Friday, December 30, 2005

seindah mawar berduri?

assalamualaikum

setaut kasih
aku hulurkan buatmu,
insan yang kusayang,
ungkapan doa,
aku panjatkan padaNYA,
bahagia selamanya


salah satu rangkap nasyid kumpulan saujana, permata keluarga...anyway, tak kesah lar..walau apapun...

baru2 ni, dengar kaset ceramah, pilar-pilar dakwah, kaset yang sangat indah, salah satu ungkapan yang ustaz tu bagi adalah

"kita, terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga, lupa untuk mengejar dunia dan segala isinya..."

satu ungkapan yang sangat dalam maksudnya, tak terungkap...yelah, dunia kita nampak, tapi, dunia dan segala isinya, tak nampak..bukankah terdapat hadith yang menyatakanya bahawa, sekiranya kita mengerjakan solat sunat sebelum subuh, nilainya sama seperti dunia dan segala isinya? so, kita tak kejar dunia sepenuhnya, tapi, cuma mengejar dunia...

mesti penin kan? takpe, sastera memang mendalam maksudnya...

sebahagian orang menyatakan agama islam sebagai ibadah, ada yang menyatakan sebagai politik dan sebagainya...so, kalaulah kita, yang sepatutnya, kita try yang terbaik, menjadi muslim sejati...bukan muslim sebahagian ini, dan sebahagian itu, dan meninggalkan sebahagian yang lain...

sepatutnya, seorang muslim sejati, hidupnya sepenuhnya kerana islam, everything is islam...islam is the way of life...cuma nak praktikkan bagaimana? mahasiswa, ada kelas, masa solat subuh, tido, solat zuhur makan, solat asar kelas@main bola, waktu maghrib baru balik main, mandi2, bersiap...waktu isya g makan, so? takde hasil...

muslim sejati sepatutnya pelik dari orang lain...apa yang peliknya? masa solat, dia yang jadi imam atau bilal, solat berjamaah di masjid atau surau, soff paling depan....masa petang, dia yang sama2 bermain bola dengan orang lain, tapi menjaga masa, sebelum maghrib berhenti, bersiap awal, dan ke masjid....masa belajar, kelas, dia sampai awal, tak pernah ponteng tanpa sebab...awal pagi, dah bangun, tahajud padaNYA...so, seluruh hidupnya merangkumi peribadatan...sukar kan? tapi kalau bukan sekarang bila lagi?...

oklah, cukuplah dulu, nanti panjang sangat lak!

-zakri cuba menjadi muslim dan mukmin sejati....-


Thursday, December 29, 2005

Sesuatu yang tidak penting

Sesuatu yang tidak penting

24 dec 2005

-----------------------

sesuatu yang tidak penting,
sesuatu yang dipandang remeh,
sesuatu yang dipandang sebelah mata,
tanpa pemerhatian teliti,
tanpa memikirkan bahawa ianya boleh menjadi
sesuatu yang amat... penting,

sesuatu yang tidak penting,
sering dilupakan,
sering diabaikan,
seolah-olah tidak pernah wujud,
seperti tidak pernah ada,

sesuatu yang tidak penting,
walau setiap hari menggunakannya,
tetap tidak terasa kepentingannya,
tidak pernah mensyukurinya,
selepas kehilangannya,
baru terasa ruginya,
betapa ianya diperlukan,
betapa ianya dipinginkan,

sesuatu yang tidak penting,
bila hilang baru rasa pentingnya,
bila hilang baru rasa peritnya,
bila hilang baru berjanji untuk mensyukurinya,
bila hilang, dan bila hilang,

sedarilah sesuatu yang tidak penting itu,
jangan biarkan ianya dipandang sebelah mata,
jangan biarkan ianya menjadi bebanan,
jangan biarkan ianya sekadar sandaran,

sesuatu yang tidak penting,
suatu hari nanti,
pasti terasa kepentingannya...

Friday, December 23, 2005

selsema nan teruk....

