agak lama saya membawa kereta sendiri, sejak memegang lesen kereta dari tahun 2000...dan banyak pengalaman yang menarik, dan sedih dan menyayat hati terjadi...
namun, bukan itu fokusnya, ingin menyentuh salah satu iklan yang dijalankan oleh pihak radio (kerana dalam kereta hanya boleh mendengar radio :-) ), berkenaan angkat tangan jika berselisih kereta, apabila melalui jalan yang sempit, apabila "menyelit" ke depan kereta orang...
kenapa ye? pernah terjadi, hari yang sangat sibuk, terkejar2 nak hantar anak ke "school" bak kata afifah, dan melalui jalan yang sempit. ada pula kereta dari depan, yang mungkin terkejar2 juga. lalu, kita "memberi" laluan kepada kereta tersebut, dan pemandu kereta itu pula, memandu dengan "berhemah dan berhati-hati" sehinggakan masa berlalu dengan laju sekali...
ketika itu, terasa marah dan bengang sekali....macam nak hon-hon je kereta tersebut...
tetapi, ketika berselisih antara kereta, pemandu itu mengangkat tangan,
sambil tersenyum.....
dan hatiku terpanar seketika....
dan mengangkat tangan dan tersenyum kembali....
betapa indahnya rahmah dan kasih sayang ALLAH berikan kepada manusia...dengan senyuman, mampu melegakan hati yang menggelak marah...lagi2 ketika memandu....Alhamdulillah, satu pengajaran yang baik untuk mentarbiyah hati ini kembali, dalam mengharungi kehidupan sehari2....
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.
(al-A'raaf: 199)
1 comment:
hmmm betul tu. pas tu kalau tetiba orang kasi kita laluan..wah rasa cam best je...contagious sampai kita pun lepas tu nak kasi laluan kat orang lain plak
Post a Comment