Monday, July 27, 2009

Check Point Pertama

Bahagian 1: Check Point pertama

Tugasan Pertama

“Alhamdulillah, sedapnya sarapan pagi ini” selepas menghabiskan sarapan pagi hari itu, saya dan rakan2 lain berbincang sesame sendiri

“benar akhi, tapi bukankah selepas ini kita aka nada perkara yang lebih mencabar?” sahut rakanku, Urwah, juga selaku ketua kumpulan kami

“tidak mengapa, itu bias diuruskan” balas sahabatku yang lain berseloroh

Kemudian, taklimat ringkas yang diberikan, menunjukkan bahawa kami semua akan berjalan dalam hutan, atau lebih dikenali dengan “jungle trekking”. Selepas membuat segala persiapan, kami terus berlari-lari anak menuju check point pertama, dan kami diberikan satu sampul surat.


Kumpulan penulis di check point pertama

Kumpulan anda dikehendaki mengenalpasti 10 nama pokok-pokok yang berada di sekitar kawasan perkhemahan ini. Dan lengkapkan teka silangkata ini.

“aduh, aku bukan kenal pokok-pokok kampung ni” getus hatiku, gusar memikirkan tugasan yang diberikan. Walaupun kecil, tapi sangat terkesan. Ia adalah salah satu perkara yang sangat asas buat seorang pendakwah. PENGETAHUAN AM

Saya terkesima sebentar. Pokok yang saya kenal cuma pokok mangga, kelapa, rambutan pun masih keliru lagi. Nasib baik pokok durian dikenali, kerana selalu mengutip buah durian di kampung.

Nasib baik ada beberapa orang yang kenal beberapa buah pokok. Ada yang kenal pokok ciku, langsat, ada yang kenal pokok ini dan itu, dan gabungan kesemua pengetahuan dari beberapa orang ini, tugasan pertama itu berjaya dilaksanakan.

Perkara Asas

Bagi sesetengah orang, pengetahuan mengenai jenis pokok, jenis buah ini seperti tidak bermanfaat dalam kehidupan seharian, apatah lagi dalam kehidupan sebagai pendakwah. Namun, ia sebenarnya sangat bermanfaat dalam kehidupan seorang pendakwah. Lebih-lebih lagi, seandainya kita bergiat dengan masyarakat kampung.

Tidak dilupakan, apabila bersama-sama adik2 di lapangan IPT, ada yang datang dari kampung, dan kebiasaannya, mereka akan mendaftarkan diri pada bulan Jun atau Julai, dan ketika itu, kebanyakan pohon2 di dusun sedang ranum bersama buah-buahan di tangkai dan dahannya.

Bukan sekadar buah-buahan, malah cara menyemai benih, kadar jangka hayat pokok, semuanya adalah salah satu cabang pengetahuan am, yang saya sendiri mengabaikannya. insyaALLAH, dengan sedikit kesedaran yang ALLAH berikan, akan mampu mencelikkan mata kita, akan keperluan mengenalpasti perkara-perkara asas, yang semakin lama, semakin ditinggalkan.

Terima kepada abang2 yang memberikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada ALLAH, kerana memberikan sedikit kesedaran dalam hati ini, untuk mencatatkan perkara yang baru sekarang disedari.

Alhamdulillah….atas nikmat Iman dan Islam ini…

Thursday, July 23, 2009

Sya'aban...sya'aban....

Assalamualaikum,

"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

alhamdulillah, kita telah selamat melangkah satu langkah lagi ke arah Ramadhan Kareem...dengan masuknya ke dalam bulan Sya'aban...dan tahun ini, ketibaan Sya'aban diserikan sedikit dengan gerhana matahari pada hari sebelumnya. satu gabungan yang istimewa? adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA? sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui..

apa yang perlu menjadi perhatian kita, adalah untuk menambah sedikit lagi amalan2 sunat kita, amalan puasa, solat sunat, sedekah, qiamullail, riadhah ke satu tingkat yang lebih tinggi sedikit. dengan harapan, pada saat kita melangkah ke bulan yang penuh berkah dan rahmah, bulan Ramadhan, kita akan bersedia sepenuhnya...

dan harapannya, agar tahun ini, menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita...bukakanlah hati seluas-luasnya, tetapkan iman agar Ramadhan kali ini, akan disambut dengan kegirangan seorang hamba menerima hadiah dari TUHANnya....hadiah untuk melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya, hadiah untuk mendekatkan diri lebih mudah berbanding masa-masa yang lain...insyaALLAH..

