Assalamu'alaykuam,
Kali ini, solat jumaat masih dilakukan di surau jajahan takluk negeri Johor. Dan kali ini, khatib menyampaikan khutbah berkenaan menuntut ilmu, kerana ianya bersangkut paut dengan Hari Guru pada sekitar tarikh ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat dan Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan"
Guru memainkan peranan sebagai penggerak agen perubahan. Guru sentiasa melahirkan generasi yang mencapai kecemerlangan. Semua pihak juga perlu sedar, bahawa tugas guru penuh kekangan, masa, dan masalah sosial.
Kerjaya guru penuh dugaan dan ujian, pelajar yang pelbagai tingkah laku, pelajar mengikut budaya asing, minum minuman keras, dan dengan media sosial sekarang, lebih sukar dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendidik murid. Hormat kepada guru juga semakin terkikis, ibubapa juga selalu menyalahkan guru. Ini menjadi kekangan kepada guru untuk mendirik anak-anak bangsa.
Guru membantu melengkapkan proses pendidikan. Agenda pendidikan adalah mendidik anak yang mantap dari segi iman dan ilmunya. Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci, dan ibubapalah sebenarnya yang mendidik anak-anak mereka, samaada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
Masyarakat perlu meletak guru pada tempatnya. Sebaik-baik guru adalah Ar Rasul s.a.w, yang mendidik sahabat-sahabat yang hebat, seperti Abu Bakr, Umar, Uthman dan lain-lain dengan iman yang kukuh, akhlak yang mulia dan ketokohannya.
Guru penting dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat semakin terpesong dari akhlak dan budaya Islam. Sejarah generasi dahulu menunjukkan kepentingan adab kepada guru. Keberkatan ilmu terhasil dari adab murid terhadap gurunya.
Antara adab sebagai murid kepada guru dengan merendahkan diri kepada guru. Kita juga tahu kepentingan menuntut ilmu dengan berguru. Kesimpulan khutbah boleh dinyatakan;
- Ilmu menjadi penyuluh iman dan taqwa
- Kerja guru memerlukan kesabaran
- Ar-Rasul sebagai qudwah seorang guru
- Kerjasama semua pihak adalah penting, kerajaan, guru dan ibubapa untuk melahirkan umat yang seimbang jasmani rohani.
- Hubungan guru dengan murid atas atas dasar kasih sayang untuk mendapat redha Allah s.w.t
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment