Thursday, February 08, 2007

petang hari rabu...men"sesaatkan"

assalamualaikum,

akhirnya, selepas 7 minggu mengharungi segala badai dalam mengejar pangkat master, akan bermulanya cuti mid term pada sabtu ini, diiringi dengan tahun baru cina pada minggu yang berikutnya...

terasa lelah, penat dan letih, dalam mengharungi 7 minggu yang pendek ini, tapi, hasilnya, insyaALLAH, jauh lebih baik dari apa yang disangka..

tidak mudah untuk mengagihkan masa antara kerja, pelajaran, sahabat2 dan family. ada masanya, sahabat membutuhkan ruang dan masa untuknya, maka perlulah ia diberikan...ada saatnya, keluarga meminta kita bersama dengan mereka, lalu bersama keluargalah kita...ada saat, pelajaran perlu didahulukan, maka pelajaran menjadi keutamaan, dan ada saatnya, pekerjaan mempunyai kepentingan, maka pekerjaan yang perlu didahulukan..

setiap satunya ada yang perlu dibereskan, setiap satunya ada yang perlu dipertimbangkan, pada saat dan ketika ini, mungkin pelajaran menjadi keutamaan, tapi, akan ada saat, yang mana family menjadi keutamaan. lebih sukar lagi, bila family itu, bukan sekadar suami isteri, tapi lebih besar lagi. ibu bapa, yang tinggal sekali, lebih memerlukan tanggungjawab dan persediaan masa yang lebih. bukan sekadar berjumpa sebentar di awal pagi (kalau bangun awal), dan berjumpa dengan lelah di petang hingga malam hari..

pekerjaan jua memerlukan pengorbanan yang tinggi, ada saat, ia memerlukan masa hingga ke dinihari, ada saatnya, malam juga memerlukan masa, lalu bersengkang mata, dan hati menyiapkannya...ada saat memerlukan jarak dan tempat, lalu berjalanlah di atas muka bumi ke tempat yang ditujui..

namun, tetap punya saat untuk yang satu, satu yang seringkali dilupakan. satu yang biasanya dianggap leceh dan lekeh. satu yang biasanya orang takkan menitik beratkannya, lagi2 saat dunia semakin ingin cepat, semuanya kalau boleh, hendak di buat sesaat cuma...

satu itulah, ibadah padaNYA, solat yang ditunaikan 5 kali sehari semalam. ada yang membutuhkan masa yang akhir, ada yang mengakhirkannya, dan ada yang lebih suka saat awal, beramai2, lebih afdhal katanya...terpulang pada individu, tapi, kalau solat jua di "sesaatkan" jua, maka, yang lain, pastilah tidak lagi menjadi keutamaan...apatah lagi ingin beramai2 menunaikan solat....

yang sunat, pasti tidak akan menjadi berat, andai yang utama sudah diselesaikan...tapi, andai yang utama di"sesaatkan", maka yang sunat, pasti di"milisaatkan" atau mungkin, dinyahhidratkan dari hidup, lalu bersama kesenangan duniawi ia menjadi mimpi...

lalu, dimanakah kita? menjadi yang menjadi "sesaatkan" solat wajib, lalu menyahhidratkan yang sunat? atau kita mengkhusyukkan yang wajib, lalu yang sunat jua bisa menjadi wajib pada diri sendiri...

tanya hati, tanyalah iman...semuanya membutuhkan komitmen, memerlukan pergorbanan...mementingkan satu, pasti mengorbankan sesuatu yang lain...untuk mendapatkan sesuatu, perlu mengorbankan sesuatu...

-zakri-

Wednesday, February 07, 2007

Kisah Penjual Tempe

Kisah Penjual Tempe

bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa
lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada
seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di
pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang
dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang
bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba
dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang
soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum
bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang
masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa
bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh
hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk
menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin
doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe
kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap
begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah
tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia
tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi
semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari
rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe
ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia
tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang
tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya
dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih
belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik
nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana
doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak
adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya
punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya
cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab
dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli
tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun
semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,
tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari
ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun
jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir
kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun
dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak
menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah
pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa
di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia
membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih
belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis
kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum
wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita
itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di
England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi
kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe
yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi
dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
dimakbulkan oleh Tuhan...


