Friday, September 16, 2011

jangan letak jack kereta kat lower arm!

Assalamu'alaykum,

Hoho, entry kali ini, agak berkaitan dengan entry sebelum ini. Jika sebelum ini, dengan sibuk melihat perkara2 yang kecil, kita akan terlupa untuk melihat masalah/punca sebenar masalah. Dan terjerumus dalam penglihatan nafsi-nafsi atau lebih jumud, sempit, kecik dan sukahati..eh silap…wozza~




So, pada minggu lepas, telah ditakdirkan berlaku lagi satu perkara dalam perjalanan pulang ke jb. Actually, aku kena ambik adik dari USIM, dan membuat pembawaan pulang barangan peribadi dan tidak peribadinya kembali ke JB. Oklah, no hal…

Dalam perjalanan, selepas capek melihat jalanraya sahaja, sambil memegang benda bulat boleh pusing dalam kereta, kami sepakat (baca: bukan kampong jaya sepakat) untuk berhenti berehat di salah satu RnR. Selepas selesai semuanya, singgah sekejap kat tandas stesen minyak kat RnR tersebut. Cantik, oren, ceria (baca: sudah, apa aku merepek ni?)

Kembali ke dunia penulisan entry, eh, dunia nyata. Ada satu kereta ni, ada dua orang lelaki berbangsa lain, serta family-nya sibuk betulkan tayar. Disebabkan aku nak sangat ke tandas yang ceria dan mesra pengguna tersebut, aku menunjukkan isyarat tunggu kepadanya…

Dalam kisah membuang hajat, aku terfikir, nak ke tak tolong mamat ni? Macam nak kejar masa balik jb (baca: ketika itu jam menunjukkan waktu 10 malam). Akhirnya, keputusan dibuat, takpela, tolonglah dulu, insyaALLAH, perjalanan bawa rileks2, insyaALLAH sampai juga JB, mungkin kul 11.30, mungkin 12 malam. Tak mengapa..

Dan ketika melihat tayar yang rosak itu, terdetik, asal jack kereta berada kat area dalam? Teknik baru kah? Kalau tak guna jack tayar, guna kungfu sejari pun boleh angkat juga kereta tu, wozza! (baca: aku terkena sindrom merepek dah). Kemudian, aku pun dengan penuh bergaya check skru pada tayar. Laa..kenapa ketat lagi? Sudah…

Lalu, dengan teknik (baca: sebab selalu dah kena) membuang baju berat ala Son Goku untuk menaikkan powernya, aku membantu menukar tayar kereta itu, lebih kurang 10 minit.

Dan usai membantu, aku berambus pulang kembali ke JB, wozza!

Pengajaran hadith, eh pengajaran cerita? Nak tahu ke? Korang piker sendiri la ye…awok malas nak menaip….

Takdelah, pengajarannya? Okeh, sedia mendengar…duduk tegak2, betulkan sikit2 baju, gerak2kan cermin mata sikit…

Setiap masalah yang berlaku, kita perlu kenalpasti masalah/puncanya. Eh, ini pengajaran entry sebelum ni, sabar….kemudian, kita perlu kenalpasti pula kaedah penyelesaiannya. Dan pastikan kaedah itu, bertepatan dengan masalah tersebut.

Jika kita tumpu pada masalah, kita takkan menyelesaikan masalah sampai bila-bila,
Jika kita menyelesaikan masalah tanpa kenalpasti masalah sebenar, masalah juga takkan selesai,
Jika kita salah kaedah penyelesaiannya, maka masalah juga takkan selesai,

Jadi?

Jadi, kita perlu bertenang, lihat punca masalah kita, dan kenalpasti jalan keluarnya, dan laksanakannya…

Jika melihat masalah gejala social yang berlanjutan, kita kenalpasti masalahnya, adalah kekurangan IMAN dalam hati, dan penyelesaiannya? Kita perlu tarbiyah hati, agar kekurangan IMAN dapat ditampung. Dan bagaimana detail kita perlu senaraikan? Kita perlu melihat pada keadaan/situasi/tempat…mungkin penyelesaiannya sama, tapi cara penyelesaiannya tak sama..

Orait, itu dahulu, aku menulis entry ni sebab lama tunggu bas. Boring gila..takde tiket lak..melangut kat sini selama 3 jam..wozza!

Wallahu’alam

No comments:

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...