Wednesday, December 20, 2006

seri pagi empat

salam,
oleh: Mohammad Zakri bin Tarmidi

selepas tiga hari hujan berturutan, setelah ramai yang merasa musibah melanda diri, akhirnya, ALLAH dengan rahmat dan kekuatanNYA, telah mencerahkan hari ni, menunjukkan kekuasaanNYA, selepas pelbagai ramalan, menyatakan hujan akan berturutan hingga hujung minggu ni...

alhamdulillah, untuk kesekian kalinya, harapannya, agar alam akan terus dirahmatiNYA, walaupun sekali sekala musibah datang menimpa...

cerita berita tentang banjir di JB

kehebatanNYA, walaupun tak pernah banjir, tapi akhirnya, tempat di atas banjir jua...dan ALLAH MAHA KAYA...MAHA PEMURAH...

hujan, ada yang suka ria, ada yang berduka, ada yang redha, ada yang mempersoalkan..di manakah kita?

---------------
tol naik lagi awal tahun depan...tahun 2008 naik untuk 8 highway lagi...mmm...

minyak? tak tahulah..tapi masih bertuah, at least, kerajaan masih bagi subsidi sikit2, kalau takde subsidi langsung? mmm..alamatnya, kita akan mati kering...and pegi pejabat naik beskal kot...hehe...jalan kaki pun ok gak..nak g pejabat kat bando pun, jalan kaki, keluar awal sikit...

anyway, semalam, kelakar pun ada, orang2 yang naik bas, sampai tempat banjir, semua keluar, jalan kaki je, terus...mmm....ada jua yang mencuit hati...dalam keadaan yang teruk2 ni, kan? =)

Tuesday, December 19, 2006

hujan yang turun

salam,

(situasi adalah di johor bahru)
------------------------------
sudah tiga hari, hujan turun dengan lebat, gerimis, lebat kembali, dan terus menerus membasahi bumi TUHAN yang indah ini, dan menambahkan keindahannya lagi, pada yang mahu untuk berfikir dan memahami...

ramai yang mula merungut, hujan, jalan untuk ke tempat kerja pun jem, banjir sana-sini, jalan naik air, tempat2 "strategik", mula pecah, dan mula untuk tidak lagi sesuai untuk dibawa laju, dan air mengalir di atas jalan...banyak kereta yang mula "terbabas", dan terlanggar macam2 benda...ada yang tersangkut di tengah2 hujan, tidak boleh kemana2, lalu tunggu disitu hingga bantuan sampai..

hujan turun dengan lebat, ada yang bernyanyi gembira, "boleh sambung tido lagi", ada yang sembab matanya, ada yang merungut, "hujan lagi, nak g keje naik moto, kuyuplah lagi", walaupun pakai baju hujan, namun, tetap tidak selamat...

hujan, penuh rahmat dan keberkatan, ada yang melihatnya sebagai musibah, ada yang melihatnya sebagai salah satu daripada ujian, ada yang melihatnya sebagai rahmat, (boleh jual payung lebih sikit, baju hujan pun laku, yang lama2 dah tak tahan...) pemandu teksi pun rezeki lebih sikit, kan? "bro, tolong hantar sampai rumah boleh ye?", bro teksi tersenyum girang...=)

apapun, hujan tetap ada rahmat dan rezeki yang tersendiri..walaupun ramai yang rasa ianya sebagai beban, dan masalah, tapi, percayalah, ianya adalah rahmat, kan? bayangkan, tempat lain, hujan setahun sekali je...bersyukurlah, moga ianya akan menambah redha dalam hati untuk menerima, dan mendidik hati untuk lebih percayakan ketentuanNYA...=)

salam dari kerjauhan...

ikhlas tapi jauh

Saturday, December 16, 2006

Kepercayaan

salam,

selepas lebih kurang, setahun setengah terjun kedalam alam pekerjaan, dengan kesibukan yang melampau, dan kekeringan badan dan idea yang melampau, akhirnya, tiba akhir tahun sekali lagi, dengan tidak kunjung padam kesibukan yang melanda...

ada yang mempertikaikan kesibukan diri, kata mereka, "sibuk sangat dengan kerja, kata ikut tarbiyah, bukan ke tarbiyah come first", ewah dengan cara percakapan yang sukar ditafsirkan oleh sebahagian orang, maka dituduh dengan begitu sahaja...

and selepas lama dalam alam pekerjaan ini, dengan kesibukan swasta (biasa arr..RO, keje macam swasta), running ke sana sini, outstation, pergi ke sana, present, ke sini, present, kemudian, berlari ke sana, betulkan permasalahan, ke sini, ikut mesyuarat..itu baru dikirakan dalam suasana kerja yang masih lagi mampu bernafas...

tak termasuk lagi, family yang perlu diurus..."abg zakri, nanti tolong amik kat sekolah ye", sekolah itu 21 km dari rumah...."abg zakri, tolong hantar ke perpustakaan ye?", "zakri, nanti tolong belikan itu dan ini", "zakri, tolong hantar mak ke sana"...

memang terlalu sibuk, kalau nak diikutkan, lagi2 dengan projek yang tak siap2 lagi, bengang gak dengan diri sendiri, apa dah nak jadi..geram sangat2....

tapi, bila terbaca kisah abu saif a.k.a saiful islam.com a.k.a bro hasrizal, terasa, sebenarnya, hidupnya lebih lagi sibuknya...dengan anak2 lagi...at least, me still bujang lagi (senyum dalam maksud) :-p

terasa semua penat ni, masih belum cukup lagi..nak sangat berlari bersama sahabat2 lagi, tapi, ada satu halangan, halangan yang sangat besar, EGO & MARAH, yang tak mampu dibendung lagi...geram sangat dengan seseorang, hingga menjejaskan keseluruhan cara hidup. terus bertukar...teruk kan?

-------------

dua hari lepas, ke BATU PAHAT, outstation arr..biasa...then, banyak presentation untuk progress projek yang terkini...dan seminggu sebelum presentation itu, tak dapat tido dengan nyata dan dalam alam ketiduran...terpaksa "berkampung" di salah sebuah rumah kawan, untuk siapkan keje...actually, bukan kerja sendiri pun, kerja sendiri dah sebulan siap, so, memang sangat2 rileks, and then, kene tolong siapkan keje orang lain...

problem? sebab bukan bidang kita, nasib baik, ALLAH bagi akal untuk digunakan, dan alhamdulillah, settle semua...and presentation dah berjaya dengan "flying color"! haha..alhamdulillah...

tapi, biasalah, dalam presentation, banyak juga dugaan, orang biasanya, akan pandang melalui skop pandangan yang berbeza, dengan jabatan yang berbeza, maka terpaksa puaskan hati dan cara pemikiran yang berbeza...dan selepas wujud kenaikan model 3 dimensi, barulah semuanya nampak, apa kegunaan sistem kami bina...sukarnya nak fahamkan manusia...kan? =)

anyway, lepas ni, banyak lagi kene buat, and banyak lagi kene settlekan...yelah, skop projek dah semakin besar, maka perlu berfikir untuk kawasan yang lebih besar...mmm...

orait...and kalau perasan, link kat tepi belah kanan tu, ada sikit perubahan, dengan kemasukan beberapa lagi link yang mungkin, and insyaALLAH, akan best gak kot...hehe..for me, ianya bagus, tak tahulah orang lain...

lalala

Friday, December 08, 2006

penilaian semula MPKu 2006

salam,

------------------

dalam meneruskan langkah kehidupan ini, terlalu banyak keraguan, ketidak-puas-hatian, ketidakseimbangan, dan banyak lagi ketidak-tidakan ini.

seringkali, orang akan menilai diri kita, dengan perbuatan, dengan percakapan, dengan apa jua gerak geri kita. dan penilaian ini, kadangkala akan menyebabkan diri kita terjerumus dalam satu kancah yang tidak mampu kita sendiri bayangkan. kerana terlalu banyak lagi cubaan yang tidak mampu untuk kita hadapi.

dan penilaian, dari orang yang sama, akan berbeza dan berubah mengikut masa. satu saat, dia akan melihat ianya sebagai satu kesalahan, satu kesilapan yang tidak mampu untuk dimaafkan. namun, dengan peredaran masa, ianya menjadi sesuatu yang mampu dimaafkan, dan akhirnya diterima pakai dalam kehidupan.

prinsip manusia, akan berubah jua, dalam kehidupan ini, berteraskan ilmu yang bertambah, berdasarkan teknologi yang kian maju, dan ada kalanya, ianya berteraskan iman yang naik dan turun. kala naik, semua benda salah, tidak benar, bangkang dan terus bangkang...tapi pabila iman turun, benda yang dilarang itu yang dibuat, benda yang dilarang itu yang amalkan, yang dibangkang itulah yang paling cantik pada perkiraannya..

namun, satu prinsip yang tidak berubah, ianya, syariat. sekiranya ia berdasarkan prinsip syariat, ia akan lebih mudah. kenapa perlu menilai kepada perbezaan saiz tudung, sedangkan ianya tetap mengikut syariat? kenapa perlu dinilai cara berpakaian, sedangkan ianya menutup aurat? kenapa perlu dinilai kepanjangan rambut sedangkan ianya tidak mengganggu orang lain?

namun, yang perlu dinilai, adalah nilai akhlak itu sendiri. sikap kepada diri sendiri, sikap kepada orang lain, kepada saudara sendiri, family sendiri, kawan sendiri, dan orang2 sekeliling kita. penilaian pada perbuatan kita, percakapan kita itu yang perlu dinilai, kerana ianya melambangkan peribadi itu sendiri.

namun, siapalah kita untuk menilai buruk baik orang lain. perlunya sikap untuk menilai diri sendiri, atau dalam sinonim yang dinyatakan sebagai muhasabah diri sendiri. dan jika mampu, dan mempunyai kekuatan, mengapa tidak bermuhasabah bersama sahabat2, berbincang tentang kelemahan diri sendiri, ber'gosip' tentang diri sendiri, tentang buruknya perangai kita pada kawan kita, tentang salah kita dalam menilai diri sendiri, tentang sedikit rasa "lebih" berbanding orang lain (atau sombong riak). itu lebih cantik. tapi 'gosip' bukan sekadar gosip, kerana ianya perlu diperbaiki, walau sikit. tidak sekadar menyatakan "iman inside" dan terpampang di depan dada...=)

--------------------------------
komen: tengah cuba nak berenti mengutuk orang. after this, zakri will never be the same zakri, insyaALLAH...=)

Tuesday, December 05, 2006

Perpisahan

----------------

ke mengerti, perpisahan ini,
bukan kerana kau membenci,
tapi kasih, yang pernah ku beri,
tiada lagi, bersama,

sering kala aku, terlihatkan mu,
impian yang indah, bersulam bahagia

kuharungi, hari demi hari,
bersama wajah tak mungkin akan kembali,
tapi hati, masih tak terima,
ditinggalkan sengsara,

keraguan ini, bukanlah padamu,
perasaan hati, masih rindu,
kekalutan ini, hanya untukku,
tercari2, bayanganmu,
tak sanggup aku, kehilangan....

kasih, tercari2...

keraguan ini, bukanlah padamu,
masih tercari2, bayanganmu,
tak sanggup aku, kehilanganmu..

