteliti kembali, seperti entry sebelum ini, pastikan niatnya ikhlas, dan juga, tidak melanggar syariat...kemudian, bertanya balik pada diri, adakah kita membuat ini, berdasarkan kepada kemahuan kita? atau kita mengikut apa yang diperlukan oleh msyarakat?

tidak faham? pendek kata, adakah kita mengikut nafsu? atau mengikut wahyu? wahyu ialah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. so teliti balik...apapun, bukan sekadar nasyid, tapi seluruh hidup kita, adakah berdasarkan wahyu atau nafsu?

WAHYU atau NAFSU?

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...