Wednesday, January 24, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Nasi Bamboo Sg Klah

Assalamu'alaykum,

So, bersambung lagi dalam siri travelogzakri. Kali ini, ianya diteruskan lagi dengan salah satu tarikan lagi di Sungai Klah, iaitu Nasi Bamboo Sungai Klah.

Kedai Makan Nasi Bamboo Sungai Klah



Nasi Bamboo ini terkenal kerana nasinya dimasak di dalam buluh, dan ianya sangat enak dan berlemak. Keistimewaan utamannya adalah nasi itu sendiri.

Nasi Bamboo
Selain nasi, lauk-pauk yang pelbagai juga disediakan. Terdapat ikan bakar, ikan masak lemak, sayur, ayam bakar, dan yang paling saya suka, adalah daging bakarnya. Sangat enak, dan dihidangkan bersama kuah yang enak. 

Selain makanan, terdapat juga kaunter minuman, di mana ianya perlu dibayar berasingan dari nasi, dan berasingan juga daripada lauk. Minuman terdapat dua bahagian utama, yang pertama adalah kawasan air biasa, yang menjual air manis, seperti air sirap, oren dan lain2. Selain itu, terdapat kaunter air lain khas untuk air kelapa. 

Suasana kedai ini sangat meriah, terutamanya ketika waktu makan tengahari. Parking juga agak susah, walaupun banyak lot parking yang disediakan. Jadi saranan saya, untuk datang awal. supaya mudah parking.

orait. jumpa lagi dalam post yang lain pula!!

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...