Sunday, July 12, 2015

Ramadhan kali ini

Assalamu'alaykum,

lama sungguh tidak menaip dalam blog ni. banyak kali nak menulis, namun setiap kali idea datang, tidak berada depan laptop. lagipun, dah tiada orang suka baca penulisan panjang-panjang ni. lagi suka status yang pendek dalam facebook, dan tulisan "typo-baru" dalam penulisan pendek mereka. hihi..


anyway, ramadhan hampir ke penghujungnya, masih teringat di awal ramadhan, bersemangat untuk melaksanakan pelbagai ibadah, dan menetapkan matlamat. dan ketika berada di akhir-akhir ramadhan, ketika badan diuji ke penghujungnya, ketika ini keikhlasan dan keimanan yang akan memandu arah tuju ibadah...

ketika berumur lebih muda, selalu berangan dengan "angan2 ibadah" yang menggunung tinggi, seolah akulah abid yang paling hebat di abad ini, tapi dengan meningkatnya umur, dan dengan pengalaman ramadhan yang lalu, tahun ini, matlamat tidaklah terlalu tinggi. tapi berdasarkan realiti, dan berharap agar apa yang dilaksanakan ini, mampu diteruskan dengan istiqomah sepanjang tahun.

pernah juga terfikir, agar ramadhan ini sepanjang tahun, agar dapat mengambil kesempatan amalan yang berlipat kali ganda pahalanya, hikmahnya.... namun, bayangkan, sekiranya bulan ramadhan ini adalah sepanjang tahun, maka ramai orang akan tidak merasa keistimewaannya, dan tidak lagi menunggu2 bulan yang mulia ini. ketika itu, ibadah mula menjadi lebih "lewa" dan sekadar rutin harian. keikhlasan tenggelam dalam rutin harian yang semakin sibuk.

sebab itulah, mungkin ALLAH menetapkan ramadhan itu hanya satu bulan setiap tahun. agar ketika masa yang singkat ini, kita akan cuba perbaiki diri, menambah baik amalan sepanjang tahun yang banyak terabai, kerana kelewaan kita, atau bak kata Ustaz Hasrizal, "ketidakpedulisme" yang tinggi.

semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari biasanya, dari ramadhan sebelumnya. dan janganlah memecut awal, tapi jadikanlah ianya marathon ibadah yang mana mampu terus dilaksanakan walaupun bukan di bulan ramadhan lagi...

wallahu'alam...


--------------------------
*p.s: ada satu lagi sisi pandangan lain pada ramadhan kali ini berbanding ramadhan lepas, gara2 banyak membaca fb Syed Azmi. ko memang awesome....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...