Wednesday, January 10, 2018

Drama Runners: Teknik Mendaratkan Tapak Kaki bagi Larian (Running Foot Strike)

Assalamu'alaykum,

bertemu sekali lagi, kali ini saya akan berkongsi satu kaedah dalam berlari, benda yang penting untuk mengelakkan kecederaan, dan boleh menambahbaik teknik larian, dan seterusnya menjadikan larian kita lebih laju.


secara dasarnya, ada 3 teknik bagi foot strike ni, iaitu heel strike, midfoot strike dan forefoot strike. ketiga-tiga teknik untuk "mendaratkan" tapak kaki ini penting, satu untuk mengelakkan kecederaan jangka pendek. Selain itu, ianya juga dapat mengelak kecederaan jangka panjang, terutama bila menggunakan teknik heel strike.

Patterns bagi tapak kaki dalam larian
Ok, teknik Heel Strike adalah bila kita "mendaratkan" tapak kaki kita, dengan mendahulukan tumit (heel). Teknik ini biasanya kita buat bila kita berjalan, di mana kita akan mendaratkan tumit sebelum tapak kaki secara penuh. Teknik biasanya kita buat, kerana kita "terbiasa" dengan cara berjalan yang biasa. Bahayanya? ianya akan menyebabkan lutut kita cepat sakit, tumit juga akan sakit, malah akan sakit berterusan dan lambat baik.

Teknik kedua adalah forefoot strike. Ianya dilakukan dengan "mendaratkan" bahagian depan tapak kaki dahulu. Kebiasaannya dilakukan oleh pelari pecut, di mana mereka memerlukan tujahan tenaga yang tinggi, dan efisien untuk masa singkat. Teknik ini tidak digunakan oleh pelari jarak jauh, kerana ianya akan menyebabkan tenaga cepat habis, dan tidak sesuai untuk jarak yang jauh.

Teknik ketiga, adalah midfoot strike. Kaedah ini yang biasa digunakan oleh pelari amatur yang ingin mengurangkan impak terhadap tumit dan lutut. Kaedah ini adalah dengan mendaratkan tapak kaki secara keseluruhan bagi menahan impak. Kaedah midfoot ini agak sukar untuk dikuasai, kerana ianya perlu dilakukan dengan betul, jika tidak, impaknya masih sama seperti heel strike. Midfoot strike ini memerlukan kita kedepankan sedikit badan kita, dan mendaratkan tapak kaki dalam keadaan lutut sedikit membengkok (lihat rajah). Midfoot strike yang baik adalah antara heel strike dengan forefoot strike.

Teknik mendaratkan tapak kaki ini memerlukan latihan. dan sebenarnya, ianya perlu teknik larian satu badan. Kita perlu menjaga badan, bahu, leher supaya tidak sakit ketika dan selepas larian. Teknik ini akan dikongsikan kemudian.

orait, itu sahaja. jumpa lagi dalam siri yang sama

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...