Assalamu'alaykum,
hari ini, hari yang indah, aku cuma nak bercerita sedikit tentang apa yang terjadi tadi. tapi sebelum tu, hari ini sangat indah, kenapa ye? kerana selepas solat subuh dipagi yang hening, aku melepak2 dulu, kemudiannya, bila matahari sedikit memancarkan cahayanya (baca: dengan izin ALLAH), aku pun menggatal2 nak lap kereta. bukan apa, semalam, perjalanan dari JB-Melaka-Serdang telah menyebabkan kereta aku kelihatan sangat cool, kerana penuh dengan laluan air+debu+percikan lumpur di bahagian tayarnya. terima kasih banyak. kemudian, cantik je lepas aku habis mengelap, aku perasan, hari macam gelap, dan alhamdulillah, pagi ini, ALLAH memang nak sejukkan bumi Serdang, dengan menurunkan hujan dengan lebatnya! alhamdulillah...molek benar...tapi aku tak kisah, sebab memang selalu dah jadi.