RAMADHAN...RAMADHAN...RAMADHAN....kami merinduimu....

ayuh ayuh dan ayuh...

wallahualam...

*p/s: 2 Ramadhan tahun lepas, ayahanda meninggalkan kami, dan kami menjadi lemah seketika, moga tahun ini, Ramadhan akan dapat mendekatkan kepada ALLAH, agar kami dapat mengejarmu, ayahanda...agar kami mampu melaksanakan wasiat dan peninggalanmu, untuk menjadikan muka bumi ini, bebas dari taghut...insyaALLAH....

Monday, July 20, 2009

Isra' Mikraj - versi sedikit berbeza

Assalamualaikum,

alhamdulillah, bulan rejab hampir ke penghujungnya, dan selepas beberapa tahun kenabian, akhirnya, Ar-Rasul s.a.w "dijemput" oleh ALLAH, untuk bertemu dengannya secara berdepan.

kita pun sudah biasa mendengar kisah-kisah yang seperti "tidak masuk dek akal" ni, dengan perjalanan yang sepantas kilat, dan terbang ke langit ketujuh, yang sampai sekarang, orang masih tertanya2, di mana lapisan langit ketujuh itu. tetapi, dengan teknologi sekarang ini, ianya menjadi sedikit "tidak mustahil", dengan penerbangan dari Makkah ke Palestin, boleh dilakukan dalam semalaman...kan?

tapi, bukan itu isunya, cuma isu yang lain ingin dikongsikan...

dalam perjalanan Ar-Rasul ingin bertemu dengan ALLAH s.w.t, Ar-Rasul ditayangkan dengan pelbagai jenis tayangan, yang telah biasa kita dengar...

ada orang menggunting lidahnya sendiri berkali2,
ada yang menghantukkan kepalanya ke batu berulang2 kali,
ada yang memakan daging busuk, sedangkan ada daging yang enak di sebelahnya...

ALLAH menggambarkan pelbagai jenis penyiksaan, untuk dosa2 yang dilakukan oleh manusia, di masa akan datang. ada balasan untuk orang yang meninggalkan solat, padahal ketika itu, ALLAH belum menitahkan perintah solat lagi! pelik bukan? Ar-Rasul menerima "hadiah" solat lima waktu, selepas bertemu dengan ALLAH, tapi sebelum bertemu dengan ALLAH, ALLAH telah tayangkan akibat meninggalkan solat di akhirat kelak.

selepas melihat tayangan2 yang boleh memualkan tekak kita, menyempitkan nafas kita, menggelikan perut kita...

lalu, ar-Rasul s.a.w bertemu dengan ALLAH, sendirian, tanpa ditemani Jibril....

dan ketika itulah, ALLAH memberikan satu "hadiah" yang besar, iaitu SOLAT...

SOLAT asalnya 50 waktu sehari semalam...

dikurangkan...dikurangkan..dikurangkan...

hingga ar-Rasul malu dan segan untuk meminta pengurangan lagi, selepas hanya tinggal 5 waktu sehari semalam. dan hadiah itu, masih relevan hingga ke hari ini...

lalu apa kepentingannya?

cuba difikirkan, ini salah satu pengajaran dari apa yang kita boleh ambil...

selepas ALLAH menayangkan pelbagai jenis penyiksaan alam akhirat kelak, selepas ALLAH menunjukkan, bahawa manusia yang jahil, manusia yang berdosa ini, pasti tidak terlepas dari azab ALLAH, ALLAH memberikan hadiah pula kepada Ar-Rasul...

lalu, ini dapat menjawab persoalan2 untuk permasalahan ummat ini...

solat yang lima waktu mampu menghindarkan dosa,
solat yang wajib ini mampu menjauhkan dari zina,
solat yang fardhu itu mampu mengelakkan kita dari riba,
solat yang khusyu' itu mampu menaikkan iman,

dan dengan solat yang khusyu', cukup lima waktu sehari semalam, mampu menyelesaikan masalah ummah ini, insyaALLAH.....

ia salah jawapan kepada masalah ummah ini,
ia salah satu kaedah kita mendidik ummah ini...
ummah yang solat, cukup waktunya, khusyu' hatinya,
mampu menjadi ummah yang gemilang....
mampu menjadi seperti ummah zaman kegemilangan ISLAM,
zaman ar-Rasul,
zaman Khilafah,
zaman Salahuddin al-Ayubi,
zaman Muhammad al-Fated,
insyaALLAH....






