setaut kasih
aku hulurkan buatmu,
insan yang kusayang,
ungkapan doa,
aku panjatkan padaNYA,
bahagia selamanya
aku hulurkan buatmu,
insan yang kusayang,
ungkapan doa,
aku panjatkan padaNYA,
bahagia selamanya
salah satu rangkap nasyid kumpulan saujana, permata keluarga...anyway, tak kesah lar..walau apapun...
baru2 ni, dengar kaset ceramah, pilar-pilar dakwah, kaset yang sangat indah, salah satu ungkapan yang ustaz tu bagi adalah
"kita, terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga, lupa untuk mengejar dunia dan segala isinya..."
satu ungkapan yang sangat dalam maksudnya, tak terungkap...yelah, dunia kita nampak, tapi, dunia dan segala isinya, tak nampak..bukankah terdapat hadith yang menyatakanya bahawa, sekiranya kita mengerjakan solat sunat sebelum subuh, nilainya sama seperti dunia dan segala isinya? so, kita tak kejar dunia sepenuhnya, tapi, cuma mengejar dunia...
mesti penin kan? takpe, sastera memang mendalam maksudnya...
sebahagian orang menyatakan agama islam sebagai ibadah, ada yang menyatakan sebagai politik dan sebagainya...so, kalaulah kita, yang sepatutnya, kita try yang terbaik, menjadi muslim sejati...bukan muslim sebahagian ini, dan sebahagian itu, dan meninggalkan sebahagian yang lain...
sepatutnya, seorang muslim sejati, hidupnya sepenuhnya kerana islam, everything is islam...islam is the way of life...cuma nak praktikkan bagaimana? mahasiswa, ada kelas, masa solat subuh, tido, solat zuhur makan, solat asar kelas@main bola, waktu maghrib baru balik main, mandi2, bersiap...waktu isya g makan, so? takde hasil...
muslim sejati sepatutnya pelik dari orang lain...apa yang peliknya? masa solat, dia yang jadi imam atau bilal, solat berjamaah di masjid atau surau, soff paling depan....masa petang, dia yang sama2 bermain bola dengan orang lain, tapi menjaga masa, sebelum maghrib berhenti, bersiap awal, dan ke masjid....masa belajar, kelas, dia sampai awal, tak pernah ponteng tanpa sebab...awal pagi, dah bangun, tahajud padaNYA...so, seluruh hidupnya merangkumi peribadatan...sukar kan? tapi kalau bukan sekarang bila lagi?...
oklah, cukuplah dulu, nanti panjang sangat lak!
-zakri cuba menjadi muslim dan mukmin sejati....-
No comments:
Post a Comment