Wednesday, May 23, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Menara Jam dan Stesen Keretapi Taiping

Assalamu'alaykum,

Selesai makan tengahari, kami ingin bergerak pulang ke homestay, untuk berehat seketika. Sebelum itu, kami sempat singgah ke dua tempat menarik juga di Taiping, iaitu Menara Jam Taiping, dan juga Stesen Keretapi Taiping.



Menara Jam Taiping kini digunakan sebagai pusat informasi bagi Jejak Warisan Taiping. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Dan sekiranya anda tidak peka, mungkin anda akan terlepas pandang bangunan ini.

Menara Jam Taiping

Disebabkan pusat informasi ini tidak dibuka pada hari kami pergi, kami meneruskan perjalanan pula ke destinasi seterusnya, iaitu Stesen Keretapi Taiping.

Ianya terletak di pinggir bandar Taiping. Walaupun ianya sederhana, tapi sejarah yang ditinggalkannya masih utuh bersama waktu. Stesen ini dibina pada 1882. Asalnya ia dibina bagi menghubungkan antara bandar Taiping ke Maxwell Port. Kemudiannya stesen ini bersambung dengan laluan keretapi bagi Tanah Melayu.

Pandangan hadapan Stesen Keretapi Taiping

Pandangan dalam Stesen Keretapi Taiping

Logo Jejak Warisan Taiping

Papan Informasi berkenaan Stesen Keretapi Taiping
Selepas ke stesen keretapi ini, kami berehat seketika. dan kemudian menyambung lagi penjelajahan pada waktu malam. 

ke mana pula destinasi seterusnya? 

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...