Tuesday, July 19, 2011

masyarakat yang tidak thiqah pada pendakwah muda -

assalamu'alaykum,

haha, kali ni aku cuma nak berkongsi satu kisah yang menarik. lebih2 lagi kepada ikhwah yang muda2, lagi bersemangat dakwah yang tinggi ni. dari satu segi, kelihatan kelebihan dan kekuatan seorang pendakwah berjiwa muda itu meluap2 dengan kelebihan berbanding dengan kekurangan..


akan tetapi, kisah ini, mampu menjadi penyedar, bahawasanya, thiqah mad'u itu, tidak hanya kepada sasaran mad'u yang disasarkan sahaja (baca: targeted person), akan tetapi, ia perlu lebih luas lagi. dakwah bukan sekadar dengan ilmu yang disampaikan secara lisan, akan tetapi secara percakapan, amalan, dan pastinya, niat di hati.

kes yang berlaku tadi:
ikhwah telah azan tepat waktu solat isya. lalu berbondong2lah manusia menuju ke surau (baca: semoga ALLAH merahmati dan melimpahi orang yang mengazankan itu), dan selesai solat sunat, seperti biasa, si ikhwah muda ini ingin terus iqamah, akan tetapi, mad'u yang lebih berumur ini menegah, lantas berkata: "nanti siapa yang nak jadi imam?", owh, aku terpana seketika, padahal ramai anak muda di depannya yang mampu menjadi imam, dan mungkin (baca: insyaALLAH) lebih baik dari senarai imam yang ada.

akan tetapi, kenapa fenomena ini berlaku? haa....in tandanya kurangnya thiqah masyarakat umum kepada pendakwah2 muda ini (baca: tak termasuk aku). erti thiqah mad'u2 berumur ini adalah, seorang yang berkeperibadian "imam muda" yang sebenar...ingin tahu lanjut?

apa yang masyarakat nampak, sebelum kepada isi keperibadian seseorang, mereka akan melihat kepada amalannya, dan amalan ini, adalah amalan yang menyeluruh, bukan sekadar ibadat semata-mata.

dalam kes ini (baca: aku kena fokus), dalam menawan hati mad'u (baca: samada berumur atau muda belia), adalah dengan menunjukkan akhlak yang baik, dalam erti kata menyeluruh.

akhlak dalam bercakap akan dilihat secara dekat oleh mad'u berumur ini. dan kebanyakan pendakwah muda belia ini, kerana kekangan masa dan tempat (baca: usrah giler jauh), tak sempat nak bermuasyasyah lebih dengan mad'u "surau"ian (baca: masyarakat surau) ini.

akhlak dalam isitqomah ke surau juga akan dinilai oleh mad'u2 surauian ini. kita perlu ada dalam surau dalam kesemua waktu. akan tetapi, disebabkan jauh jarak dakwah, maka kadang2 "terpaksa" culas menunjukkan muka di surau..

akhlak dalam berpakaian juga tidak kurang penting. anak muda yang rajin ke surau, lagi2 dengan kopiah, kredit lebih kepada yang putih laksana orang pulang haji, dan baju melayu menjadi hiasan badan, dan akhir sekali, tak lupa, kain pelikat pengganti seluar jeans/tracksuit/seluar pendek/what-ever berkaitan...akhlak berpakaian ini juga pernah ditegur oleh pendakwah Indonesia..(baca: aku malas nak ulas bab ini)

akhlak bermasyarakat surau....jika dilihat, aku sendiri, kurang gemar zikir2 yang panjang berjela dan kuat2 di surau2, aku lebih gemar bersederhana, usai solat, dihabiskan dengan mana yang perlu. akan tetapi, surauian tidak begitu, mereka lebih dekat dengan manusia2 yang "stay up" di surau. hingga ke waktu bersalam-salaman. itulah ukhuwwah para surauian ini...dan untuk berakhlak yang mulia dengan para surauian ini, ini perlu juga dititik beratkan..(baca: aku fail juga yang ini)

lebih penting, adalah untuk peduli akan perkara2 di atas. sikap aku tidak pedulisme akan menjadi pembunuh dalam para pendakwah muda mendekati masyarakat...

orait. takmo ulas panjang2, jadikan fikir sebagai zikir, dengan berfikir, kita akan melihat kelebihan manusia, dan dengan kelebihan manusia, kita akan lebih mendekati ALLAH (buku Nota Fikir untuk Zikir).

wallahu'alam..

1 comment:

Asim Abdullah said...

Haha~ sangat betul apa yang anta sebutkan.

Ana sendiri mengalami keadaan ni di kawasan Taman Medan ni.

Tapi Alhamdulillah, Ust 'Arif (Ikhwah...baya2 anta gitu) berjaya memupuk semua personaliti yang anta katakan. Alhamdulillah juga, jemaah suraian disini thiqah pada dia dan selalu mengangkat dia menjadi Imam.

Ana? Haha~ jauh sekali nak jadi penuhi semua tuntutan tuh. Lebih kurang cam anta jugak r.

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...