Assalamu'alaykum,
Bedah Buku.
Lama tak buat bedah buku, biasanya bedah buku ni dibuat dalam program2 tarbawi, tapi ada juga rakan2 yang buat bedah buku. tapi tak ramai yang suka baca, sebab ianya dikira spoiler, tapi disebabkan buku ni dah tersangat lama, jadi boleh kot dibuat bedah buku.
Buku yang dimaksudkan adalah The Litigators, karya John Grisham. Dikeluarkan tahun 2011, buku yang ke 25 John Grisham. Sebenarnya, penulis bukan penggemar karya John Grisham, tapi disebabkan minat buku adventure dan thriller, maka terkait pula dengan buku ni.
Buku mengisahkan tentang 3 orang, David Zinc, Wally Figgs, dan Oscar Finley, bersama anak guam mereka. David Zinc merupakan graduan Harvard, dan bekerja selama 5 tahun di Pejabat Peguam terkenal, tapi hanya bekerja menyiapkan kertas kerja untuk anak guam mereka, yang merupakan syarikat2 besar di US. manakala Wally Figgs dan Oscar Finley merupakan rakan kongsi pejabat peguam kecil, yang menguruskan isu penceraian dan insurans.
Awal novel ini mengisahkan larat belakang ketiga-tiga peguam ini. David Zinc yang bekerja setiap hari hingga lewat malam, mengejar "jam" kerja, dan tidak punya masa untuk keluarga, merasa bosan dengan kerja dia. Dia kemudiannya bertindak datang ke tempat kerja, dan mengatakan mahu berhenti depan ketuanya, dan terus keluar pejabat ketika orang berpusu2 masuk. Dia menghabiskan masa di salah sebuah bar, hingga tidak sedarkan diri.
Wally Figgs dan Oscar Finley pula menguruskan pejabat peguam mereka dengan sedikit kurang beretika (kalau boleh diperkatakan begitu). meletakkan iklan di borang BINGO, bar dan sebagainya, untuk mengurangkan kos pengiklanan.
David Zinc kemudiannya dalam keadaan mabuk menaiki teksi menuju ke pejabat Finley & Figgs, dan kemudian meminta untuk kerja di situ (*baca: dalam keadaan mabuk). dan selepas berlaku satu insiden, Wally dan Oscar memberi peluang kepada David untuk bekerja dengan mereka.
Kemudiannya, Wally mendapat satu kes, berkenaan Krayoxx, satu jenis dadah (*baca: ubat) untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah, dan mendapati ubat ini mampu membawa kepada sakit jantung (*baca: mengakibatkan kematian). Selepas membuat kajian, mereka mendapati terdapat beberapa kes pesakit yang mati akibat sakit jantung, mengambil ubat Krayoxx ini. Krayoxx ini dipasarkan oleh satu syarikat farmasi terkenal, iaitu Varrick Labs.
Mereka kemudian mengumpul anak guam berpotensi, dan membuat kajian berkenaan ubat ini. Ketika ini, seorang peguam yang lebih berpengaruh, Jerry Alisandros mengajak Wally join-ventures dalam "pertarungan" dengan Varrick Labs ini. Varrick Labs pula mengupah penguam terkenal, Nadine Karros sebagai peguambela mereka.
Wally dijanjikan penyelesaian di luar mahkamah oleh Jerry, dengan setiap anak guam akan menerima sekitar USD2juta, dan dengan 8 orang anak guam, mereka menjangkakan mereka akan menerima USD2juta setiap orang (peguam). Duit mula mengelabui mata semua peguam yang terlibat. Tanpa mereka sangka, Varrick Labs tidak mahu penyelesaian luar mahkamah, dan akan "bertarung" habis-habisan dalam mahkamah, kerana mereka yakin ubat mereka tidak menyebabkan sakit jantung.
Jerry mengupah pegawai perubatan terkenal untuk mengumpul bukti. dan ketika tarikh perbicaraan tinggal sebulan-dua lagi, mereka mendapati Krayoxx ini tidak bermasalah, dan hanya 10-20% pengambil sahaja yang ada simptom yang boleh membawa kepada sakit jantung. dan Jerry kemudiannya menarik diri sebagai consultant kepada Willy, dan menyebabkan Willy dan rakan2 mereka terpaksa masuk mahkamah tanpa bukti yang kukuh. Willy ingin menarik diri dari perbicaraan, akan tetapi, mereka diberikan amaran oleh satu lagi pejabat peguam, yang akan menyaman mereka sehingga USD2juta bagi setiap lawsuit yang ditarik balik. dan Willy meneruskan perbicaraan kes ini ke mahkamah.
Ketika kes dibicarakan, tiga peguam Finley Figgs: Oscar, Willy dan David bersedia dengan kes mereka. Oscar disebut sebagai senior partner, Willy sebagai peguam kedua dan David sebagai peguam muda. Ketika kes disebut, Oscar diserang penyakit jantung, dan terpaksa membuat pembedahan untuk bypass. Dan Willy mengambil alih kes sebagai peguam pertama. Selepas hari pertama perbicaraan, Willy yang tidak dapat menahan tekanan, telah mengambil arak dan menghilangkan diri sepanjang tempoh perbicaraan. Willy tidak dapat dihubungi, dan David terpaksa mengambil alih sebagai peguam utama.
Ketika kes berjalan, David yang pasti kalah hanya mendiamkan diri sepanjang proses perbicaraan, akan tetapi dia mula mempersoalkan krebiliti syarikat Varrick Labs ketika CEO nya memberikan keterangan. Walaupun hampir pasti kalah, namun kelihatan sedikit sinar untuk berjaya di akhir proses perbicaraan ini. Akan tetapi, seperti yang dijangka, pihak Finley&Figgs kalah dalam perbicaraan. Dan mereka dililit hutang hampir USD200k, kerana mengupah pakar, dan lain2 kos saksi dan sebagainya.
Sepanjang David bersama Finley&Figgs, dia belajar untuk menjadi peguam sebenar. Dan dia juga telah mengambil satu kes lain, berkenaan mainan yang dibuat di China, dan dipasarkan di US. Mainan tersebut terbukti bertoksin tinggi, dan telah menyebabkan seorang budak lumpuh, disebabkan keracunan toksin ketika bermain dengan mainan tersebut (*Baca: Gigi palsu taring Halloween). David akhirnya berjaya mendapat ganti rugi (baca: luar mahkamah), sekitar USD6.5 juta, dengan USD1.5juta adalah kos guaman. Dia akhirnya membayar kembali hutang akibat kes Krayoxx, dan lebihannya digunakan untuk semua peguam terlibat.
David juga akhirnya menjadi rakan kongsi untuk Finley, Figgs & Zinc.
-------
Komen: satu penceritaan yang menarik, seperti nak ada twist dalam kes Krayoxx, tapi rupanya twist di tempat lain. Memang thiller menarik dari John Grisham. Selepas ini akan membaca buku "the King of Torts", juga karya John Grisham.
kenapa banyak buku John Grisham? sebab tahun lepas adik belikan, hampir 11 buah buku John Grisham. untuk menghargai buku2 yang dibeli, kena baca sampai habis kesemuanya. hehe...
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment