So, selepas membaca buku fizikal, kali ni diteruskan lagi dengan buku audio. Kali ni nak berkongsi tentang satu buku dalam siri Pengembaraan Sherlock Holmes (lagi). Kali ni bertajuk The Adventure of the Speckled Band.
Bermula (lagi) dengan seorang wanita bertemu Sherlock Holmes di awal pagi. Sherlock kemudiannya mengejutkan Dr Watson, kerana padanya, mesti wanita ini mempunyai kes yang sangat penting, sebab sanggup datang awal pagi.
Wanita ini meminta pandangan Sherlock berkenaan kesnya. dia ingin berkahwin, akan tetapi, ayah tirinya seperti menghalang. kemudian perempuan ini membuka cerita, dia mempunyai seorang kakak, dan kakaknya telah mati 2 tahun sebelumnya, tanpa diketahui sebabnya. Selain itu, perempuan itu juga bercerita, mendiang maknya mati, dan meninggalkan harta untuk dijaga oleh ayah tirinya. Dan sekiranya dia dan kakaknya berkahwin, harta itu akan diberikan kepadanya dan kakaknya.
Ketika kakaknya nak berkahwin, kakaknya memberitahu wanita ini yang dia terbau bau tembakau, dan mendengar bunyi2 pelik dalam biliknya. Kemudian, malam itu wanita itu, tidak boleh tidur, dan tiba2 dia terdengar jeritan kakaknya. Dia terus ke bilik kakaknya, dan mendapati kakaknya dalam keadaan sangat terkejut, dan kemudiannya pengsan. Bila di bawa kepada doktor, doktor mengesahkan kakaknya telah mati. Apabila bedah siasat dilakukan, tidak dapat mengenalpasti apa sebab kematian. Tiada racun, atau kesan serangan.
Kali ini, wanita ini menyatakan dia hendak berkahwin dengan lelaki pilihannya. Dan pada satu malam, ayahnya meminta dia tidur di bilik mendiang kakaknya. Dan disebabkan dia masih trauma, dia hanya duduk dan tidak tidur dalam bilik tersebut. Kemudiannya, dia juga terbau bau tembakau, dan mendengar bunyi yang kakaknya dengar sebelum kakaknya mati.
Apabila Sherlock mendengar kisah ini, dia pun meminta wanita itu pulang dulu ke rumahnya. Dan menyatakan dia akan ke rumah dan memeriksa bilik yang dinyatakan itu. Selepas wanita itu keluar, tiba2 seorang lelaki mengetuk pintu dengan kuat, dan kemudian masuk. Dia bertanya kepada Sherlock, apa yang wanita itu cerita kepadanya. Sherlock tidak menjawab. Setelah beberapa kali mendesak tetapi tidak mendapat jawapan, lelaki itu keluar, dan memberi amaran kepada Sherlock untuk tidak campur tangan dalam urusan keluarganya.
Kemudian, Sherlock mengajak Dr Watson keluar, sambil meminta Watson membawa pistolnya bersama, kerana merasakan kali ini, ada bahaya yang lebih besar. Apabila sampai ke bilik wanita itu, dia memeriksa sekitar bilik, dan mendapati terdapat satu ventilation yang tidak berguna pun. serta mendapat ada tali yang terkeluar daripadanya.
Selepas memeriksa bilik itu, dia memberikan beberapa arahan kepada wanita tersebut. Sherlock dan Watson kemudiannya pergi ke motel/hotel berdepan dengan rumah wanita tersebut, sambil menunggu "signal" daripada wanita tersebut.
Selepas mendapat signal dari wanita itu, mereka bergegas ke rumah wanita tersebut...
apa yang terjadi?
adakah wanita itu terselamat?
apa guna pistol yang Watson bawa?
apa jadi pada ayah tiri wanita tersebut?
anda boleh cuba dengar buku audio ini, dan mendapatkan jawapannya.
apa jadi pada ayah tiri wanita tersebut?
anda boleh cuba dengar buku audio ini, dan mendapatkan jawapannya.
hehe... orait, semoga anda enjoy dengan post ini. jumpa lagi dalam entry yang akan datang...
regards...
No comments:
Post a Comment