----------
Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada
Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik
untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan
seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita
sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan
solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan
berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada
sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat(
",) ..

Tuesday, February 06, 2007

Jiwa besar

Assalamualaikum,

satu perkataan ---> "sabar"

satu perkataan yang sukar untuk untuk dilakukan...lebih2 lagi, dalam keadaan yang kritikal dan sangat menguji...

tanpa sedar, kita sering menyatakan perkataan ini, "sabar" apabila seseorang ditimpa musibah atau ujian, atau mungkin sekadar satu dugaan padanya. namun, ianya tidak semudah yang dijangka, apa lagi apabila kita mula termasuk dalam golongan yang diuji kesabarannya...

dalam keadaan biasa, kita tidak terfikir pun perkara sabar ini, ia hanya akan muncul apabila keadaan mendesak kita, dan kadangkala, hingga ke penghujung, hingga tiada lagi harapan untuk terselamat...

ada insan, yang sentiasa diuji, dengan pelbagai ujian, dan kesabarannya akan terus menerus teruji....dan ada jua, yang kesabarannya hanya teruji sekali sekala...namun, dia tetap tidak dapat menanganinya...

ada insan yang selalu diuji, dan sehingga kesabarannya berjaya untuk ditahan. dia tidak lagi kesah dengan ujian yang diturunkan, dan akhirnya, ujian menjadi enteng baginya...namun, sekali sekala, pasti ada ujian yang lebih besar melanda, dan saat itu, kesabarannya teruji kembali, dengan tahap yang lebih tinggi...

ada yang baran tidak tentu pasal, ada yang baran saat memandu sahaja, ada yang baran kerana cuaca yang panas, ada yang baran, dengan perangai orang lain, dan ada yang baran, apabila kerjanya, tak sempat disiapkan...ia meliputi banyak faktor, tapi ianya tetap perlu untuk dipertahankan..

nasihat untuk diri sendiri, dan sahabat2 yang lain, moga kita mampu menahan baran kita, dan sabar apabila diuji, walau sebenar mana ujian tersebut. walaupun sekadar ujian kecil, untuk menunggu sahabat untuk pergi makan tengahari..

moga kita terus mampu bersabar, dan terus bersabar...aminn...

(diri sendiri jua tak berapa nak sabar, kene berlatih lagi...)

-zakri-

Monday, February 05, 2007

assalamualaikum,

jumaat, saat hati terasa bosan, tiba2 kenangan mengimbau, satu mesej sampai, dan menyatakan berita kehilangan ayah seorang sahabat, lalu kepala terfikir, apakah yang perlu aku lakukan? andai kata aku ke sana, pasti kelasku akan terabai, dan andai kata aku ke kelas, pasti, dan sangat2 pasti, aku tidak akan sempat untuk menziarahi sahabatku itu..

lalu kepala berfikir, sel2 otak bercelaru, saling menyampaikan not2 ke setiap laluannya, sehingga akhirnya, satu keputusan dibuat, "ah, biar aku ponteng sahaja kelasku, kerana sahabatku lebih penting dan memerlukan"...

walaupun sebenarnya, seperti tidak perlu untuk berada di situ, tapi saat dan ketika itu, semuanya perlu...walaupun sahabat itu tidak akan melayani kita, tapi cukuplah, ia akan melegakan hatinya, dan merasa dirinya berada bersama kami...

dan, aku jua tidak mahu, dia merasakan apa yang pernah aku rasai, saat aku merasai apa yang dia rasai saat itu. aku jua pernah kehilangan arwah datukku, dan saat itu, tiada kata atau semangat yang ditiupkan, cuma ada sms yang menjadi satu kenangan...

walaupun begitu, aku pasti, sedikit sebanyak hatinya lega, kerana arwah ayahnya, meninggal saat jumaat malam, satu tanda yang menunjukkan bahawa dia insyaALLAH dikalangan orang2 yang soleh, lagi diberkati...

al-fatihah untuk saudara umar zainal abidin..

-----

sayu hati teringatkan, betapa dalam jangka masa terdekat ini, ramai antara datuk2 kalangan kita yang pergi dahulu...datuk abyd, datuk umayr, datuk sendiri, datuk aliya, ayah mertua umar, kalau nak listkan, pasti ramai lagi...tak mengapa, moga ALLAH berkati dan redhai mereka semua...aminn...

