Assalamualaykum,
ok, kali ni ada sedikit kelakar. Khutbah jumaat ini dari 2 masjid berbeza, dan masa berbeza. Khutbah jumaat yang pertama di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai pada 21 Mac 2014, khutbah jumaat kedua, di Masjid As-Solihin, Taman Senai Baru pada 28 Mac 2014. Untuk yang tidak tahu, khutbah jumaat di Johor terutamanya, menggunakan skrip khutbah yang sama, dari Majlis Agama Islam Johor, akan tetapi, nampaknya tiada keselarasan perlaksanaannya. tak mengapa, yang penting, ibrah dari khutbah jumaat tersebut.
Tajuk kedua2 khutbah sama, iaitu berkenaan bersikap adil dan saksama.
(Al-Maidah: 8)
Sebagai seorang muslim, kita perlu menegakkan keadilan dan memerangi kemungkaran. Kita perlu adil dan saksama. Kita juga perlu bersikap adil dalam membahagi masa, sebagai contoh, masa untuk rumahtangga, anak2 dan sebagainya. Perintah bersikap adil ini seiring dengan sifat Allah yang Maha Adil. Allah s.w.t sendiri telah mengharapkan sifat kezaliman itu. Dr Hamka telah menyatakan, bahawa sifat keadilan itu merupakan pintu terdekat kepada taqwa. Sifat benci hanya akan menjauhkan seseorang daripada Allah s.w.t.
Sifat adil itu tidak datang dengan sendiri, ianya perlu dilatih. Adil kepada isteri, dengan menunaikan hak-hak isteri. Adil sebagai hakim, adil dalam menghukum seseorang, adil sebagai pentadbir dengan bersikap adil kepada pekerja, lakukan dengan penuh keadilan. Ar-Rasul s.a.w sendiri telah menyatakan, bahawa sekiranya anaknya Fatimah mencuri, pasti Ar-Rasul s.a.w sendiri akan memotong tangannya (Riwayat Bukhori)
Kita juga perlu adil dan tidak zalim kepada anak2 kita. Sabda Nabi: "Kepimpinan amanah yang berat, ianya kehinaan, kecuali kepada pemimpin yang adil dan amanah"
Seterusnya, kita perlu bertanyakan diri kita sendiri, adakah kita sudah lakukan keadilan, kepada isteri dan anak2 kita, rakan2, masyarakat, pekerja kita.
Kemuliaan Islam itu ditunjukkan oleh kita sebagai penganutnya, kalau kita sendiri tidak menunjukkan keadilan dan kesaksamaan, bagaimana orang bukan Islam ingin mengetahui keindahan Islam itu sendiri? mereka akan melihat yang Islam itu tidak indah.
wallahu'alam
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...
No comments:
Post a Comment