Assalamualaikum

selsema ibarat ritma kehidupan,
kadang melanda, disaat tidak memerlukan,
banyak pandangan pada sakit nan satu ini,
ada yang mengatakan ianya musibah,
ada menyatakan ianya nikmat,
ada yang mengatakan ianya menyusahkan,
dan seribu satu pandangan yang memihak diri sendiri,
menyedapkan hati sendiri...


tiga hari selsema teruk...dan dua hari demam teruk...hehe, satu segi, sangat2 bersyukur, satu segi, rasa kesal....nak tahu sebabnya? nanti dulu...before that, hari selasa, alhamdulillah, dah berjaya mendaftar master, walaupun tengok pada subjek, macam mencelarukan, macam tak berhasil, tapi insyaALLAH, ALLAH takkan membebankan hambaNYA dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA itu, kan?

mengatakan tentang bebanan, kadang2, kita rasa kita tak mampu untuk menghadapi sesuatu perkara, contohnya macam kita kena sesuatu penyakit kronik, ataupun kita diberikan tugas untuk program tertentu, kita cakap, kita tak mampu, padahal, kita boleh, tapi tak nak terima, menjadikan ianya satu alasan (zakri pun sama gak dulu! haha, tapi sekarang, insyaALLAH tak lagi...)...kalau betul2 kita tak mampu, dan kita DAH USAHA, its ok, memang betul tak mampu, kalau just cakap tak mampu...heh, silap arr tu...

anyway, terpulang pada individu kan? ada yang tak tahu, ada yang tak nak amik tahu, dan ada yang tak peduli pun...ada juga yang tak tahu, dan mula mengambil tahu, dan ada yang dah tahu, dan ada yang amik tahu, dan betul2 mengetahui tentangnya. so, kita pilih dan masuk yang mana satu, kan?

so, tentang first thing tadi, dua pandangan berbeza apabila demam....first, bersyukur, sebab? sebabnya, dalam hati kecik ni, rasa bersyukur, sebab at least, ALLAH masih memerhatikan diri ni, dan DIA masih sayangkan diri yang hina ni, dan menurunkan ujianNYA pada hambaNYA ini, agar dapat muhasabah balik, tengok balik diri sendiri...kalaulah sihat sentiasa, takut2 terlupa untuk muhasabah...bila demam tak boleh bangun ni, kita akan betul2 muhasabah, kalau kita muhasabah...insyaALLAH, dapat tengok balik kesalahan diri...

secondly, kesal, sebabnya? sebab tak dapat bergerak, g program pun diam jer, yelah, orang demam, nak cakap pun "kurang larat"...hehe...so, bila ada perbincangan, kita ada idea, tapi tak dapat sampaikan, sebab "kurang larat", so, takde hasil...so, thats the two point, bila demam...tapi apapn, still bersyukur, walaupun kesal sedikit, tapi syukur masih banyak...at least, ALLAH uji dengan ujian yang mampu dihadapi, bukannya ujian yang lebih besar, macam accident, lagi teruk, kan? terpaksa stay kat hospital, kat wad, then tak dapat ikut program, langsung tak boleh buat apa, apa yang boleh buat, merapatkan sillaturrahim, yelah, bila sakit masuk wad, orang datang lawat, orang yang lama tak jumpa pun boleh datang, so, alhamdulillah, dapat rapatkan ukhuwah, kan? lagi baik, bila ada kawan2 yang temankan, jaga masa kat hospital....i know how it feel staying at ward...bosan giler...

so, enough is enough...cukuplah dulu, akan datang, ingat nak citer tentang pengalaman stay kat wad, sebab itu salah satu perkara yang menyedarkan diri sendiri, and pengalaman jaga ibunda tersayang kat wad...dan ayahanda tersayang...juga di wad, semua kat wad hospital sultanah aminah, johor bahru...sekian..


-zakri masih demam, tapi datang kerja, sejuk lak tu, demam baliklah macam ni!!-

Tuesday, December 20, 2005

Pagi nan mendung....

Assalamualaikum

Chemistry~Butterfingers...

pagi hari nan mendung, sedari awal pagi, sehingga ke tengahari, membawa mood yang kurang pada sesetengah orang, dan menjadi mood yang sangat baik pada sesetengah nan lain.

alhamdulillah, pagi2 lagi, berjaya melayan hasutan syaitan, tak tidor lepas subuh! haha, alhamdulillah, lega gak...teringat beberapa perkara yang jadi kat diri sendiri beberapa hari nan lepas, drive dengan sorang ikhwah, bawak tak laju, tapi keadaan memaksa menyelit antara kereta, dan seronok sangat, "wwooohoooo!!" lebih kurang arr seronok bila lepas selit-menyelit, then ikhwah tu cakap "bukan nak cakap alhamdulillah ker..." adus, terasa sangat, apa daa...tarbiyah diri tak cukup mantap lagi! haha...zakri masih peringkat belajar...

anyway, kisah sensasi di berita beberapa hari ni adalah berkaitan dengan banjir, bahagian utara banjir besar..dah tiga orang (semalam) meninggal! macam tak lojik right? yelah, dengan kerajaan sibuk war-war kene berjaga2 tapi still jadi kematian...dan pagi tadi, dalam radio era, sebab radio ikim tak berapa best pagi tadi...bab banjir gak, antara rata-rata pemanggil, cakap seronok banjir, main air, yang tak pernah kene, nak kene, banjir, boleh main air...but then, dieorg tak sedar, yang itulah yang jadi masalah, yang menyebabkan kematian...sedey gak, tapi tak boleh nak buat apa...

then, satu benda yang agak kritikal di malaysia nih, bab kemiskinan, yeah, ramai sangat2 orang miskin kat malaysia nih...and banyak pembangunan yang dieorg tak kecapi...yang paling tak tahan, bila kene masuk tv, bersamamu, and so on, and so on...kesian dieorg ni, patutnyer, benda ni dibuat oleh ADUN-ADUN yang dilantik, yelah, pemimpin, ambil tahu hal rakyat...mungkin ada, dan alhamdulillah, ada ADUN yang sedar benda tu, DAN AMBIL TINDAKAN, ada yang sedar benda tu, dan ambil tindakan dekat pilihan raya jer...mmm...korupsi yang melampau...

anyway, just opinion sebagai seorang yang sayangkan negara sendiri...apapun, setiap orang ada tanggungjawab sendiri, dan diri sendiri tengah mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik, dengan dakwah umum dan khususnya..moga usaha yang sangat2 sedikit ni, mampu menarik perhatian ALLAH untuk memandang diri ini....ada yang baik dalam pengurusan, dalam pergerakan haraki, but then, tarbiyah diri kantoi...so, disebabkan diri sendiri dah sedar kelemahan diri sendiri ni, so, diri sendiri nak perbaiki dan mendidik serta mengislahkan diri sendiri agar menjadi manusia yang mampu membeli saham akhirat yang sangat berharga tu...

alamak, cukuplah dulu, dah zuhur, nak g makan, then ada taklimat untuk master...hehe, kami dah jadi pelajar kembali, seronok, sebab akan dapat ilmu baru, dan dapat menunaikan tuntutan ALLAH dan RasulNYA supaya menuntut ilmu, walau ke liang lahad, right?

"bacalah, dengan nama Tuhanmu..."

-zakri kelaparan...tak makan tengahari lagi...-

Friday, December 16, 2005

Doa Pagi...

Assalamualaikum...

bahagia itu dari dalam diri,


dari pagi menaip, tak upload2 gak blog nih, hampeh tul zakri..actually, dah menaip dah pun, just nak publish jer, tapi ntah kenapa, hati tak tergerak nak tekan butang tu, tak kesah arr..

anyway, nak citer sikit tentang majlis2 yang biasanya akan diadakan di akhir tahun nih! majlis perkahwinan! penat doo..yelah, as a member, kene datang gak, what ever happen pun, terutamanya bila ikhwah2 yang ada bound yang sangat kuat antara satu sama lain.."band of ikhwah", yang sangat best...letih gak nak g sana, nak g sini, tapi bila pegi, tengok pengantin ceria, alhamdulillah, selesai sudah separuh agama mereka, bukan kita, haha...

