Thursday, June 16, 2011

Mengantuk - perlu keseimbangan

Assalamu'alaykum,

hari ni, sangat mengantuk, i don't know why. mungkin effect dari semalam kot. tidor agak awal, jam 11 pm, tapi mungkin tak cukup, so, effect dirasa pada hari ini. adoi. masalah juga ni. dengan keadaan badan yang kekurangan rehat, ia akan memberikan tekanan (baca: stress) kepada otak dan badan, agar bekerja dengan lebih keras (baca: sebab sedikit lemah dari biasa, tenaga untuk perkara biasa berganda sedikit), dan akhirnya, akan membawa kepada perkara yang lebih buruk (baca: harapnya tidak begitu)

Wednesday, June 15, 2011

Angry Bird - aku pun main~

Assalamu'alaykum,

sorry pada peminat blog ni, kali ni aku cuma nak bercerita mengenai satu game yang popular (baca: aku dah terlewat), iaitu Angry Bird

Burung Pemarah yang dimaksudkan

Tuesday, June 14, 2011

pandai berbelanja

Assalamu'alaykum,

so, kali ni antara entry aku yang sedikit merepek. bukan apa, cuma nak kongsi salah satu cara berbelanja dengan jimat. oh, terlupa, ayatnya sepatutnya begini:
"salah satu cara berbelanja keperluan diri dengan jimat"

hidayah ALLAH, siapa tahu?

Assalamu'alaykum,

hari ini, hari yang indah, aku cuma nak bercerita sedikit tentang apa yang terjadi tadi. tapi sebelum tu, hari ini sangat indah, kenapa ye? kerana selepas solat subuh dipagi yang hening, aku melepak2 dulu, kemudiannya, bila matahari sedikit memancarkan cahayanya (baca: dengan izin ALLAH), aku pun menggatal2 nak lap kereta. bukan apa, semalam, perjalanan dari JB-Melaka-Serdang telah menyebabkan kereta aku kelihatan sangat cool, kerana penuh dengan laluan air+debu+percikan lumpur di bahagian tayarnya. terima kasih banyak. kemudian, cantik je lepas aku habis mengelap, aku perasan, hari macam gelap, dan alhamdulillah, pagi ini, ALLAH memang nak sejukkan bumi Serdang, dengan menurunkan hujan dengan lebatnya! alhamdulillah...molek benar...tapi aku tak kisah, sebab memang selalu dah jadi.

Monday, June 13, 2011

2Cellos

Assalamu'alaykum,

lari sebentar dari topik2 kehidupan, nak bagi satu video yang memang WIN...giler arr...

main Cello je kot, untuk smooth criminal...baru tahu..hua hua..


Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA- Malaysia

Assalamu'alaykum,

so, tadi baru je menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Bukit Jalil, dan selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke 80, Terengganu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke90, dan memenangi perlawanan dengan gol di waktu tambahan.

dan sejujurnya, dah lama tak menyaksikan perlawanan bola sepak. kali terakhir? entahlah...dan kali ini, sangat2 teruja nak menonton juga....semangat tidak mahu mengalah, menjadi duri dalam daging kepada Kelantan. gol minit akhir, telah merentap semangat pemain Kelantan, ia kelihatan, walaupun tidak jelas, akan tetapi, di waktu tambahan, nyata skuad Terengganu menyerang dengan agresif, dan Kelantan kurang menyengat, hanya lebih kurang 3 serangan di waktu tambahan tersebut.

alhamdulillah...berdebar2 hati..adeii...takmo dah tengok perlawanan bola...adeii..sakit jantung...

Wednesday, June 08, 2011

Bedah Buku: U-Turn Ke Jalan Lurus

Assalamu'alaykum,

so, hari ni (baca: sebenarnya dah beberapa hari) habis membaca salah satu lagi buku yang sangat menarik. buku ini sebenarnya di promote oleh salah seorang pakcik yang dikenali. dia menyatakan bahawa buku ini sangat menarik untuk dibaca dan dihayati. dan benarlah katanya, buku ini sangat menarik untuk dibaca, dan dihayati isinya.

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...