-----
OST CINTA
Anuar Zain-Perpisahan

Monday, November 20, 2006

antara nak atau tidak

assalamualaikum,

lepas beberapa hari, mula terasa kosong, dan otak masih kurang mampu untuk berfungsi dengan baik, seperti sebelum ini. terasa seolah2, segala pemikiran dan daya fungsi otak telah berselerakan dan memerlukan masa untuk mencantumkannya kembali...

"dalam mengejar sesuatu, perlu mengorbankan sesuatu", satu pepatah yang sering disebut, untuk mengejar dunia, kita akn mengorbankan apa yang termampu, masa kita, tenaga, dan sebagainya, untuk mendapat kehendak hati kita...

begitu jua, pada yang inginkan kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak, sanggup mengorbankan pelbagai benda yang jika difikirkan secara logik, ianya sudah tidak mampu untuk diterima akal. dunia ditinggalkan sepenuhnya, dan setiap apa yang dibuat, dipastikan dahulu, ianya mengikut kehendak agama atau tidak, dan mengikut mazhab yang diikuti atau tidak, hingga kadangkala ianya menambah kekeliruan hati, dan lebih jauh dariNYA...

begitu jua, orang yang mula memikirkan untuk bersama2 saff perjuangan, telah mula terasa untuk bergerak bersama, ingin berdiri di barisan hadapan...bersemangat sekali dalam pelbagai aktiviti, mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit, dan sebagainya, semata2 untuk memenuhi impian hatinya, impian untuk mendapat redhaNYA, yang paling tinggi...

namun, adakalanya, orang2 yang paling bersemangat ini, paling mudah untuk jatuh, orang yang terlalu kuat berpegang pada prinsip, akan mudah dipesongkan prinsipnya, seperti petikan jari. ianya memberikan impak yang sangat besar kepada diri sendiri, dan kadangkala, kepada pergerakan itu sendiri. seperti layang2 putus tali, atau mungkin menjadi cermin yang memantulkan. samada terus tidak ikut, atau terus menjadi penentang yang sangat kuat..

namun, hati, ianya sering berbolak balik, seringkali diingatkan, untuk berdoa, "ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala dini kullik", "wahai TUHAN yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini dengan agamaMU sepenuhnya". ada saat, ketika, ia inginkan kembali pada kebenaran, kerana itulah fitrah semulajadi insan yang ALLAH ciptakan, inginkan kebaikan. lalu saat itu, ia memerlukan teman, bukan sekadar yang berada disekeliling, malah lebih lagi...

mungkin ada yang terfikir, yang kuat biasanya, akan mengatakan "biarlah dia sendiri bangun, sedar, dan biarlah group usrah dia yang tolong dia" <---seperti satu pengumuman untuk melepaskan tanggungjawab diri. tapi perlu diingat, ada saatnya, golongan yang dikeliling itu, tidak sesuai dengan keadaan diri yang ingin kembali itu. terasa berat, jauh lagi. perlukan nafas baru, dan nafas baru itu, mampu diberikan oleh sahabat2 yang ingin membantu.

ada saat, orang "diatas" yang terjatuh, dan secara dasarnya, dia bisa bangun sendiri, tapi ingat, lagi tinggi tangga itu dinaiki, apabila jatuh, banyak jua anak tangga yang perlu didaki semula, dan sekiranya, kawan2 diatas tidak mahu memberikan bantuan, sukar dia untuk kembali ke anak tangga tersebut. tali, dorongan, sokongan, mungkin, ada yang sanggup turun ke anak tangga yang bawah, untuk sama2 menemani sahabat itu menaiki tangga, agar kembali ke tangga yang sebelum ini dia berada.

walaupun duduk dalam "suasana" tarbiyah, ia tak menjamin apa2. hati manusia, tiada siapa yang bisa mengetahuinya. samaada kita ingin tahu, atau buat tak tahu, atau langsung tak peduli, terpulang pada diri sendiri...tapi, yang pasti, kalau orang yang terjatuh itu tadi, tak mampu bangkit semula disebabkan kita, tunggulah tarikannya diakhirat nanti.

wassalam

Friday, November 17, 2006

sekelip mata

assalamualaikum,

sebelum ni, pernah terbaca tentang seorang sahabat, yang datuknya meninggal dunia, takziah padanya, and kemudian, terfikir, apa akan terjadi, andai kata, ianya terjadi pada diri sendiri?

kemudian, tanpa disedari, hati yang semakin lesu, ingin disedarkan kembali oleh ALLAH, supaya sedar tanggungjawab dan tugsa yang banyak di atas muka bumi ini, lantas, DIA pun menurunkan ujianNYA, ujian yang cuma sekelip mata mungkin, atau mungkin, perlukan masa lebih lagi, tapi, yang pasti, dalam sekelip mata, apa yang tidak disangka, akan terjadi...

selasa
hari yang indah, penuh dengan sukahati, bersama adik2 memenuhi ruang di gunung pulai, bergelak tawa, dengan pelbagai ragam dan gaya. petangnya, bersama ibu tercinta, jua berjalan2, mencari apa yang perlu nanti, dan malamnya, bersama sahabat2, bertemu, menautkan kembali ukhuwwah yang sudah lama padam dalam hati, dan...

rabu
pagi, seawal pagi, diri dikejutkan, menerima berita tentang kematian datuk tercinta. terkedu lidah, namun, dalam diam, meneruskan usaha, apa yang patut, dan akhirnya, dalam masa yang singkat, diri sendiri dalam kenderaan menuju ke kampung halaman, dan terus menerus terdiam.

--------------
satu saat, terfikir, apa jua yang akan terjadi, kebiasaannya, akan ada rahsia yang tersembunyi, dengan alamat2, yang memang ALLAH nak bagi. seminggu, dua minggu sebelum ini, selalu dikejutkan dengan mimpi yang buruk, yang tak tersangka akan terjadi, namun, kerana sibuknya dengan final, ianya diabaikan...dan akhirnya, inilah yang terjadi...

dan, andai ada satu peluang, untuk berbuat apa jua, pastikan, ianya sempat dibuat...and kalau boleh, dibuat terus, agar masa yang lain, tidak akan kesal dengan apa yang telah terjadi.

-------------
al-fatihah buat arwah abah atok..moga rohnya akan dicucuri rahmatNYA, dan diredhai serta ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh...amin...

doa, doa dan doa...

Tuesday, October 31, 2006

penatnyer...

assalamualaikum,

adui..penat giler...walaupun dah tiga hari pulang dari kampung, tapi kesengalan badan masih terasa...

penat memandu mungkin, badan masih terasa sengal2 lagi...walaupun rasanya dah cukup rehat yang diambil...memandu jalan biasa ni, memenatkan, and lagi2, bila "tersangkut" belakang kereta yang maha laju...jalan utama bawa 50km/j, sebab tu banyak accident, yelah, dengan keadaan macam tu, orang belakang tak sempat brek, dan lagi dan lagi...last2 accident...

anyway, minggu depan final exam week, satu minggu sahaja...terpaksa struggle lebih banyak minggu ni...

-------------

ramadhan yang berlalu...

ramadhan yang berlalu, terasa terasing diri ini dari rahmatNYA, terasa jauh dari redhaNYA, terasa tertinggal jauh dari nikmatNYA...nikmat yang tidak terhingga, nikmat lailatulqadar...

persiapan untuk menyambut ramadhan juga tidak seberapa, hanya sekadarnya, mengharapkan adanya "keajaiban" untuk diri sendiri, untuk menjadi "baik" dengan tiba2...menjadi lebih "rajin" lagi, lebih mampu memanfaatkan ramadhan...tapi, akhirnya, yang dikejar semua tak dapat..yang ada lagi keciciran...

persiapan yang tidak rapi ini menjadi punca kepada ke"sengal"an tingkatan iman dalam bulan ramadhan ini...dengan pelbagai masalah, dan pelbagai lagi...agak sukar untuk menyeimbangkan antara pelajaran, pekerjaan, dan ibadah, yang semuanya ingin mengejar dan dikejar...

tapi, inilah hikmahnya, tahun sudah, terasa betapa nikmatnya ramadhan...sebelum 10 malam terakhir lagi, sudah "tergila2" untuk iktikaf di masjid, tahun ini, 10 malam terakhir pun, hanya beberapa malam sahaja yang "terpanggil" untuk pergi iktikaf di masjid...

apapun, walaupun ramadhan telah berlalu, tidak bermakna rahmat dan nikmatNYA jua sudah berlalu, malah, insyaALLAH, mungkin akan lebih lagi...(untuk menyedapkan hati sendiri)...walaupun ramadhan telah berlalu, malam2 tidak lagi dibiarkan begitu sahaja, insyaALLAH, akan ada hikmahnya...

