dua hari lepas, masa kat pejabat, tengah lepak2, kawan ofis ajak g sarapan, disebabkan komputer tengah bengong sikit2, so, ikut sahajalah. lagipun, sementara komputer proses, baik rehat kejap.
so, masa pergi sarapan, sambil2 makan, berbual sekejap. then, antara topik yang dibualkan adalah tentang nikmatnya lupa...pelik, ramai yang kalau boleh, tak jadi pelupa, tapi, rupa2nya, lupa itu satu nikmat, pelik kan?
Lupa
ada beza antara lupa, dan menjadi seorang yang pelupa. seorang yang pelupa, akan mempunyai masalah yang sangat besar. dan kawan saya tu adalah orang yang sangat pelupa. kadang2 dia tertinggal dompetnya di atas meja pejabat selama tiga hari. pelik? handphonenya selalu tertinggal, kadang2 terpaksa menelefon handphone isterinya, kerana keadaan yang terdesak.
dan lupa, adalah satu perkara yang kita tidak inginkan. kalau boleh, kita nak ingat semua benda. takde mesyuarat yang kita terlupa nak pegi. takde majlis ilmu yang kita terlupa. takde program yang kita tak pegi. semuanya jadi bagus, kan baik begitu? tapi, itulah, kita cuma manusia, tetap ada sifat lupa, cuma "ter"lupa, atau "selalu" lupa.
nikmat lupa
apa yang kawan saya bincangkan, andai kata, kita selalu teringat semua benda, kita pasti teringat saat kita patah tangan suatu masa dahulu. terngiang2 di fikiran, dan pasti terus menghantui kita. begitu jua, andai kata, kita terlihat satu kemalangan, kita akan terus dihantui ingatan itu sepanjang hidup kita. bukankah nikmat ingat itu telah menjadi bebanan kepada kita? sampai nak tidur malam terbayang lagi orang yang terpaksa menahan sakit di tepi jalan itu, mengerang, menjerit dengan darah mengalir...
kadang2, kita terlupa adanya majlis ilmu, sedangkan kita antara orang yang merancang dengan teliti mengenai majlis tersebut. jangan salahkan diri, pastinya ada hikmah disebaliknya, bukankah begitu? andai kata semuanya kita ingat, pasti, kita terpaksa ke hulu kehilir, menanya semua orang, apa lagi yang tidak siap.
jangan selalu terlupa
tapi, jangan lupa dijadikan sebagai alasan. kenapa? kadang2, kita tak mahu ke sesuatu program, kita buat2 terlupa. dan akhirnya, "keterlupaan" kita itu akan memakan diri, kerana apabila ada program, kita pasti akan terlupa, kerana ia menjadi "Default" dalam pemikiran kita. ada program, selalu nak elak, dan terlupa...dan akhirnya, semua perkara baik dalam hidup kita akan kita lupakan. dan akhirnya, kita tidak termasuk golongan yang "terlupa" lagi, tapi golongan yang "selalu lupa"

anda selalu lupa? atau tidak?