-zakri-



Thursday, February 01, 2007

Satu Kesah, dan cerita, dan satu sejarah...

Satu Kesah, dan cerita, dan satu sejarah...

-------------
satu malam tujuh tahun kemudian...


satu malam, beberapa hari yang lepas, selepas 7 tahun meninggalkan sekolah, first batch, dapat berkumpul, enam orang jelah...tapi tetap meriah..hehe..after a while, dapat jumpa kawan2 yang entah kat mana, tetiba muncul, ALLAH jelah tau, rasa hati ni..dapat kumpul, berbual, berborak...to someone, mungkin fikir, ni perkara lagha ni, takpelah, masing2 ada pandangan masing2, terpulang, sebab masing2 punya pengalaman dan pandangan yang berbeza..kan cantik macam tu?

selepas tujuh tahun, pelbagai ragam yang keluar, namun, perangai semuanya hampir tidak berubah, najib tetap dengan gayanya, samah tetap dengan lazernya, amad, cool, macam tak kesah, taufiq, diam kat hujung meja, sabiq, dengan cita2 dan azamnya yang membara...masing2 punya karakter berbeza, namun, tetap sama tujuan pada malam itu, untuk bersama teman2 lama, berbual, bertanya khabar, selepas mungkin beberapa lama tak berkumpul seramai ini...

lepas tujuh tahun meninggalkan sekolah, meninggalkan teman2 seperjuangan, satu saat, tiba2 berkumpulnya beberapa teman, membangkitkan nostalgia, namun tetap sedih, kerana beberapa orang lagi, tak ada di situ, jubey, yang jauh d KL, bertungkus lumus, karna yang tenggelam timbul beritanya...dan lain2 yang sibuk dan terus sibuk...namun, tetap terasa seronoknya...

selepas beberapa hari kejadian, saat terdengar nasyid brothers, terhidang idea dan ilham, walau saat jam 2.12 pagi, hari thaipusam ini...terkenang, betapa indahnya, andai satu saat nanti, bisa dikumpulkan semua yang pernah bersama dalam kelas iltizam 99 itu...pasti havoc dan penuh cerita dan pelbagai ragam yang bisa membuat tersenyum, tergelak, malah, pasti ada yang terbahak2...

tujuh tahun, bukan masa yang singkat, ramai yang telah merantau jauh, ke hujung malaysia, ke benua yang lain, ke tempat dengan bahasa yang berlainan, tujuh tahun tetap meninggalkan nostalgia...saat bertemu, tiada pangkat, darjat yang membezakan, tiada ana anta, tiada pangkat pengawas, prs, ketua kelas, ketua tingkatan, "pembodek ustazah", semuanya tiada, semuanya sama...semuanya tetap dikutuk, tetap pasti akan terima lazeran semua...yang bercakap, yang diam, yang memerhati, yang sampuk2 sikit, tiada beza...indahnya saat itu...

ada yang pernah menganggap sekolah tiada apa yang nak dibanggakan, its s**k pada sesetengahnya, tapi mereka lupa, ada yang indah..saat bersama teman, saat bergelak ketawa, saat dimarahi bersama, saat berlari2 bersama, itu semua kenangan yang indah...sangat indah...

selepas graduate first degree, dan sekarang dengan master degree, tetap merasakan, saat paling dihargai, saat paling rapat, tetap saat di sekolah dulu, dinding yang terbentuk dari hati2 ini, masih teguh berdiri, masih teguh mempertahankan ukhuwwahnya...hari raya, saling berziarah, ke hulu, ke hilir..gelak, ketawa, makan dan sebagainya...mungkin bukan tembok yang bisa dinyatakan, mungkin lebih lagi...sesuatu yang lebih kukuh..

tapi, saat2 tu, walau kita nak macamana sekalipun, tetap takkan berubah...people will always remember us, mostly at school...how we behave...kan? kalau kaki jiwang, tetap akan dikenang as kaki jiwang, eventhought die dah tak jiwang, malah orang yang dulu macho lak yang jiwang...haha...description yang takkan berubah...kan? like me, people always remember as zakri yang berambut panjang, kaki pemberontak, and orang yang pelik...hehe..still....and satu lagi, as kaki yang ramai adik angkat...still...pelik, tak rasa pun macam tu, but that how people describe you..hehe..

