Friday, October 14, 2011

Bedah Filem: Nasi Lemak 2.0

Assalamu'alaykum,

what? you watching that racist movie? LOL~ please lah, don't judge a film by its director (baca: past history) la. so, after holding my appetite to watch this movie for more than 2 weeks, and of course because i didn't allow myself to go watch any movie in the cinema, so, i need to wait until Astro First show it early this week.

anyway, back to the film, oh, actually i want to write it in Malay, so, sorry la ye..from here on, i'll write in Malay..LOL~


Filem Nasi Lemak 2.0 adalah buah tangan Namewee yang mencetus kontrovesi beberapa tahun sudah dengan video klipnya, Negarakuku (baca: ini skrip semua preview filem ni yang aku baca), LOL~

anyway, komen ini adalah komen neutral. no heart feeling eh. orait, here we go~

asasnya, filem ini mengisahkan seseorang yang kehilangan jati diri, dan terlalu taasub dengan masakan kecinaannya (baca: dalam filem ini, disebut "makanan racist", LOL~), dan terlupa untuk memerhati dan memahami waqi' (baca: keadaan setempat), dan budaya yang dibawa, hingga membawa kepada kebangkrapan kedainya.

kemudian, dia diminta untuk bantu satu restoran yang akan ada perbalahan keluarga. dan akhirnya, menyebabkan kedainya ditutup, dan dia terpaksa tidur di luar kedainya. dia juga bertindak "racist" terhadap orang yang suka memakan nasi lemak "kak adibah noor" yang sangat sedap, dengan mengatakan orang cina perlu makan manakan cina, dan tidak boleh makan nasi lemak. sehinggalah dia memakan sendiri nasi lemak tersebut, dan merasa kenikmatannya. dan akhirnya, menyebabkan dia teringin untuk mempelajari teknik membuat nasi lemak tersebut dari "kak adibah noor" tadi.

dan seterusnya, dia diminta untuk pergi ke tiga buah tempat, pertamanya ke Melaka, untuk mempelajari cara membuat sambal dari golongan Baba dan Nyonya. LOL~ giler, diselitkan juga unsur2 seram kelakar di sini. tapi tak pasti apa yang cuba disampaikan, adakah kita terlalu suka dengan perkara2 mistik? hingga menyebabkan kita tidak mahu berfikir secara waras, dan akhirnya menyebabkan kita sendiri terjebak ke dalam arus pemikiran mistik dan seram ini?

tempat kedua adalah ke Bentong, mempelajari cara membuat kari. dan ada video clip pasal membuat kari, sila search di youtube sendiri ye. tajuknya Curry Neh~ . dan kaedah yang digunakan untuk mengajar adalah dengan memukul dengan senduk, dan akhirnya, teknik membuat kari berjaya dihadam dalam masa yang pendek. ini satu lagi sindiran/kebenaran, kadang2 dengan kaedah yang sebegini, dapat membantu dengan lebih lagi kaedah pembelajaran, dan tidak terlalu "lembik".

akhir sekali, dia diminta bertemu abang "afdlin shauki yang osem giler", untuk belajar tentang ikan bilis, ia, bukan ikan IBLIS ye..LOL~ dan si abang "afdlin shauki yang osem giler" ini berkahwin 4, dan tinggal serumah dengan semua isterinya. dan di sini si Namewee kelihatan pelik, macamana perkara ini boleh berlaku. itu antara kecantikan filem ini, dia menunjukkan sisi sebenar seorang Non-Muslim, dan cara jawapan yang bersahaja dalam filem ini..(baca: sila tonton sendiri)

dan akhirnya, dia kembali ke bandar, dan berjaya menghasilkan nasi lemak 2.0 (baca: revolusi nasi lemak), yang sumpah osem sedap, dan menampilkan ciri2 waqi setempat. memang cool giler...

so, antara pengajarannya:
1. don't judge a book by it cover
2. sila kenali tempat tinggal kita, walaupun dalam Malaysia, tapi setiap negeri budaya lain, setiap bandar juga, dan setiap taman perumahan/kampung juga lain cara budaya mereka. "tak kenal, maka taaruf"
3. kaedah pembelajaran terbaik? mencari guru yang benar, walaupun jauh. bukan "menunggu murabbi jatuh ke riba"...LOL~
4. jauh perjalanan luas pemandangan (baca: dan pemikiran)
5. jangan racist, LOL~


orait, walaupun best, namun kelihatan di bahagian akhir (baca: 25% terakhir) seperti pengarah ingin cepat menghabiskan filem ini. seperti tergesa2. jalan cerita agak cepat, dan kurang impak. betul, sumpah. its true, mungkin kalau diperlahankan sikit scene2 tu, akan lebih impak. sebab akhir2 tu, tonton dan rasa "eh, dah habis?"

dan please, antara point penting filem ini, "JANGAN RACIST"

wallahu'alam

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...