Tuesday, July 13, 2010

Permulaan sesuatu

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu untuk para pelajar IPT memulakan kembali rutin kehidupan yang sibuk, terkejar-kejar, bangun lambat, dan sebagainya. minggu ini, kuliah minggu pertama telah bermula, dan ramai yang telah pulang ke IPT sejak minggu lalu, namun, tetap ada yang baru sahaja pulang semalam (isnin) dengan memberikan pelbagai alasan yang biasa didengar. biasalah student, kreatif dalam mencipta alasan, sedangkan mereka terlupa, pensyarah mereka juga pernah menjadi student sebelum bertukar title.

anyway, ia merupakan permulaan kepada ramai orang. permulaan kepada student, dari kisah hidup yang membosankan, tidur tak tentu hala, dan sebagainya, kepada rutin yang sibuk, dan memerah otak dan keringat.

pada pensyarah, tidak kurang juga, ia merupakan permulaan untuk menguruskan masa yang sebelum ini digunakan untuk aktiviti penyelidikan, perundingan, digabungkan sekali dengan pengajaran kali ini...

para pentadbir pula, dari rutin yang "kurang bertemu pelajar", kepada rutin hampir setiap masa berselisih bahu dengan pelajar.

ia merupakan pertukaran kitaran rutin kehidupan. permulaan kepada sesuatu. jadi anda bagaimana? pastinya ada permulaan kepada sesuatu..kan?

Sunday, July 11, 2010

uhuk~ lama dah rupanya blogku berhabuk

Assalamu'alaykum,

ya ALLAH, terlupa pula aku ada blog, dan blogku hampir tidak diupdate lagi...

terlalu banyak perkara terjadi, dengan kursus, dengan pameran, bercuti sementara, dan berlari2 ke sana ke mari, melaksanakan tanggungjawab sebagai kuli, hamba, dan sebagainya...

alhamdulillah, malam ni ada kesempatan sebentar untuk update, ni pun kejap je...hehe..terasa nak ber"dating" dengan zaujah tersayang...uhuk~ zaujah sahaja ye...

anyway, selamat "menaiki" tangga2 menara gading kepada adik2 yang baru masuk ke IPT, yang dah "tua" di IPT, dan kepada para pensyarah yang akan mula "pening kepala" nak kejar PLO dan sebagainya...hehe~

semoga ALLAH membantu kita semua. to all 3SGG 2010/2011, i have job to all of you! we going somewhere~

Wednesday, June 23, 2010

~ber~kur~s~u~s

Assalamu'alaykum,

hari ini, hampir 6 minggu dah berkursus, satu tempoh masa yang melelahkan, dan meletihkan...

akan tetapi, dalam 6 minggu ini, banyak telah berlaku,
banyak perkara telah terjadi,
dan banyak benda telah terlepas,
atas kesibukan yang melampau,

namun, itu semua pasti ada hikmahnya....

apapun, langkah baru akan bermula,

IKRAM,
ukhuwwah teras kegemilangan~

Friday, May 21, 2010

Andaiku Tahu - again and again...

Assalamu'alaykum,

sebenarnya lagu ni dah lama, tapi diberikan nafas baru, oleh one of my favourite singer, Ramil Sarip, which has it own strength...and i love it very much...

thanks to Epul who give me this song, and after that, i search for its video, so, sharing is caring....here it is

Monday, May 10, 2010

teringatkan arwah ayahanda~

tiada kata2 sebenarnya, 
cukuplah untuk memberitahu,
semalam, hari jadi arwah ayah,
dah esok, hari jadi afifah,
cucu perempuan pertama arwah ayah....

(gambar hiasan, sumber: internet)

bila ye saat diri ini? daku tidak tahu...
terasa seperti ajal itu di depan mata je...
macam dah dekat sangat je...
wallahu'alam...sesungguhnya, ALLAH lebih mengetahui

Friday, May 07, 2010

Gurindam Jiwa

Assalamu'alaykum,

gurindam jiwa, ditujukan khas buat ummi~

Gurindam Jiwa


tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...

anak cina pasang lukah,
lukah dipasang, ditanjung jati,
di dalam hati,  tidak ku lupa,
sebagai rambut bersimpul mati...

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga...

burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan...

kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga...

Sunday, May 02, 2010

perubahan cara hidup, perkongsian~

Assalamu'alaykum,

bismillah~


agaknya, tajuk ni agak terlambat kot. sebab di era globalisasi dan pelbagai jenis teknologi ini, kisah ini baru dikeluarkan, sebab baru terperasan secara terang dari sudut yang berlainan...

era 1990an
satu dekad yang penuh dengan inovasi dan pencapaian yang menarik. ketika ini, internet baru diperkenalkan di negara Malaysia, dengan kelajuan yang digambarkan sebagai "kelajuan cahaya", dengan nada sinis mengutuk kelajuan internet di Malaysia ketika itu. cyber kafe menjadi "boom"!, dengan orang berduyun2 ke sana, membayar sekitar RM3.50 untuk sejam perkhidmatan....


dalam masa yang sama, era surat menyurat, bersama jilatan ke setem sebelum ditampal ke sampul surat, juga masih menjadi kaedah penyampaian yang menarik. surat berisi gambar terbaru, yang diambil dengan kamera filem juga adalah kemestian kepada ramai orang. dan satu lagi keadaan, "diari kesayangan" telah menjadi lunyai gara-gara ditenyeh oleh tangan hampir setiap hari. 

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...