---------------------
dari satu segi, ramadhan kali ini, banyak mengajar dan mendidik hati ini...barulah kenal, sape "kawan" yang sebenar, yang sudi teman, yang sudi berada disisi...

dengan peristiwa yang pelbagai, antaranya, peristiwa dr norkhair yang tiba2 kene angin ahmar, yang sangat mencuit hati...dengan ketabahan anak2nya, meneruskan perjuangan walau sukar untuk tersenyum, tapi senyuman tetap menghiasi bibir mereka...

peristiwa "pakcik2" bergiliran menjaga pakcik norkhair, yang setakat ini, masih belum mampu dipraktikkan di "peringkat kami" ---> student, walaupun "konon2nya", ukhuwwah yang mantap, tapi, saat orang sakit, masih belum sampai ke tahap itu..(dulu ada, ketika batch 'urwah, tapi kini?..) pakcik2 sanggup bergiliran, walaupun terpaksa datang jam 2pagi, dan balik jam 5pagi...cuma 3 jam, tapi tetap sanggup datang...kalau ikutkan, orang giliran malam sahaja sudah cukup, dua orang, dari 12-6pagi..tapi, tetap membahagikan masa..masing2 mengejar pahala untuk menjaga pakcik dan family ini, subhanallah...

makcik2 juga tidak ketinggalan, masing2 bergiliran pula untuk memasakkan makanan untuk family ini, anak2nya di rumah, isterinya di hospital, tiada yang menjaga kebajikan, saat inilah, makcik2 mengambil alih tanggungjawab tersebut...indahnya ukhuwwah...jauh dari apa yang mampu dibayangkan..

sahabat2 seperjuangan anaknya juga tidak lupa memberi sumbangan, menemani saat malam hari, menenangkan hati anak yang gundah gulana...walaupun seperti tidak menyumbang, tapi itulah yang terdaya dilakukan...

peristiwa lain, saat anak u***h buat hal, parking motor sesuka hati, dan menyukarkan orang lain, dan bila ditegur, dia menyatakan "orang lain tak kesah pun..", dapat dua pengajaran dari peristiwa ini, pertamanya, mula untuk tak nak mengutuk orang lain lagi...saat itu, baru tersedar, berapa banyak hati telah terluka dek mulut yang tidak dijaga ini...dan berapa ramai lagi yang "tidak mahu mendekati" diri ini...satu keinsafan yang tidak boleh dipandang remeh...keduanya, sikap "tidak peduli", walaupun sedar ianya salah, tapi tetap tidak mahu mengaku, seolah2 dia dan "orang lain" itulah yang betul...walhal ianya salah....dan ketiganya, walaupun mengikut tarbiyah, tidak semestinya seseorang itu tidak mempunyai "perasaan" dan sekiranya salah, kata maaf sudah mencukupi, tapi orang yang "ikut tarbiyah" inilah yang egonya lebih, hingga kata maaf pun sukar "terlepas" dari bibir...

cukup dahulu, penat, nak sambung study lak...

wassalam


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah..-

Friday, October 13, 2006

Ramadhan sepertiga terakhir...

assalamualaikum,

ramadhan yang kian penat
ramadhan kian menuju ke penghujungnya...semangat yang membara, dengan iltizam yang tinggi sebelumnya, telah pudar ditelan masa, azam yang menggunung, mula terasa terhakis dengan kedudukan diri...

kepentingan duniawi yang melimpah ruah, kesibukan yang tidak diharapkan, dan tidak dicari2, mula mencari, dan mengejar diri sendiri...perasaan yang "kurang senang" mula melanda hati, dengan harapan, "cepatlah ramadhan ini pergi..."

hati mula terasa jauh, terasa berat dengan ibadah yang disunatkan, dan yang diwajibkan...solat tarawih, mula dilakukan sendiri, dengan secepat yang mungkin...hati bergejolak ingin segera tamat, agar boleh melakukan perkara lain...solat yang tidak menjejaki jam 9 malam itupun, mula terasa berat...

masjid mula terasa jauh, makanan pula, semakin penuh mengisi ruang perut, selari dengan kemalasan yang meningkat tinggi...tarawih dirasakan beban, dan nafsu membisikkan "itukan hanya sunat, mengapa perlu bersusah payah? banyak lagi kerja yang boleh kau buat, kan itu lebih berfaedah?"...

al-Quran yang menjadi teman setia di awalnya, mula terasa berat kala membaca, mata berpinar untuk mengadap seketika, kaki terasa kebas kerana terpaksa duduk lama...ayat2 yang dibaca, tidak terasa lagi keindahannya, yang terbit, hanya "bila nak habis baca semua ni?..."

Kesedihan hati
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah:44)

tatkala terbaca ayat ini, hati terdetik, aku terlalu sibuk mengajak manusia kepada kebaikan, memberikan nasihat, dan pandangan, agar orang lain mampu menjadi 'seseorang', dan bukan sekadar orang yang mengikut sistem, belajar, bekerja, dan seterusnya, berkeluarga dan berkarier...bukan setakat itu sahaja

tapi, bila muhasabah diri kembali, rupanya, aku jua termasuk dalam golongan ini, golongan yang "konon2nya" baik, dan melakukan dakwah, tapi diri sendiri tak terjaga...hati tersentak membacakan ayat ini...terasa seolah2, diri sendiri, cuma syok sendiri melakukan dakwah, sedang diri sendiri tidak didakwah...

namun, diri sendiri sedar, diri ini, cuma manusia biasa, tapi, itu bukan alasannya. itu cuma provokasi untuk menyedapkan hati, agar tidak terasa bersalah lagi, agar hati akan menerima kekurangan diri, dan mengatakan "ah, tak mengapa aku tidak berbuat begini.."

muhasabah hati
namun, penting sangat, menyedari kekurangan diri, menyedari peri pentingnya untuk memperbaiki diri, menguatkan keazaman hati, agar lebih mampu untuk berdiri, dan tidak lagi syok sendiri. seolah2, aku yang bagus (walaupun mulut mengatakan tidak), kadangkala bila bersama orang yang "lebih muda" dari kita, dalam tarbiyah, hati mula mengatakan, "dengar cakap aku, aku lagi lama dari korang dalam tarbiyah ni"...

dalam bermuhasabah, tidak cukup untuk muhasabah bersendirian, perlunya sahabat2, yang benar2 ikhlas menegur...yang benar2 sanggup melontarkan pandangannya terhadap diri kita, dan bukannya yang suka "mengutuk" sahaja. kerana, kutukan, akan terpantul kembali, dan insyaALLAH, takkan tembus ke hati...

muhasabah jua, memerlukan hati yang kental, untuk menerima pandangan dan luahan hati sahabat, agar kritikan, dan pandangan yang diberikan, akan mampu diterima dengan hati yang terbuka, dan mampu dihadamkan, dan seterusnya, dizahirkan dengan amalan, kerana ilmu, dan amalan, seumpama tong air, yang penuh tapi tidak digunakan, dan akhirnya, air itu akan "basi"

taqarub kepadaNYA
iman yang menaik dan menurun, perlunya untuk dikekalkan dalam bentuk yang terbaik, agar, hati tidak terus turun, dan kekal istiqomah dalam melakukan ibadah...

pabila iman terasa rendah, hati akan mula terasa rindu, rindu untuk mengadu, mengadu pada penciptanya yang SATU...bertaqarub, merintih atas kesalahan, atas kelalaian diri, akan mampu untuk terus menerus mendekatkan diri denganNYA...

Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

saat ini, hati teringat, saat-saat manis, kala bertaqarub kepadaNYA di hening hari...menangis, mengadu kepadaNYA, atas kelalaian, atas kesusahan yang dialami...indahnya perasaan saat itu, terasa sangat dekat denganNYA, terasa seolah2 DIA berada didepan kita, mendengar rayuan, rintihan, pengaduan kita...hati terasa lega dengan luahan yang sebegitu...berdoa, agar hati lebih tabah, dan kekal dalam iman yang tinggi...

ramadhan yang akhir
harapnya cuma satu, agar, diri sendiri, akan diredhai olehNYA, agar diri sendiri akan lebih disayangiNYA, agar diri akan lebih dirahmatiNYA...walau menggunung tinggi dosa yang dilakukan, yakinlah, rahmatNYA, melangit luas...harga, selautan syukur diri ini, hanya setitis, dari nikmatNYA di bumi...

mudah-mudahan, langkah di akhir2 ramadhan ini, akan diterima oleh ALLAH s.w.t

Tuhan dulu pernah,
aku menagih simpati,
kepada manusia,
yang alpa jua buta,

lalu terheretlah,
hati dilorong gelisah,
luka hati yang berdarah,
kini jadi kian parah,

semalam sudah sampai,
kepenghujungnya, kisah seribu duka,
kuharap sudah berlalu,
tak ingin lagi,
ku ulangi kembali,
gerak dosa yang, menghiris hati,

TUHAN, dosaku menggunung tinggi,
namun rahmatMU, melangit luas,
harga selautan syukurku,
hanyalah setitis, nikmatMU dibumi,

TUHAN, walau taubat seringku mungkir,
namun pengampunanMU, tak pernah bertepi,
bila selangkah ku rapat padaMU,
seribu langkah, KAU rapat padaku...


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Sunday, October 08, 2006

muhasabah diri sendiri...

assalamualaikum,

-----------------

satu hari, tengah melepak2 dengan kawan2, then, sedap mengutuk member...then, tetiba, salah sorang ikhwah berkata:"ha, ungkit lagi" <---dengan suara mengutuk, yeah, because that time, i'm saying to another ikhwah that parking his motor kat depan rumah, and i cant park my car, and terpaksa turn kereta, and park agak salah (sebab melintang jalan), and then, this ikhwah, said to me:"orang lain tak kesah pun dia parking motor macam tu", yeah, because they dont have a car, only a motor, so, boleh menyelit2...

anyway, the main interest here, not that thing, itu perasaan hati je, so, sorang je effect...the main purpose i write this, the attitude of mine, yang suka sangat mengutuk orang, and then, without knowing, right now, there are so many person that terasa dengan diri sendiri...

and then, without i'm noticing it, they also, another person, yang dah terpengaruh with my bad habit, and selalu mengutuk orang gak...so, terasa gak, that is something wrong with me...there is something wrong...

and then, in terfikir, this is the time for me to change...this ramadhan kareem...

to be continued...

-zakri-

Thursday, October 05, 2006

satu keindahan...ramadhan...