=======================
*p/s: ia salah satu pandangan mengenai pengajaran isra' dan mikraj, bukannya wajib diikuti, atau ditaqlidi...

Thursday, July 16, 2009

Tambang Bas, Teksi Naik!!

Assalamualaikum,

hari ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa tambang bas dan teksi akan naik, bermula 1 Ogos 2009.

tambang teksi akan naik dari RM2 kepada RM3 untuk minit yang pertama, tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan. dan kenaikan tambang bas antara 22%- 30% bergantung kepada jenis bas, dan bas berhawa dingin atau tidak.

akan tetapi, yang kurang pasti, ada salah seorang pengusaha mengatakan, sepatutnya, kenaikan adalah 10% setiap tahun, dan sehingga kini, sudah 5 tahun tiada kenaikan, dan sepatutnya kenaikan adalah 50%.

wahhh...hebat!!!...kenapa tidak keluarkan kenyataan ini "awal" sedikit sebelum keputusan Manek Urai diumumkan pada dua malam lepas? kalau keluar awal kan, pasti impaknya lebih bagus, bukan sekadar 65 sahaja bezanya...pandaikan mereka? mestilah, sebab tu mereka berada di kerusi panas "itu"...

kebajikan siapa yang perlu dijaga? entah...

*p/s: teringat kisah Muhammad Al-Fateh, ketika dia ingin menakluk Konstatinopel, dia meragui dirinya, kemudian, apabila dia turun kepada masyarakat, masyarakatnya seperti masyarakat kita ketika ini. dan dia mengeluarkan arahan untuk menjaga kebajikan masyarakatnya, dan tenteranya..dan alhamdulillah, ianya berjaya, dan akhirnya, dia ditakdirkan sepertimana hadith Ar-Rasul tersayang: Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh Pemerintah yang baik, tentera yang terbaik dan masyarakat yang terbaik...

wallahualam..tidak terbanyang kebaikan masyarakat itu, dengan keadaan masyarakat kita yang sebegini...dan diri ini yang sebegini...astaghfirullah...

Tuesday, July 14, 2009

Zikir: perkara kecil yang menjadi impak yang besar

Assalamualaikum,

gambar afifah kelihatan comel dan gembira di penjuru meja tulis ini. seperti satu nikmat yang tidak terkata, walaupun sekadar gambarnya yang memandang kamera dengan pandangan yang sayu...

kemudian, akal teringat mengenai program yang baru sahaja tamat hujung minggu lepas. di mana, salah seorang pengendali, telah melaksanakan tanggungjawab dengan sangat baik, dengan dimulakan dengan zikir...dan dengan izin ALLAH, slot itu berjalan dengan cepat, dan sangat baik...alhamdulillah...

dan yang ditekankan di sini, adalah perkara yang diperkecilkan, iaitu zikir, yang memberikan impak besar....sangat besar....zikir yang dilakukan dengan seikhlas hati, insyaALLAH, akan memberikan ketenangan, dan kekuatan yang tidak disangka-sangka...aminnn...

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (Ar-Rad: 28)
ya ALLAH, tenangkanlah hati-hati kami ini....amin...

Monday, July 13, 2009

lately

Assalamualaikum,

lately, macam2 dah jadi.. dengan selsema babi A(H1N1) yang sangat ditakuti sekarang ini, sehinggalah kepada isu Perdana Menteri Malaysia genap 100 hari, dengan isu Presiden Indonesia yang baru sahaja dipilih...dan sebagainya...

namun, ia akan jadi sekadar isu sahaja...

ada satu lagi isu yang tidak dapat dikenalpasti tentang kisahnya...kisah rusuhan kaum (konon2nya) di Xinjiang, China, antara puak Han dan satu lagi puak...and ia melibatkan orang ISLAM...auchh..and i didn't a thing...its so sad...try gak dengar2 berita, tapi masih tak memuaskan hati...what actually happen? what the trigger? who's responsible? and so on...


anyway, masih mencari...and untuk try2 gambaran sesuai, silalah tanya encik google ye..

Wednesday, July 08, 2009

now MAN CAN FLY!!!!

assalamualaikum,

you want to do something more interesting? dare to challenge yourself? then, try this...

Tuesday, July 07, 2009

NICE VIDEO....GET UP!!!

Assalamualaikum,

nice and interesting video you can watch in youtube...and please, please, get up...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...