tak nak ah citer pasal ni, nak citer pasal r2a, road to acheh! best sangat, terasa nak join bebudak tu g acheh, tapi mana nk cari rm1000? alhamdulillah, setakat ni, ada simpanan, tapi akan dihabiskan pada yuran master, apa hasil? takde hasil...so, modul pertama sedang berlangsung....walaupun tak involve sepenuhnya, just memberi idea, yela, orang bekerja, nak curi masa kerja pun tak sanggup, tengok arr, lepas present kerja nih, insyaALLAH, akan try datang dengan banyaknya...hehe, tapi ada class untuk master, takpe, belasah jer...gunakanlah slogan "KAMI KENTAL!!"

lepas solat jumaat tadi, jumpa sorang ayahanda, ayahanda saifudin, yang baru balik dari cuti...hehe, seronok gak, lama tak nyakat dia, last2 dapat gak nyakat, zakri nakal! nak buat macamana, memang kami macam ni....apapun, r2a still running, esok akan ada futsal, riadah untuk bebudak tu..and dengarnyer, nak kene bawa usrah untuk dieorg, ok gak, lama dah tak bawa usrah...mesti seronok...bincang2 dengan dieorg...

mmm....ok, ok, sambung keje zakri, letih woo..teringat masa belajar, lepas solat jumaat takkan ada class, sebab dah tukar pada masa lain...every semester!! haha...kadang2, satu sem tu, sampai dua hari cuti seminggu, maksudnya, seminggu, hanya belajar 3 hari...sabtu ahad cuti, campur dua hari cuti...seronok!! and paling best, last semester, hari isnin cuti, jumaat petang takde class...lepas jumaat, rumah yang jauh2 semua balik, isnin petang baru sampai kolej, memang tak senonoh...biasanya orang2 KL, seremban dan yang dekat2 jer...yang jauh2, g berjalan kat JB, haha..

okeh, enough is enough...ngantok!!!

-zakri tak makan tengahari...-

Doa Pagi...

Assalamualaikum...

apa yang ada,
jarang disyukuri,
apa yang tiada,


dari pagi menaip, tak upload2 gak blog nih, hampeh tul zakri..actually, dah menaip dah pun, just nak publish jer, tapi ntah kenapa, hati tak tergerak nak tekan butang tu, tak kesah arr..

anyway, nak citer sikit tentang majlis2 yang biasanya akan diadakan di akhir tahun nih! majlis perkahwinan! penat doo..yelah, as a member, kene datang gak, what ever happen pun, terutamanya bila ikhwah2 yang ada bound yang sangat kuat antara satu sama lain.."band of ikhwah", yang sangat best...letih gak nak g sana, nak g sini, tapi bila pegi, tengok pengantin ceria, alhamdulillah, selesai sudah separuh agama mereka, bukan kita, haha...

tak nak ah citer pasal ni, nak citer pasal r2a, road to acheh! best sangat, terasa nak join bebudak tu g acheh, tapi mana nk cari rm1000? alhamdulillah, setakat ni, ada simpanan, tapi akan dihabiskan pada yuran master, apa hasil? takde hasil...so, modul pertama sedang berlangsung....walaupun tak involve sepenuhnya, just memberi idea, yela, orang bekerja, nak curi masa kerja pun tak sanggup, tengok arr, lepas present kerja nih, insyaALLAH, akan try datang dengan banyaknya...hehe, tapi ada class untuk master, takpe, belasah jer...gunakanlah slogan "KAMI KENTAL!!"

lepas solat jumaat tadi, jumpa sorang ayahanda, ayahanda saifudin, yang baru balik dari cuti...hehe, seronok gak, lama tak nyakat dia, last2 dapat gak nyakat, zakri nakal! nak buat macamana, memang kami macam ni....apapun, r2a still running, esok akan ada futsal, riadah untuk bebudak tu..and dengarnyer, nak kene bawa usrah untuk dieorg, ok gak, lama dah tak bawa usrah...mesti seronok...bincang2 dengan dieorg...