Assalamualaikum,

ramadhan, telah masuk ke dalam hari yang ke 12 ramadhan...11 hari telah berlalu dengan pelbagai kisah yang berbeza2 antara setiap orang....yang memungkinkan tahap dan pahala yang berbeza untuk kita semua...

ramadhan, 11 hari yang lalu, ada yang mengejar dengan kesungguhan yang mendalam, dengan niat, untuk menghabiskan Al-Quran, 2 kali, sekali, malah, ada yang ingin sehingga 5 kali!! satu semangat yang bagus, akan tetapi, selepas 11 hari, perlu untuk muhasabah kembali, apa situasi sekarang...dan rancangan untuk 19 hari mendatang (termasuk hari ni)...

kalau ada yang berkira2 untuk mula iktikaf di masjid, alhamdulillah, teruskan, kalau tak larat berseorangan, pergi, berdua, tak cukup, bertiga, berempat dan seterusnya...tapi, jangan pula, di masjid, berbual2 kisah2 lama...berborak, menghabiskan masa, lalu kepenatan, tidor, lalu bangun untuk sahur sahaja...ia menjadi satu kerugian yang sangat besar...

kalau ada yang belum bermula ibadah2 sunat ini, masih tak terlambat, masih ada ruang lagi...mulakan, teruskan, sambungkan ianya kembali, agar sekurang2nya, hati akan menjadi lebih bersih, dalam madrasah ramadhan ini...

pada yang tidak berkesempatan, tak mengapa, buatlah, sekurang2nya, solat tarawih, tidak ditinggalkan, walau sepenat mana sekali pun...bacalah al-Quran, walau sehelai sehari..tak mengapa...biarlah sedikit tapi istiqomah...jangan hari ini membaca 10 muka surat, esok tidor...

insyaALLAH, pada yang ketinggalan, masih punya ruang dan peluang untuk mengejar kembali...pada yang dalam "range", teruskan istiqomah, kalau boleh, lebihkan sikit...dan pada yang dapat mengejar dengan lebih, alhamdulillah, teruskan...moga apa yang dibuat, seiring dengan niat yang ikhlas, bukan kerana nak menunjuk2...dan kalaulah ada niat untuk menunjuk2, tak jadi halangan untuk membetulkan kembali niat itu, agar selari dengan kehendakNYA...insyaALLAH...

selamat belajar dari madrasah ramadhan, moga ramadhan kali ini, lebih dari ramadhan yang sebelum ini, walau sedikit... =)

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam...-

Tuesday, October 03, 2006

Al-Quds yang dirindui...



Assalamualaikum,

setelah sekian lama, akhirnya, server utm, dah baik dari kebengongannya, so, insyaALLAH, akan lebih bersemangat untuk mengupload dan menulis kembali..insyaALLAH..and disebabkan server yang sengal ni gak, tak tahu cerita, rupa2nya, salah sorang sahabat, telah hilang ingatan dalam masa 3 jam...dan satu saat yang menakutkan pada dirinya...

pegi ke link tepi tu, nama mujahid...orait...







AL-Aqsa yang dirindui...

Al-Aqsa, satu nama yang mungkin pada sesetengah orang, seperti pernah mendengarkannya, dan pada sesetengah orang, akan bertanya kembali...apa itu? dan mungkin ada yang pernah mendengar cerita disebaliknya, dari zaman dahulu lagi, pembinaannya, hinggalah sekarang, yang mana ia menjadi rebutan sejak zaman dahulu lagi...dan kini, ia telah didominasi oleh zionis israel...

tapi, isu ini, telah menjadi isu israel, dan kini, kita pun tak perasan apa yang telah kita sumbangkan untuk mereka, agar mereka mampu untuk membebaskan al-quds itu...dan kita hanya melihat berita, mendengar dan akhirnya menukar channel, ke channel tv yang lain, atau muka surat khabar yang lain....

al-quds,
al-quds
ramadhan menggamit lagi,
kau tetap teguh berdiri,
kemenanganmu telah dijanji,
kemerdekaan mu pasti,
namun
masanya masih dikejar pasti,
ingin menjadi saksi,
kepada kemerdekaan mu nanti..

ya Al-Quds
ya Al-Quds
ya Al-Quds

zakri
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Leganya hati...

Assalamualaikum

-------------------
alhamdulillah, akhirnya, server utm dah benarkan laluan kepada blogspot kembali..nak layari blog kawan2 yang lama yang tak dilihat...sibuknyer hari ni...hehe..

-------------------

kadang2, bila terkena demam, atau selsema, terasa seperti hidup ini telah masuk satu dimensi yang tak mampu dicapai lagi...terasa semua benda, seperti berat, dan sebagainya...dan seolah2, itulah dia masanya untuk berehat sepenuhnya..

ada yang mengatakan, inilah masa yang ALLAH berikan kepada kita, agar mampu berehat seketika, atau diistilahkan sebagai, mengumpul tenaga, agar tenaga itu akan mampu digunakan kelak, supaya gerakan dan perjalanan selepas itu, akan dapat diteruskan...

orait, cukupla dulu, kepala pun masih mamai lagi, belum sehat sepenuhnya..tapi, alhamdulillah, tak jadi macam member, terus hilang ingatan untuk seketika...

wassalam
-zakri-

Tuesday, September 26, 2006

daie sepenuh masa...

assalamulaikum,

----------------
tertekan dengan server utm, hampeh betul...semua laman blogspot tak boleh masuk...
----------------

satu ketika, pernah berbincang (berborak sebenarnya), dengan seorang sahabat, tentang daie sepenuh masa...

kami berbincang, dan penulis mengatakan, setiap apa yang kita buat, adalah ibadah, dan juga sebagai dakwah kita pada orang terdekat, dan orang sekeliling kita...tetapi, sahabat ini, menyatakan, setakat mana kita berdakwah? sepenuh masa? separuh masa? atau cuma bile ada lebihan masa (OT-overtime)...

saat itu, memang terasa terpukul...yelah, kita yang mengaku sebagai daie, sepenuh masa, tapi, masih banyak ruang dan masa kita, bukan untuk dakwah sebenarnya...

saat setiap hari, saat bekerja, saat pergi ke kelas....sepatutnya, boleh digunakan untuk berdakwah dan tarbiyah...cara pergaulan kita, cara bercakap...cara kite mengatakan rasa hati kita pada sahabat2...semuanya itu, merupakan tarbiyah secara tidak langsung...

terfikir, pernah dinyatakan bahawa, setiap perkara itu ibadah, tapi, bila dalam situasi yang sukar, seperti bekerja outstation, berada dalam satu keadaan yang sukar, hati mula terdetik, ya ALLAH sukarnya, penatnya, letihnya...ya ALLAH, terasa macam nak putus asa pun ada...pendek kata, semua pendapat dan fikiran negatif mula menguasai fikiran...terasa penat sangat...

sebab itu, bila saat berbincang dengan ikhwah tu, dia cakap, "akhi, kita ni, perasan je kita berdakwah, sedangkan, kalau kita tengok, kite berdakwah, memang pada orang2 yang dah baik, yang dah bagus...kita tak terjun ke dalam bidang yang sebenarnya..."...bila terdengar, pedih je telinga...

tapi, bila pergi ke bandar (dalam kes penulis, di bandar jb), shopping complex, rasanya, macam kita ni, tak buat kerja pun...macam kita ni syok sendiri...macam ikhwah tu cakap...ada betulnya...tapi, perjuangan tetap kene terus...dan kalau boleh, setiap saat, kita dalam suasana tarbiyah...dengan sahabat2...dengan kawan2, family, teman seperjuangan dan sebagainya..

pendek kata, janganlah kita berbangga, dan mengatakan, "aku daie sepenuh masa", sedangkan hakikatnya, seciput dari seciput masa kita (sedikit daripada sedikit masa kita), yang sebenarnya kita gunakan untuk berdakwah dan tarbiyah...kadang2 tu, perasan je lebih...yelah, g program, tamrin, usrah ke, tak dengar, tido, layan hp, kaco kawan2 lain (macam diri penulis sendiri), yang sepatutnya kita gunakan untuk tarbiyah, tapi dihabiskan dengan perkara2 lain...

oleh itu, perlu ada sikap untuk memperbaiki diri, agar mampu untuk menjadi insan yang lebih cemerlang...dan mampu menjadi daie sepenuh masa...

------------------
peringatan untuk diri penulis sendiri yang selalu kacau orang time usrah, selalu main2 time program, tamrin and so on... ;p
------------------

zakri
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Thursday, September 21, 2006

Rindunya...

Assalamualaikum,

-------------------
apa daa server utm, still tak boleh buka blogspot...entahlah...
-------------------

termenung sejenak selepas solat maghrib tadi...kala berzikir, hati tiba2 terasa rindu, rindu yang amat sangat...rasa kerinduan yang meluap2, jauh melebihi kerinduan yang biasanya dirasai...rasa kerinduan yang terlalu sukar untuk diluahkan...

kerinduan pada Ar-Rasul tercinta...

andai kata, ALLAH berikan masa sejenak untuk bertemu dengan Ar-Rasul tersayang, pasti akan ku kucup tangannya, memberitahunya, betapa hati ni, terlalu merinduinya...

dan mungkin, akan kupeluk Baginda, peluk sepuas hati, meluahkan rindu yang terpendam dalam hati, agar dirinya tahu, bahawa, umat akhir zaman ini, jua merinduinya, bukan sekadar sahabat2 di zamannya sahaja...

andai, diberikan peluang itu, akan kucuba untuk meniru segala tindak tanduk Baginda, agar perbuatanku, akan sama seperti perbuatannya, agar akhlakku akan sama seperti perbuatannya, tanpa perlu akan menapis hadith2 dhaif dan palsu, agar aku mampu membuat apa yang dilakukannya...

andai, diberi peluang itu, pasti, akan ku cuba, untuk sentiasa bersama Baginda, mendengar nasihat Baginda, pergi ke setiap tempat yang Baginda lalui...

andai, aku diberi peluang, aku jua ingin berada disisinya kala umat islam berkecamuk dalam pernghujung perang uhud, agar aku bisa melindungi Baginda, tidak ku benarkan walau secalit luka pada tubuh baginda...

andai, aku diberi peluang untuk bertemu baginda, pasti akan ku luangkan sepenuh masaku menemaninya, bertanya kepadanya, bagaimana perasaan baginda kala dan saat itu...bertanyakan apa yang perlu ku buat untuk mendapat redhaNYA...

tapi, aku tak punya kesempatan itu, aku hanya umat akhir zaman, yang hanya mampu untuk mencari dan meniru perbuatan Baginda berdasarkan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat2, tabiin, tabi' tabiin...dan seterusnya...

alangkah bertuahnya sahabat2 Baginda, berada di sisi Baginda kala sukar dan senang, kala umat islam dipulau oleh masyarakat Quraisy, ketika berhamburan debu di medan perang...dapat menatap wajah Baginda...sedang aku? aku cuma mengimpikan begitu...aku harap, agar aku mampu bertemunya di syurga nanti...agar aku bisa menemaninya disyurga nanti...bersamanya...ya ALLAH, berilah aku peluang itu...

ya ALLAH, rindunya hati ini padaMU...
ya ALLAH, rindunya hati pada Ar-RasulMU...
Ya ALLAH, rindunya hati ini...
ya ALLAH, ramai insan yang berjuang atas jalanMU,
telah pergi bertemuMU,
bermain di taman syurga alam barzakh...
ya ALLAH, aku merinduiMU...
berilah kesempatan hambaMU ini,
bertemu denganMU kelak,
dalam suka, dalam gembira...
agar mampu aku tersenyum...
dan bahagia di sisiMU...


