Saturday, October 21, 2017

Drama Runners: Hari Sukan Negara 21 KM

Assalamu'alaykum,

ok, kali ini, buat satu siri baru, Drama Runners. Sebenarnya, saya sangat suka berlari, sejak dari zaman sekolah lagi. Siri Drama Runners ni mungkin boleh fokus lebih kepada kisah-kisah event lari, atau mungkin kaedah2 berlari yang boleh dijadikan panduan satu hari nanti.

Orait, kita fokus satu-satu. Kali ini, ingin berkongsi tentang salah satu event larian tahunan, iaitu Hari Sukan Negara 21 KM (HSN21KM). boleh cari kat media sosial #hsn21km atau #hsn21km2017 untuk lanjutan maklumatnya. atau boleh ke link HSN21KM.


Untuk event kali ini, sebenarnya saya telah berjanji dengan kawan2 baik sejak sekolah, yang juga suka berlari, iaitu bro Enjedo, Kaled, dan juga Jubey. Kami sepakat untuk masuk acara ini sejak awal tahun, lebih kurang bulan Mei 2017. Sebab kami konon2 ingin menebus "kekurangan" ketika event Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) 2017. Pasal SCKLM ni akan dibuat post kemudian. hehe

Persediaan kali ini tidak sehebat persediaan untuk SCKLM, sebab lutut sakit, dan perlukan perhatian lebih. maka selalu ke gym untuk kuatkan otot-otot badan (baca: bukan besarkan ye, fokus on lean). dan fokus utama pastilah kaki, dengan buat leg press sampai 140kg maksimum. Dan kadang2, untuk kaki sahaja, buat sampai 7 jenis workout berlainan. untuk seluruh kaki, leg press, dan utk peha dalam, peha bahagian luar, peha, dan juga utk betis. biasanya kalau buat betul2, memang susah nak berjalan kemudiannya.

orait, itu untuk persediaan. Pada hari kejadian, event dilakukan pada waktu malam, lepas solat isya, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk berehat lebih, maka saya mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja. boleh tidur dan baca buku (Arkitek Pelukis Jalanan).

Rajah 1: buku yang dihabiskan dalam bas

Kali ini cadangannya adalah untuk tidur di Hotel berdekatan Dataran Merdeka (pengajaran dari SCKLM 2017), jadi Jubey telah tempah awal hotel, dan selepas tiba lebih kurang jam 3petang, saya terus check in hotel. Disebabkan Jubey terpaksa outstation, kali ini Jubey tidak dapat join event ini.

Kemudian, bermulalah sesi persediaan, dengan baju, dan sebagainya perlu disediakan terlebih dahulu.

Rajah 2: baju yang dah sedia untuk dipakai

Persediaan dah dibuat, mental dah sedia, fizikal juga bersedia (baca: separuh bersedia sebenarnya). Maka dengan lafaz Bismillah, bermulalah perjalanan panjang melebihi limit fizikal dan mental. Owh, sebelum terlupa, ketika bermula larian, sempat juga high-five dengan Khairy Jamaludin.

Larian kali ini mencabar juga, kerana pada KM ke-2 dah bermula pendakian. ketika ini, ramai pelari2 yang awalnya memecut laju, mula kelihatan perlahan. owh ye, saya lari slow je ye, sebab mentally dah sebut, we want to finished this, not to win it. we win it by finished it strong!! pace saya cuma 7.30-8.00 sahaja. kalau ikutkan, pemenang acara ini lari sekitar pace 2.00-3.00 sahaja. dan tamat dalam masa sejam suku. wow~~!!!

Berbekalkan Energy Gel, air mineral dan juga spray Salonpas (kredit: enjedo), saya memulakan perjalanan panjang ini. awalnya kami bercadang lari bersama (saya, Kaled dan Enjedo), akan tetapi disebab pace saya sangat slow, saya ditinggalkan seawal 500 meter pertama (kan saya dah kata saya slow). dan perjalanan saya menjadi perjalanan keseorangan....
 
Rajah 3: "Senjata-senjata" untuk berlari + medal bila habis larian

Kali ini, stesen air (baca; water station) disediakan lebih kurang setiap 3km. biasanya badan akan dihidrasi sekitar jarak ini. Dengan pengalaman lalu, saya akan minum sekitar 2-3 cawan kertas air utk setiap stesen air ini. dan kemudian, untuk setiap 5km, saya akan ambil energy gel untuk berikan tenaga tambahan untuk terus berlari. 

Kemudian, tanpa disangka, saya mula melihat kelibat rakan saya Kaled lebih kurang km ke7, saya cuma dapat menepuk bahunya, dan terus berlari. Sebab saya tak boleh slow down, nanti akan beri impak pada km2 akhir pula. dan kemudian saya nampak kelibat Enjedo di hadapan. tapi saya tidak tergesa-gesa mengejarnya, sebab perlu kekalkan pace saya. dan pada km ke9, ada stesen air lagi, selepas minum saya meneruskan larian. dan kelibat Enjedo hilang.

Larian diteruskan lagi, dan ketika ini, kaki dah mula rasa "ketat" terutamanya lutut, satu keadaan yang sukar nak diungkapkan, hanya yang pernah rasa je dapat faham dan tahu. Maka ketika ini spray Salonpas membantu sedikit sebanyak. dan ketika memasuki km ke14-16, kami dihadapkan sekali lagi dengan bukit "membunuh". Kali ini memang ada masa saya cuma berjalan kaki sahaja. sebab jantung berdegup terlalu laju. Kali ini ternampak Enjedo, sebab perjalanan dia perlu u-turn selepas bukit.

ketika ini, kelihatan ramai yang mula kekejangan, dan berehat malah terbaring di tepi bahu jalan. Saya cuma dapat bantu dengan spray kaki mereka yang kekejangan. dan teruskan larian. dan pada KM ke20, ada lagi satu bukit yang perlu didaki, ketika ini semua pelari dah berjalan sahaja. tapi disebabkan pace saya slow, saya teruskan pace yang slow ini.

dan akhirnya, selepas 21km, saya tiba semula ke Dataran Merdeka!! yeay.. alhamdulillah, berjaya mengatasi limit diri, fizikal dan mental!!!

Rajah 4: Tamat larian... yeay

Larian ini ibarat kehidupan kita seharian... ada pelbagai dugaan dan cabaran. Dalam larian, kita dicabar dengan bukit yang tinggi, jarak yang jauh, dan kekuatan mental yang tinggi. Dalam larian juga kita diuji dengan sakit kaki, krem, dan sebagainya.
Persoalannya:
(1) adakah kita bersedia untuk lalui kehidupan ini? dan bagaimana kita bersedia ini? caranya dengan membuat latihan, tambah ilmu larian, kaedah larian yang sesuai, membeli barang keperluan, pakai kasut sesuai
(2) ketika larian, dengan kesakitan, adakah kita berputus asa sahaja? atau teruskan perjalanan? bagaimana nak teruskan larian?
(3) ketika berlari, ada orang yang ditimpa kesusahan, adakah kita hanya akan mementingkan diri? atau membantu walau sedikit, dan sekadar termampu? 

harapnya post kali ini dapat memberikan semangat pada sesiapa berkenaan. Semoga ianya ada manfaat walau sedikit...

regard

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...