alhamdulilllah, akhirnya, selamat juga tiba di johor bahru ini, selepas lebih kurang seminggu menghirup udara tempat lain yang lebih segar, nyaman dan memberikan semangat yang baru...
satu pengembaraan yang kurang bermakna sekiranya dipandang hanya dari satu segi, segi keduniaan, kerana pengembaraan yang singkat ini, cuma akan dikatakan sebagai menghabiskan waktu, dan duit, kerana pengembaraan yang sedikit jauh ini, menjanjikan penggunaan kewangan yang sedikit tinggi untuk orang kebanyakan seperti saya ini...
pengembaraan bertemu sahabat2 satu Malaysia, yang sama2 ingin melihat bumi tanah air tercinta ini berdiri megah dengan Islam sebagai perundangannya, melahirkan rasa izzah, kebanggaan, kerana masih ramai lagi yang dulu menjadi teman2 seperjuangan sekampus, teman seperjuangan sekelas, teman seperjuangan sependapat, dan masih lagi, memikirkan permasalah umat ini, dan terus masih berjuang untuk melihat kedaulatan Islam tertegak dengan megahnya...
dan ia mengajar satu lagi erti kehidupan, perkongsian, dan kerjasama yang lebih erat lagi, bukan sekadar kerjasama adik beradik, teman sekelas, malah lebih lagi. teman seMalaysia. adusss...andailah kata, diberikan peluang, pasti kerjasama erat ini mampu dipupuk lebih lagi, bukan sekadar dengan satu unit, atau satu bahagian dari banyak2 bahagian ini.
apapun, semoga semangat, kekentalan, perjuangan yang tidak kenal erti menyerah ini, diharapkan dapat subur dalam hati yang kusut dan lemah, moga diberikan kekuatan, selepas bersama teman, kerana aku tahu, jauh di lubuk sana, masih ada teman yang memberikan sokongan, andai teman seperpusingan tidak lagi menongkatkan lengan untuk diri ini...
moga ALLAH terus memberikan kekuatan...
tugasan seterusnya? mestilah untuk ke Pulau Pinang, melihat anak buah membuat latihan industri..semoga dimudahkan juga...teringin berjaulah bersama ikhwah di penang...belum pernah lagi...hehe
2 comments:
penang.best tu.hu.jalan lagi.dush.busy kamu.
tanggungjawab dan perlaksanaan..
busy aku...hahaha
Post a Comment