mmm....ok, ok, sambung keje zakri, letih woo..teringat masa belajar, lepas solat jumaat takkan ada class, sebab dah tukar pada masa lain...every semester!! haha...kadang2, satu sem tu, sampai dua hari cuti seminggu, maksudnya, seminggu, hanya belajar 3 hari...sabtu ahad cuti, campur dua hari cuti...seronok!! and paling best, last semester, hari isnin cuti, jumaat petang takde class...lepas jumaat, rumah yang jauh2 semua balik, isnin petang baru sampai kolej, memang tak senonoh...biasanya orang2 KL, seremban dan yang dekat2 jer...yang jauh2, g berjalan kat JB, haha..

okeh, enough is enough...ngantok!!!

-zakri tak makan tengahari...-

Wednesday, December 14, 2005

Kembara Ukhuwah Pantai Timur

Assalamualaikum

so, its me again...so, alhamdulillah, pagi nan indah ni, beberapa perkara menarik telah berlaku, seronok sangat2...yelah, bila sahabat2 yang lama kita tak jumpa, tiba2 muncul depan mata, kan? so, abg rizza dan manaf, dua "orang lama", datang jb malam tadi, seronok, cerita2, and bukan sekadar borak2 kosong, tapi dengan beberapa objektif yang dirancang...insyaALLAH, abg rizza akan stay sampai esok, tapi manaf katanya, akan kembali ke rumah pagi ni, takpelah, nak buat macamana, semua orang dah kerja, takkan nak paksa duduk sini, kan?

anyway, tiga empat hari yang lepas, alhamdulillah, telah berjaya menunaikan hak2 seorang muslim ke atas saudara muslimnya, dengan menziarahi rumahnya, walaupun jauh, namun, tetap digagahi jua...awalnya, ke taman universiti, rumah junior sekolah dulu, aliya murshida, dia nikah pagi tu, dan sebagai salah sorang orang tua, datang menziarahi, lagipun, nak tahu gak macamana muthanna tu, hampeh gak, same jer perangai, nakal!! haha...


then, selepas berhempas pulas, terus bertolak ke pahang, dengan ikhwah2 yang lain. sampai ke keratong 2, selepas 3 jam perjalanan...letih gak, tapi semangat tetap kuat! hehe...majlis perkahwinan 'athif, kali ke tiga, sampai2 jer, keluarga belah suami baru nak bertolak balik. so, layan jap, amik gambor awang...ehhehe...lepas makan, terus bertolak lagi, kali ni, destinasi, kuantan...

sebelum kuantan, d gambang, singgah sebentar d rumah abg rizza, the "OTAI" lama ikhwah sini, best betul! sorang yang sangat sayang kat anaknya, mujahid, tapi email abu mus'ab, takde hasil...anyway, makan lagi kat rumah mamat ni..letih tul! asik makan jer...then, terus ke rumah sorang lagi ikhwah, umayr, lagi best! layan giler..borak2 tentang kisah2 silam dan terbaru...bestnyer...

pagi esoknyer, ke rumah indra, sorang lagi ikhwah yang terapung2 di atas air, dengan pelbagai spekulasi...haha...seronok tengok family dia, memang ceria, giler arr..walaupun sederhana, tapi hati senang, alhamdulillah, bagus gak family dia nih!

lepas tu, terus running balik jb, sampai jb lebih kurang 3ptg, letih badan, sebab drive straight 3 jam, hehe, lama dah tak drive lama2, dah tua2 nih, letih gak! target, nak drive jb-kelantan, mungkin 8-10 jam, sebab kuala terangganu, pernah buat 8 jam balik terengganu...nak try kelebihan badan ni..


okeh, cukup dulu, nak buat kerja lak, dah 9pg! alamak! kerja banyak!

wassalam...


-zakri terkejar2...-

gambor2 kat kzhf.modblog.com haha..

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...