-zakri-
-aku adalah aku sekarang, biar terbuang, tetap berjuang...
akan kuserahkan jiwa ini, sepenuh hati, dengan keikhlasan...-

Wednesday, September 20, 2006

ujian dalam diri...

Assalamualaikum,

----------------
server utm masih tidak membenarkan pemilik melihat kandungan blog, cuma boleh update sahaja...
----------------

semua orang, pasti pernah terasa down, merasa peritnya hidup...dan mula sekali terasa, ujian dari ALLAH itu, bukan lagi sebagai ujian, tapi sebagai bebanan, sebagai sesuatu yang menyesakkan fikiran, dada dan sebagainya...

bila ujian itu semakin besar, maka lebih lagi terasa bebanan yang dipikul. dengan ujian yang terlalu banyak, setiap subjek sehingga 2 ujian, dan satu final exam, belum dicampur dengan makmal lagi, dengan assignment yang entah apa2, yang bila difikirkan, takde makna pun sebenarnya. tidak punya kelebihan dalam mempelajari subjek tersebut..

namun bukan itu fokusnya, yang penting, bagaimana kita menghadapi ujian-ujian dan dugaan ini. yang paling penting, kita perlu ingat, bahawa ALLAH tidak akan membebankan seseorang, tidak akan menguji seseorang lebih dari kemampuannya, sepertimana yang dicatatkanNYA dalam surah al-baqarah:286

"tidak ALLAH bebankan ke atas seseorang apa yang tidak mampu dipikulnya..."

jesteru itu, janganlah terasa takut dan sedih...Ar-Rasul, ketika dalam hijrah ke madinah jua pernah mengingatkan sahabatnya, Abu Bakar, "jangan takut dan janganlah bersedih hati, sesungguhnya ALLAH bersama kita"...dan ada jua dicatatkan dalam Al-Quran, ayat yang sama...agar manusia yakin padaNYA, dan bila berdepan dengan ujian, akan lebih tabah lagi, kerana yakin, akan ada jalan keluarnya...

jika ingin diseimbangkan rasa pedih dalam hati, fikirkanlah, dan ingatilah, ujian2 yang menimpan orang lain, ujian dan dugaan yang lebih besar, ada yang kehilangan ayahanda tersayang, ibu tersayang, teman, sahabat, dan lain2, semua ini, ALLAH jadikan, bukan kerana suka2, tidak, tapi, untuk menguatkan hati kita, agar terus mampu menempuh hidup ini, agar mampu terus berdiri dan berlari, menyemai bakti pada setiap insani...

oleh, itu, sahabatku, janganlah takut, dan janganlah bersedih hati, yakinlah, bahawa ALLAH bersama kita...moga ALLAH kuatkan hati kita, dan permudahkan diri kita untuk terus mengejar redhaNYA..

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Tuesday, September 19, 2006

telaah buku...

Assalamualaikum,

------------------
first and foremost, maaf sangat2, coz lama sangat tak updated, its not i dont want to, tapi server utm, macam block blogspot dari dalam, so, i have to go outside, to cc to update this blog....really lecehlah..boleh update je, tak boleh nak buka...all the blogspot tak boleh buka dalam ni...
-----------------

satu saat, dan satu ketika, terasa macam ingin sangat berkata2, namun, kekangan masa dan keadaan, memaksa diri untuk tidak mampu menulis dan menaip..

keadaan sekarang, setiap hari ke tempat kerja atau ke kelas, dalam kesibukan yang melampau, mula hati badan ini terasa penat, terasa ingin berehat dan melarikan diri dari semua kesibukan ini...namun, ini bukan jalanNYA, jalanNYA, penuh onak dan duri, penuh dengan onak dan dugaan...semuanya perlukan pengorbanan dan kesetiaan...

satu ketika, tidak lama dahulu, mata ini sempat membelek beberapa buku, dengan pelbagai keadaan yang pelik2, namun, pembacaan dan pembelekan dapat diteruskan...akan tetapi, kini, bila berkereta, bila menaiki kenderaan sendiri, masa untuk membelek dan membaca mula kekurangan, mula terasa kekurangan ilmu yang diperlukan...isi kandungan untuk apa jua persembahan, akhrinya disiapkan pada masa yang singkat, last minute, dan sebagainya...dan akhirnya, kualiti untuk persembahan, menjadi hambar dan tidak mampu memberikan kepuasan kepada pendengar...

memang, andai kata biasa membuat persembahan, sepatutnya, tak perlu masa yang panjang, memang betul, akan tetapi perlu diingat, itu jika tidak perlukan topik yang diberi...akan tetapi, bila tajuk diberi untuk memberikan tazkirah, maka perlu untuk membuat persediaan...oleh itu, perlukan masa untuk disediakan...

rasa jeles bila lihat sahabat2 di KL, punya pengangkutan awam yang baik, ada LRT, ada STAR, dan semuanya...mudah untuk pergi ke mana2, tanpa perlu untuk membawa kenderaan sendiri...dan masa dalam pengangkutan awam itu, boleh digunakan untuk menelaah, dan membuat pembelekan buku. akhirnya, masa untuk membawa kereta, telah bertukar menjadi masa untuk menelaah buku...indahnya, andai orang lain juga berfikiran sedemikian, dan mampu membuatnya..


wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Tuesday, September 05, 2006

kasih sayang ALLAH...

Assalamualaikum,

---------------------

satu hari, bercerita dengan seorang kawan, betapa sayangnya ALLAH pada kita, bercerita tentang kasih sayang ALLAH yang tidak berbelah bahagi...dan kasih sayang terhadap hambaNYA, tanpa sebarang syarat...sangat2 indah..

dalam perbincangan tu, terfikir, betapa perlunya kita mensyukuri nikmat kasih sayang ALLAH ini...

bayangkan pula, kalau ayah kita pukul kita masa kecik2 dulu, kita pergi mengadu pada ibu, menangis2...minta simpati...seolah2 ayah tidak sayangkan kita...seolah2 sakit sangat apa yang dibuat...padahal, ayah kita pukul kita kerana sayangkan kita, takut2 anaknya menjadi lebih teruk...daripada menjadi lebih teruk, biarlah anaknya merasa, betapa sakitnya dipukul, agar menjadi pengajaran, kerana siksa ALLAH lebih sakit lagi...

bila sudah besar....lain pula bentuknya, namun, jalan ceritanya tetap sama...andai kata, kita sakit, pening kepala ke, sakit kepala ke, apa ke, then kita akan mengaduh...mengeluh..."adui..peningnya kepala, sakitnya kepala..." mengadu pada kawan, pasangan, dan sesiapa...seolah2 ALLAH menurunkan bala yang sangat besar pada dirinya...menunjuk2, betapa "tidak sayangnya" ALLAH pada dia...menagih simpati orang lain...dan menarik perhatian orang lain...agar mengasihaninya pula...

bukankah sakit itu ujian dariNYA?...agar kita tidak terlepas ke dalam kancah yang lebih teruk? ALLAH memberi peringatan agar manusia tidak berzina dengan menurunkan sakit yang tidak punya ubat hingga kini --> AIDS (salah satunya), penyakit kelamin (satu ketika dulu)...namun manusia tetap manusia...yang ingat, akan ingat dan amalkan peringatan itu, yang lupa, tetap lupa, malah menggalakkan lagi...seolah2 itu sahajalah nikmat yang ada atas muka bumi ini...

sakit kanser, sangat merbahaya, bertarung nyawa...bila difikirkan, bila dijatuhkan sakit, banyak manfaat yang kita dapati...dapat lebih rapat dengan ahli keluarga, dapat tahu, betapa sakitnya orang lain..dan sedarkan diri, agar lebih ingati ALLAH...tapi sebahagian orang, makin membenci ALLAH...tanpa dia sedar..semuanya, berpunca balik pada dirinya sendiri...

kasih sayang ALLAH, tidak pernah bersyarat...bayangkan, andai kata, kasih sayang ALLAH bersyarat...pastinya, setiap kali kita takkan dapat hidup sehingga kini...pastinya, akan ada pelbagai halangan dalam hidup kita...walaupun kita selalu mengingkari perintahNYA, selalu lupa, tertinggal, buat2 lupa dengan tanggungjawab sebagai hambaNYA, namun, kita masih mampu menghirup udara segarNYA, masih menerima rezekiNYA, masih lagi hidup dalam suasana yang jauh lebih aman...

andai kata kasih sayang ALLAH bersyarat..pastinya, kita sudah tidak ada lagi di muka bumi ini..pastinya akn kebuluran...pastinya, dan pastinya...akan menderita seteruk-teruknya...

ingatlah...kasih sayang ALLAH, tak bertepi..walau sebesar mana dosa kita pun, andaikata kita bertaubat, insyaALLAH, tetap akan dimaafkanNYA...

