dugaan dan cabaran dakwah itu pelbagai...ada yang keras, ada yang lembut...
"ada seekor semut, dia memanjat pokok kelapa hingga ke puncaknya,kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,lagi, angin taufan juga datang,meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,dan tidak jatuh lagi,puting beliung juga berpusing,menghempas pokok, mencemaskan hati,tapi dahan semakin kuat dipegang,lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...tetapi, tidak lama, angin sepoi2 bahasa bertiup lembut,mengenai kepala, membelai rambut,lalu, mata semut menjadi kuyu,terasa indah, sedapnya angin,lalu tertidur, dan jatuh dari pokok...."
olahan semula daripada satu scene dalam "Sang Murobbi", bila ditekan dengan kuat, kita akan kuat menahan, dan melawan semula...akan tetapi, bila dilayan, bila diberikan kemudahan, lalu, kita menjadi lemah, dan akhirnya, ditelan arus badai yang mendatang....
No comments:
Post a Comment