--------------
Career


sekarang, ramai dah bekerja, ada career masing2...ada yang tak sambung belajar, tapi kerja masyuk...ada yang habis diploma, dah lama keje, tapi still problem..ada yang tak habis2 first degree, even after 7 years..ada yang dah grad and kerja pun sedap (means gaji besarrr!!!), ada yang tengah sambung study lagi, master lak...ada yang dah kawen, berlumba jumlah anak lak! giler arr..ada yang buka business sendiri...anyway, walau apapun korang buat, apapun korang lakukan, you all still in my heart....to all the iltizam 99...

--------------


5 iltizam '99 dude!
-------------
AmadQ - kerja kat intel kulim, dude, miss u bro
Samah - bro, bile nak jadi tourist guide gua lak?
Najib - goodluck ke arab, dude, jangan lupa gadis2 sini masih ada..
Afiff - bakery kat kelantan! anak masuk 3...goodluck man..
Azhar - dude, bile nak kawen? job dah ok..pasang cermin lagi budak nih..
Jubey - kawen, sikit lagi..haha...keje dengan syarikat minyak tu...
Zul J - bro, dah lama tak dengar citer, ok tak? sound check2...anak bile lg?
SabiQ - weh..cepat2 habiskan doktoriat tu, boleh laksanakan cite2..
Wan - weh, nak dapat anak dah!! haha..setia dengan gerai die!!
Ayepp - macamana job? ok tak jadi cikgu mengaji? bz die nih!!
TaufiQ - cepat2 sikit grad, join keje dengan bey...hehe
Darma - jauh merantau nih, g pulau...bot ok tak? jangan tenggelam dah lah...
Hakim - weh, belajar rajin2...join aku, group2 master...kueh2...
Karna - macamana hidup? anak bile lagi? seronok keje bank...
Zakri - macam biasa...biasa dan biasa..















lelaki dari kiri:
hakim, samah, ayus, taufiq, mukhlis, amadQ, zakri, shaherwan, karna, darma, sabiq muhsin

perempuan dari kiri:
fatimah, nuha, amrah, elle, sarah, uszh kamaliah, ustzh norizah, khadijah, mardhiyyah, khumaizah, huda, maya

3 itqan '97
-----------
Mukhlis - dah debab, dude, kurangkan sikit tu..
Muhsin - weh...sambung lagi belajar tu, jangan malas2...
Ayus - weh, hilang dah mamat ni, mana pegi tak tahu...


2 'athif 96
-----------
Ammar che sobry - weh, balik malaysia arr...suka sangat austy die tu



-------------------
tu je kot...tak lupa the second batch, for all the sweet momories...giler arr korang..zaidO, kaled, ashraf, luqman, ihsan, nizam (dah nak kawen), naim, arjun, lagi sape ek? tak berapa ingat...haha..sorry arr... lastly, terimalah, nasyid brother, satu perjuangan, khas buat memember my bacth, and second batch hidayah...

------------------
Satu Perjuangan
Brother

siang malam berlalu,
gerhana kesayuan,
tiada berkesudahan,
detik masa berlalu,
tiada berhenti,
oh syahdunya,

sejenak ku terkenang, hakikat perjuangan,
penuh onak dan cabaran
bersama teman2,
harungi kehidupan,
oh indahnya,

berat rasanya,
di dalam jiwa,
untuk melangkah,
meninggalkan semua,
kasih dan cinta,
yang terbina,
ia kan selamanya,

selamat berjuang sahabatku,
semoga ALLAH berkatimu,
kenangan indah bersamamu,
takkan ku biar ia berlalu,
berjuanglah, hingga ke akhirnya,
dan ingatlah,
semua ikrar kita...

hati ini sayu,
mengenangkan,
sengsara di dalam perjuangan,
jiwa ku merana dan meronta
menghjarapkan,
kedamaian dan jua ketenangan...

tetapi ku akur,
pada hakikat,
suka dan duka dalam perjuangan,
perlu ketabahan dan kekuatan,
keteguhan hati berlandaskan iman...

----------------

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...