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah..-
-cinta tanpa syarat-

Friday, September 01, 2006

MERDEKA!!!

assalamualaikum,

suasana yang sangat bersemangat, dengan laungan yang lantang, dan pelbagai lagi gelagat manusia mewarnai malam kemuncak 31 ogos, di mana jua...pertunjukan bunga api, dan pelbagai lagi, tidak mampu diungkapkan dengan kata2...

ramai yang terpesona...ramai yang menyangka mereka telah merdeka selepas mereka menjerit merdeka...sekadar itu...tapi sebenarny, jiwa, hati, fizikal mereka sedikit pun tidak merdeka...

negara merdeka, berdaulat..yang dilaungkan...tapi mereka lupa, ada merdeka yang lebih besar perlu diambil kira, ada merdeka yang lebih besar yang perlu diambil berat...

merdeka hati, dan kepercayaan...dari ber"tuhan"kan manusia, kepada ber"tuhan"kan ALLAH s.wt. semata2...

bila berpakaian, ber"tuhan"kan barat....
bila berkerja, ber"tuhan"kan majikan...
bila makan, ber"tuhan"kan nafsu...
bila lain2, ber"tuhan"kan lain2...

Islam datang, untuk memerdekakan, perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada ALLAH....secara logiknya, sangat cantik...tak perlu takut pada majikan, andai majikan salah...hormat ayah ibu, selagi tidak menyalahi syariat...tidak risau tentang pekerjaan...mampu berfikir dan membuat "back up" untuk masa depan sendiri (penulis jua masih tak mampu, masih ber"tuhan"kan pemikiran lapuk)...

insyaALLAH, bila hanya ber"tuhan"kan ALLAH semata2..semuanya akan mudah...=) bukan ke? yang penting, lihat umat islam yang lain, yang belum merdeka...terfikirkah kita, bukankah mereka jua ingin merdeka seperti kita? bukankah mereka itu saudara kita? yang berhak merasai apa yang kita rasai?

fikirlah...kita perlu "MERDEKA"kan sahabat2 kita, satu dunia ini, agar tidak ber"tuhan"kan kerajaan...tidak bertuhankan selain dari ALLAH semata2....

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah..-

Wednesday, August 23, 2006

sajak dari seseorang...ewah...

Assalamualaikum

amik dari post...tukar ke blog...hehe..


Jika kau memandang segalanya dari ALlah

Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakitnya hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta
Yang menyusah-nyusahkan kehidupanmu
Pasti akan damailah hatimu
kerana
ALlah tidak bisa mentaqdirkan sesuatu
dengan sia-sia
Bukan ALlah tidak tahu
akan derita hidupmu
pecahnya hatimu
kerana
itulah yang Dia mahu
sekadar untuk menguji
sedalam mana cinta dan pengorbananmu
setinggi mana kesabaran dan keimananmu
Juga
kerana Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalu lebih lunak dan mudak akrab denganNYA!!!


-----------------------------------------

sapaan kasih
usapan tenang
hati kelenaan
harapan mengembang

sebuah erti
mendalam seni
goncangan hilang
retak menguncup
simfoni aman

semalam sudah berlalu
berangkat pergi
tanpa menoleh lagi
mengapa terus mengejari?

hari ini baru bermula
dengan senyum atau dengan sendu?
dengan wudhu' atau dengan futur?
dengan sejadah atau dengan selimut?

esok?
kematian menggamit
walau kau terus pejam
esok mungkin tidak menyapa
esok mungkin noktah
walau serapat mana kau harap
hidupmu seribu tahun lagi....


---------------------


-zakri-
-tolong publish..senang nak baca...=)

Tuesday, August 22, 2006

relevan tarikh semalam...21 ogos

assalamualaikum,

suasana yang agak hening pagi semalam..akan tetapi tidak hening di sekian tempat...AL-AQSA...
semalam, satu tarikh keramat bagi seseorang, tarikh seseorang yang sangat terkenal, mula mendirikan rumahtangga...tapi, bukan itu isunya...itu cuma tarikh keramat seseorang sahaja...
akan tetapi, tarikh yang sama, merupakan tarikh keramat bagi seluruh umat islam...tarikh di mana, masjid ketiga umat islam telah dibakar...pada tarikh yang sama, tahun 1969, masjid AL-AQSA telah dibakar oleh seorang yahudi, yang dinyatakan sebagai gila, sedangkan, dia mempunyai kelulusan yang baik dalam akademiknya...
tapi itulah manusia, terlalai dengan isu yang remeh, disibukkan oleh golongan2 berkepentingan, hingga melemahkan pemikiran...akhirnya? umat dan maruah tergadai...
ingatlah, 21 ogos 1969,

REMEMBRANCE OF AL-QUDS
ROQ


-zakri-

Saturday, August 12, 2006

percutian yang menyenangkan...

assalamualaikum,

last two entry, bercerita sedikit tentang percutian yang kawan2 alami, and myself, nak join gak...but then...terfikir...

bila terfikir kembali tentang percutian kawan2 ke pelbagai tempat, serata dunia, dan bila melihat dokumentari tentang percutian ke beberapa tempat yang pelbagai, juga mencuit hati, membuat diri mula terasa, alangkah indahnya andai, aku jua punya kesempatan seperti mereka, pusing2 satu dunia, berjalan2...pergi ke pelbagai tempat, belajar pelbagai budaya yang berlainan, dan lain2 lagi...cukuplah andai dapat pusing satu malaysia, pelbagai pemandangan yang indah, memang menjadi kerinduan mata...

tapi, bila terfikirkan keadaan masyarakat yang semakin rosak, dengan diri sendiri tak mampu menghalang gelombang kerosakan yag bermaharajalela, hati mula terasa, aku kini tidak lagi punya masa untuk bercuti...tapi, aku cuma perlukan satu kerehatan, atau mungkin, aku perlukan satu ketika, untuk aku refill kembali hati aku dengan tarbiyah...

cutiku, pabila aku pergi ke daurah2, percutianku, bila aku bersama ikhwah2 yang lain, percutianku, pabila aku ke P*N, KT**N, dan sebagainya, berjumpa ikhwah2 lain, berkongsi pengalaman, berkongsi pelbagai perkara, membina kekuatan ukhuwwah dalam hati, yang insyaALLAH akan kekal hingga ke akhirnya...

biarlah cutiku, aku mendapatkan sesuatu untuk hati ini, agar hati ini, tidak berlari jauh dariNYA, masih dalam lingkungan tarbiyahNYA, dan masih lagi mampu tersenyum, walau teruk dibuli, sebagaimana Ar-Rasul dulu disiksa...

terfikirkan tentang cuti lagi, tiba2 otak terfikir, pada saat Ar-Rasul dan para sahabatnya memperjuangkan Islam dahulu, tak tercatit yang mereka bercuti kemana2, hanya ada, hijrah ke madinah, sahabat hijrah ke habsyah and so on...dan mula terfikir, saat dan ketika mereka berehat sebentar, tapi, masih belum dapat dikenalpasti...yang pasti, ketika awal, sebelum kerasulan Baginda Ar-Rasul, Baginda selalu ke gua hira;, itu sahaja...

bila terfikir tentang "ketidakcutian" Ar-Rasul dan para sahabat, hati terdetik, adakah aku layak untuk bercuti jua? sepertimana rakan2 ku bercuti? lalu aku teringat, satu perenggan "...dan jadikanlah kematianku ini, tempat kerehatan buatku..." dalam satu doa yang biasa dibacakan dalam radio IKIM...lalu, aku menjadi malu sendiri...aku terlalu teruja dengan percutian untuk diriku, sedang, doa yang kupanjatkan, meminta kematianku kelak adalah masa rehatku...

akan tetapi, setiap kenderaan yang bergerak, perlukan petrol, untuk kembali meneruskan perjalanan yang lebih jauh...hati ini juga begitu, ingin agar perjalananku kelak, tidak tersangkut di tengah jalan, dan dapat meneruskan lebih jauh lagi, destinasi yang sangat jauh, iaitu menjadi ustaziatul alam...oleh itu, hati ini, tetap memerlukan beberapa destinasi R&R, agar tarbiyah hatiku, akan lebih terjaga, dan mantap lagi...agar aku mampu, hingga satu ketika, ketika diseru ke palestin, aku bisa menyatakan "YA" tanpa ragu2, lagi...

buat masa sekarang, aku terfikir, aku bukan ingin bercuti lagi, tapi kini, aku inginkan bekalan, bekalan tarbiyah, bekalan semangat daripada keluarga, dan beberapa bekalan lagi, agar aku mampu meneruskan perjalanan, dan mungkin, dapat mengejar kenderaan yang lebih dahulu memulakan perjalanan sebelumku...

aku ingin pulang ke kampung, bukan kerana ingin bercuti, tapi menunaikan tanggungjawabku terhadap keluargaku, moga usaha yang sedikit ini, mampu untuk membina kembali ukhuwwah, dan menautkan kembali hati2 yang selama ini kerinduan kasih dan sayang salah seorang ahli keluarga mereka...menjadi duta untuk keluarga yang kecil, kepada keluarga yang lebih besar...mungkin jua, menyampaikan pesanan dari sini ke sana, dan dari sana ke sini...insyaALLAH

insyaALLAH, moga ALLAH menetapkan hati ini, dan terus menerus memberikan hidayahNYA kepada hati ini, agar dapat memandang sesuatu, berdasarkan kacamata ISLAM....

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Wednesday, August 09, 2006

Badges...

Assalamualaikum,

semalam, g bank BCB, utm skudai..pakai badges free palestine...then, salah sorang dalam bank tu, tegur about that badges...so, promosi berjaya...

person: "kat mana beli badges tu?"
me: "kat kelab ****"
person: "hasil jualan ke sana ke? (means palestine ke?)"
me: "sebahagian, should be"

-end-

terfikir, betul ke? rasanya betul kot...tapi, memang ada sebahagian diberi pada palestin (dalam kes tertentu)...

anyway, just nak cerita, people are start aware about palestine ni...so, merancang, at least, untuk sedarkan orang supaya ingat 21 ogos as hari al-quds sedunia, tak dapat satu malaysia, satu johor, dapat kat utm pun jadila...rancang untuk buat poster2 kecil, just A4, then ada sign, besar2, 21 OGOS...tahukah anda? bawah sikit, hari memperingati masjid al-aqsa, masjid ketiga umat islam...and so on...simple2, and nice, cukup orang faham pengertiannya...at least, jadi pemangkin untuk mulakan kempen palestin...

okeh, cukup dulu...enough is enough...

