Monday, January 03, 2011

berhijrah

Assalamu'alaykum,

dah lama tak update blog, bukan sahaja blog, facebook pun jarang2 update, padahal boleh je letakkan satu line; "saya update facebook", tapi tetap tak boleh....jadi keadaan dah jadi bertambah rancak, dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dan percambahan minda....

kali ini, apa yang perlu dilakukan adalah untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, iaitu peringkat doktor falsafah. dan alhamdulillah, seminggu nan lalu, telah berjaya mendaftarkan diri di salah satu universiti tempatan (sahaja), setelah bertarung dengan pelbagai pihak untuk meneruskan pengajian, selepas tersangkut selama lebih dua tahun...alhamdulillah...

tiba di sini, terus bersama dengan saudara arizam yang baru menikah, last two weeks...dan kemudian, hari ini, berjalan sebentar bersama saudara aqib, makan tengahari sahaja. sebab kepenatan, tak larat lagi...perjanjian dengan pihak tuan rumah, untuk melihat2 rumah sekitar seri kembangan, pada petang ini, selepas waktu asar, lepas waktu kerja juga...

anyway, ikhwah sangat baik melayan, dan inilah dia keindahan dan kemanisan ukhuwwah yang terjalin kerana ALLAH, bukan kerana wang ringgit atau pangkat dan kedudukan....tak bersungt, dan mengharapkan yang terbaik buat rakan2 yang lain...

wallahu'alam...saja nak update sikit...perihal diri yang telah mula berchouti...hehe

1 comment:

Nawfal Fathel said...

"saya update blog"

salam blogging

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...