--------------------------

teringat, apa jadi kat al-quds, masjid al-aqsa sekarang ni...berita terus lenyap...semua tertumpu pada lubnan...

"ya ALLAH, selamatkan rakyat Palestine,
andai kau matikan mereka,
matikanlah mereka sebagai syuhada',
menjadi teman di syurga kelak...

ya ALLAH, selamatkanlah rumahMU,
tempat KekasihMU mi'raj ke langit,
tempat rumahMU yang ketiga mulia di dunia,
tempat Isa turun kelak, memerangi dajjal,

selamatkanlah al-aqsa,
selamatkanlah al-aqsa,
selamatkanlah al-aqsa..."

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah-
-cinta tanpa syarat-

Monday, August 07, 2006

AF4 dah habis...

salam,

AF4 dah habis?

oo...dah habis...

sajer...

zakri

Percutian yang menyeronokkan...

Assalamualaikum,

------------------

sebelum ni, pernah terfikir tentang ini, dan lama dah rasanya nak tulis about this topik, topik tentang percutian, honeymoon and so on..lagi2 bila tengok kawan2 yang belajar oversea, berjalan all over the country, dengan pemandangan yang cantik, and so on...

biasanya, kalau pergi tepi laut, i'm enjoying suasananya, angin bertiup, ombak, if i go alone, memang conform, layan je sorang2, walaupun sejam and so on...even kat fakulti pun, ada masanya, i'll stop by, to see the scenery, the beautiful of cloud, mountain and so on..people will asking, why i'm doing such a fool thing, like standing and looking to nothing...but to me, itulah kejadian ALLAH yang sangat hebat, tak mampu dinyatakan dengan kata2...layan angin, my office@lab on third floor, so, angin agak kuat arr..so, quite ok..layan bosan...tension buat keje, kuar jap, layan angin..best giler...but to other people, this is silly...

back to the topic, memang jelous tengok all the people jalan2, amik gambor and so on..nak pegi gak, tergerak hati untuk join...and kalau boleh, amik cuti, g jalan2 all over malaysia...kan?best sangat, but then, dengan tugasan and tanggungjawab yang bertimbun tinggi, dengan tanggungjawab dalam tarbiyah lagi, tanggungjawab dengan kerja, akademik lagi, so, memang tak sempat nak fikir benda2 ni lagi...penin kepala...adeiii....

tapi, fikir balik, takpelah, tak dapat bercuti seperti orang lain, berlari2 kesana sini, dengan pelbagai agenda masing2...bercuti sakan...takpelah, its ok for me, stay over here, and jalankan tugas2 yang diberikan...takpela, at least, amik cuti seminggu, balik kampung, that enough for me...dengan pelbagai masalah yang berbangkit, ok gak, legakan kepala sikit...then, balik semula ke sini, penin balik, lagi penin mungkin, sebab banyak nak kene wat, yelah, dengan macam2 lagi..hehe..takpela...

lagipun, dah almost 2 years, tak balik kampung...rindu gak nak jumpa sepupu2 yang kecik2 cute tu...nak main2 dengan dieorg...bestnyer...balik kampung, not like other people, berjalan and so on..balik kampung, memang stay kat kampung je...yelah, takde kenderaan pun..so, jalan2 dalam kampung je, tak pun g muzium negeri, tu jelah...hehe...

oklah, lagi fikir, lagi tension..kat sini banyak keje nak kene wat, nak settlekan tarbiyah, nak settlekan untuk adik2 lagi, nak kene fokus pada kerja, pada projek master lagi, dengan assignment yang tak pernah jemu diberikan...aduiilaa...entahla...xtau gak...takpe, tahan jela...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-
-nak sangat g cuti...-

Monday, July 31, 2006

al-aqsa

Assalamualaikum,

---------------

seronoknya bila diuji...

---------------

oh...al-aqsa,
oh...al-aqsa...
maafkan aku, maafkan aku...
maafkan aku kerana tidak mampu membebaskanmu..
maafkan aku kerana tidak mampu membantumu...
ooo....al-aqsa...

al-aqsa,
kau jadi saksi,
saksi kepada umat ini...
betapa lalainya kami,
betapa kami ditipu begitu sahaja...

kau menjadi saksi keangkuhan bangsa yahudi
yang angkuh bongkak menongkah arus..
sedang kami...
kami cuma melihat beritanya,
kami cuma bermesyuarat untuk menyelesaikannya...
saling bertikam lidah sesama sendiri...

oh...al-aqsa,
kau saksi isra' mikraj,
bumi suci umat ini...

oh al-aqsa,
kau kiblat pertama kami...

oh al-aqsa,
kau masjid ketiga umat ini...

oooo al-aqsa...
ooo...al-aqsa...
maafkan aku...maafkan aku..

Saturday, July 29, 2006

Tarikh pernikahan Siti Nurhaliza dan relevannya...

assalamualaikum...

pada hari ketika siti mengumumkan tarikh pernikahannya, hati tersentak, bukan kerana terlepas dengan dirinya (tak pernah inginkan pun)...adakah ini satu lagi cubaan untuk umat islam malaysia?

ramai bertanya, kenapa berfikiran begitu? kerana, tarikh pernikahannya, adalah pada 21 OGOS!!! itulah sebabnya?

lalu orang bertanya lagi, kenapa dengan tarikh itu?
tarikh itu, adalah tarikh masjid Al-Aqsa dibakar satu ketika dulu, dan pada hari yang sama, adalah tarikh isra' mikraj, tarikh Ar-Rasul tersayang diangkat ke langit, bertemu ALLAH, Tuhan Maha Esa...dan dia lakukan pernikahannya pada tarikh itu?

hati merasa perlu untuk menerangkan, supaya kita akan sedar, kita punya halangan di malaysia sendiri...kita berusaha mengingatkan 21 ogos hari pembebasan al-quds tersayang, tapi orang akan mengingatinya sebagai hari pernikahan siti nurhaliza...perlu seseorang untuk bercakap mengenai benda ini...

ia, memang benar siti menyatakan, dia memilih tarikh ini, kerana hari itu adalah tarikh isra mikraj...tapi, tolonglah, seseorang, bagitahu kepadanya, bahawa, kami ingin mengingati ROQ- rememberance of al-quds...penggerak2 juga akan terpengaruh, dan mungkin akan melopong depan tv melihat adegan pernikahan yang boleh dilihat setiap hujung minggu di masjid2...tapi, kerana dia artis tersohor malaysia, dia akan menjadi tumpuan...

oh, Al-Quds, maafkan aku kerana tidak mampu membendung gejala ini..aku hanya mampu menyatakan disini, agar orang lain yang perihatin, akan memberitahu padanya...agar umat islam mengingati hari tersebut, sebagai hari AL-QUDS sedunia...

atau, tolonglah seseorang, memberitahu kepada siti, agar dia sendiri memperjuangkan hari AL-QUDS sedunia ini, nyatakan kepada semua media, hari tersebut, adalah hari untuk kita memperingati Al-QUDS...

dengan situasi Palestine yang huru hara, dengan lubnan jua diserang...adakah ini yang ingin kita lihat? adakah ini yang akan kita habiskan masa kita? tidak, tidak dan tidak...saudara2 ku yang telah terpengaruh dengan dakyah ini, diri ini ingin menasihatkan diri sendiri dan saudara sekalian, ingatlah, ingatlah, dan ingatlah....ingatlah tarikh tersebut sebagai hari memperingati Al-Quds, dan bukannya tarikh siti bernikah.....

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Thursday, July 27, 2006

dua tiga kucing berlari...

Assalamualaikum...

--------------

tiga minggu berlalu, pengajian semester dua dah berjalan, dengan pelbagai lagi perkara dah terjadi...kepenatan, kehausan, keperitan, semua merangkum dalam satu kata ---> tiga minggu pembelajaran...

berlari2 ke kelas, terkejar2 hantar assignment, and so on...so, nampaknya, kene bersabar lagi...and insyaALLAH, akan cuba habiskan dalam masa setahun lagi...

okeh, cukup dulu, nak berlari ke kelas lagi...eh, g makan dulu, then terus berlari lagi, and terus berlari...



-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Wednesday, July 26, 2006

Thursday, July 13, 2006

Ye ke? entahlah...

Your Scholastic Strength Is Evaluating

You are great at looking at many details and putting them all together.
You are talented at detecting subtle trends, accuracy, and managing change.

You should major in:

Statistics
Speech
Conflict studies
Communication
Finance
Medicine

Wednesday, July 12, 2006

keputusan dalam hidup

Assalamualaikum,

akhir2 ni, kalau kita perasan, ada pelbagai situasi yang cukup menguji kesabaran dan keimanan kita, yang pada saat dan kesempatan ini, akan menguji kita, dan akhirnya, memberikan peluang kepada syaitan, untuk menghasut dengan pelbagai andaian dan pelbagai lagi sangkaan yang akhirnya, akan merosakkan hati kita, dan seterusnya, hubungan sesama manusia dan sebagainya...

dalam situasi yang kritikal ini, hati akan terdetik, untuk melarikan diri, jauh dari semua orang, dan mendiamkan diri di sesuatu tempat yang takde orang langsung boleh berhubung...dalam hati, selalu terasa begitu, kala tersangat letih, terasa nak balik ke kampung, tutup hp, cabut line phone rumah, and lepak dengan anak sedara, layan dieorg, and so on...tak pening2 kepala dengan masalah dunia, tapi, akhirnya, rancangan itu tak pernah berjaya, well, for almost 2 years, tak jadi...memang nak sangat buat, tapi dah lama tak jadi2, tak tahu kenapa, mungkin ALLAH masih belum izinkan, kerana tanggungjawab masih banyak nak kene buat...agaknyalah...

so, semester baru dah bermula, dengan perancangan untuk madu2, and untuk kaut and tangkap madu2 baru, terasa berat gak tanggungjawab kali ni, tapi, inilah cabaran dunia dakwah...kadang2, terpaksa bertegang leher, and kadangkala, berdepan dengan cabaran sesama "mereka2" yang juga ingin menegakkan Islam, cuma cara yang berbeza, kadangkala, lebih keras, namun, itulah dia perjuangan, jangan dikejarkan 20% orang yang di rebut2kan, tapi, masuklah ke dalam 80% orang yang hanya melihat dan tak ingin pun masuk dalam gerakan Islam...so, lepas ni, kene lebihkan lagi dakwah fardiah, agar mampu untuk menjana madu yang lebih lagi...betul ke? insyaALLAH betul...

teringat, di tempat lain, berebut2 madu yang sorang dua tu, kerana rasa mereka ni bagus, and perlu masuk dalam tarbiyah, tapi, rupanya, ada ramai lagi yang bagus, cuma perlu digilap lebih lagi je...supaya kerlipannya, mampu menyinari alam ini... =)

ok, cukuplah dulu, tak boleh nak lari dari tanggungjawab, nak balik kampung pun, dah start semester, class lagi, so, terpaksa tangguh lagi rancangan nak balik kampung...teruskan sahaja perjuangan ini, dan diharap tarbiyah hati dan diri mampu untuk terus berdiri, dan terus menerus berjalan, dan berlari atas jalan dakwah ini...tapi, tak nak jadi hero....cukuplah sekadar penggerak...lalalala...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Friday, July 07, 2006

semester baru...

Assalamualaikum,

cuti akhirnya berakhir, dengan seribu satu kenangan, dan pengajaran, yang pelbagai sudut mentarbiyah hati dan diri sendiri...pelbagai program diikuti, pelbagai keadaan dan situasi dihadapi, dan akhirnya, kembali semula ke tempat belajar (yang sebenarnya sama je sepanjang cuti! haha)

saat paling gembira, bertemu semula dengan kawan seperjuangan, terutama sekali anak2 usrah yang dirindui, yang hanya bertanya khabar melalui sms, dan calling2 sahaja, selain bertemu sekali di program nasional, terasa kerinduan yang mendalam, untuk kembali menerajui mereka, dan akhir sekali, mentarbiyah mereka menjadi insan yang soleh wa musleh, atau dalam keadaan zakri sendiri "rosak, dan merosakkan..."

jika semester lepas, apabila diberi tanggungjawab untuk membawa mereka ini, hati merasa berat sangat, kerana mempunyai agenda yang berlainan, namun kini, hati tidak sekali mahu melepaskan mereka, kerana berasa bertanggungjawab untuk mendidik mereka, mentarbiyah, agar mampu berdiri seiring, atau lebih laju lagi dari naqibnya yang seorang ini..

dan perasaan paling indah sekali, apabila mencari madu baru, yang kita akn develop mereka dari awal, mengajar erti sebenar hidup di ipt, disamping memberikan ruang untuk mereka berubah kepada yang lebih baik, dan mampu menjadi insan mulia, walaupun telah dirosakkan...

sukar untuk menceritakan keindahan perasaan ini, hanya yang telah melalui sahaja akan memahami...bukan setakat mengikut, tapi, bersama2 menggerakkan dakwah dan tarbiyah di ipt ini..moga semester ini, dan seterusnya, ALLAH memberi kekuatan dan semangat yang lebih untuk memperbaiki diri sendiri, dan anak2 usrah tersayang...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Thursday, July 06, 2006

betapa penat diri ini...

assalamualaikum


-----------------

dalam beberapa hari terakhir ni, terjadi beberapa perkara yang tidak diduga, dan menduga iman...pelbagai keadaan dan situasi yang tak disangka-sangka telah terjadi. berhempas pulas untuk melepasi semua itu, dan akhirnya, berjaya untuk menjadikan diri sendiri seorang insan dan hamba yang lebih mengerti erti hidup ini, dan lebih mengetahui akan keindahan iman dan islam itu sendiri...

tanpa kita sedari, dalam hidup kita, syaitan telah menyelinap, dan memberikan pelbagai persepsi tentang pelbagai perkara...dan tanpa kita sedari, walaupun kita mengamalkan islam, tapi telah mengikut gaya dan penipuan syaitan...kenapa?

cuba fikirkan, dalam solat kita sendiri, sukarnya untuk khusyu', kerana fikiran asyik melayang kemana-mana, ke tempat yang entah, tak tahu kita pernah sampai atau tidak...kadang2, dalam solat jua, kita terfikirkan makanan yang enak, atau makanan yang dipesan tadi, atau teringatkan program di tv...mungkin dan mungkin yang pelbagai lagi...bukan ke?

atau, kita melakukan sesuatu, niat ingin menunjuk, aku pakai baju cantik hari ni, mahal lagi, kelas gitu!! atau kita memakai kasut, jua dengan niat menunjuk, dengan sengaja berjalan dengan derap langkah yang berbunyi kuat, terasa bangga dan cantik kasutnya..tertipu lagi diri ini...bukankah begitu?

atau, kita diuji dengan ujian hati, kawan kita mengguriskan hati kita, lalu terfikir pelbagai perkara yang buruk2...ish, dia ni, memang sengaja nak sakitkan hati aku. ish, dia ni, selalu nak buat diri aku ni malu..ish, dia ni, mulut tak sayang...memanglah benar, tapi bukankah kita tertipu, sekali lagi, dan sekali lagi dengan hasutan syaitan?...

bila diuji, kita mula berfikir yang bukan2, terasa hina diri kita, terasa teruk sangat...lagi2 bila putus cinta, bila terasa diri tak dipuja, kita akn terasa, dan terfikir, yang negatif sahaja...sampai ke satu tahap, sanggup fikir untuk memudaratkan diri, lebih lagi, untuk membunuh diri!!

kalau difikirkan, bukankah ALLAH itu yang menciptakan kita, yang Maha Mengetahui...kalaulah ditolak seseorang (jika melamar, bukan bercinta ye!) cuba fikirkan, bukankah itu lebih baik, lagi2 buat penggerak di IPT, akan punya lebih masa untuk anak usrah, bukankah begitu? atau kita akan punya lebih fokus, daripada terlalu sibuk menghabiskan masa meng"sms" dengan yang tersayang...atau menemani makan, atau menghabiskan duit dan kredit, untuk buah hati pengarang jantung, entah siapa, betul ke?

bila terfikirkan begitu, insyaALLAH, hati akan terasa lebih tenang, memang hakikatnya sukar, tapi sampai bila kita akan berfikiran sempit? mengikut jalan cerita novel yang menjadi khayalan orang lain yang menulisnya, bukankah lebih baik berfikir secara islam? memandang dengan pandangan islam? kan lebih cantik? terasa ALLAH sentiasa ada disisi, tak takut dan tidak bersusah hati...

so, kalaulah kita mula diuji, dengan ujian yang bertimpa2, bukan setakat menyebabkan kita jatuh terduduk, malah tergolek jatuh tangga, pusing2 lagi ke, jangan risau, fikirlah, betapa sayangnya ALLAH pada kita, hingga diberikan perhatian dalam bentuk ujian, yang sedikit ini..tak seteruk Rasulullah pun, yang kene baling batu sampai luka2, yang luka pada peperangan, dan lain2 lagi...cukup sifat ujian fizikal, mental, rohani lagi...

so, fikir-fikirkanlah...adakah kita akan terus dengan kisah hidup kita berdasarkan novel cinta yang dikarang oleh orang lain, dengan khayalan yang entah apa2...atau, kita nak meneruskan hidup kita, dengan gaya hidup sebenar, berlandaskan al-quran dan as-sunnah...yang jauh lebih cantik dan indah...seindah namanya...ISLAM...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-
-cinta tanpa syarat-

Tuesday, July 04, 2006

Peluang dan Ruang Dakwah dan Tarbiyah...

Syor wujud pegawai agama di hospital

KOTA BHARU 3 Julai - Persatuan Perubatan Islam Malaysia hari ini mengesyorkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pegawai agama di hospital memandangkan kira-kira 40 peratus pesakit tidak dapat menunaikan solat lima waktu dengan sempurna.

Presidennya Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata walaupun beberapa hospital telahpun mewujudkan konsep mesra ibadah tetapi usaha itu masih belum mencukupi.

Untuk itu, persatuan akan mengadakan kempen supaya hospital mengadakan peruntukan tertentu bagi menyediakan pegawai agama untuk membantu pesakit Islam menunaikan ibadah, katanya kepada Bernama selepas mesyuarat saintifik kebangsaan dan mesyuarat agung persatuan itu yang berakhir di sini hari ini.

Kajian persatuan mendapati pesakit perlu diberi panduan menunaikan ibadah terutama bagi mereka yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut, katanya.

Dr. Abdul Latif berkata persatuan ada menerbitkan buku mengenai panduan menunaikan solat semasa dirawat di hospital.

Sementara itu, beliau meminta sesetengah pengamal perubatan tradisional dan penjual ubat tradisional tepi jalan supaya amanah semasa mempraktikkan amalan mereka.

“Mereka dikira berdosa sekiranya menipu pelanggan mengenai kemujaraban ubat yang dijual sedangkan kajian tidak pernah dibuat ke atas ubat yang dihasilkan,'' katanya.

– Bernama


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

--------------------------------------

Assalamualaikum,

selama ni, puak2 kristian bertungkus lumus masuk ke hospital2, kampung2 jauh nun ke dalam hutan...percubaan untuk mengembangkan kristian, sangat2 terancang...and dapat dana dari seluruh dunia...and then, umat islam yang cuba untuk pergi, tak mampu untuk meneruskan, kerana kekurangan dana dan sebagainya...so, bila kerajaan and dr latiff sendiri mengemukakan pendapat sebegini, boleh arr digunakan untuk mengembangkan lagi...

teringat, satu ketika dulu, seorang pakcik guna kaedah ini, masuk ke hospital, and try berbincang and so on...tapi, kini dia menumpu pada aspek yang lain...kali ini, kalau ianya menjadi kenyataan, sangat2 boleh digunakan, boleh dipelbagaikan lagi, dan boleh dibuat kerjasama dengan pelbagai pihak lagi...betul kan?

tapi, kalau peluang dan ruang ni, tak dapat digunakan,so, rugilah sangat2...teringat, kalau kita melawan, orang akan melawan balik, kalau berlembut, orang segan, akhirnya menerima pendapat kita...kelakar kan manusia?.... =)

wassalam


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...