Tuesday, August 10, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Assalamu'alaykum,

malam ini, insyaALLAH jika diizinkan, kita akan kembali "bertemu" dengan bulan penuh keberkatan, bulan yang menjadi rebutan, yang menjadi tunggu-tungguan sekalian umat ISLAM;

BULAN RAMADHAN


ada yang mengeluh dengan kedatangannya,
tidak lagi boleh makan disiang hari,
ngeteh tidak lagi "terang-terangan",
malah, pengeluar rokok juga mengeluh,
kerana kekurangan hasil jualan...

malah ada yang merasa tersiksa,
kerana merasakan tidak lagi boleh beriadhah,
tidak boleh lagi mengumpat sesuka hati,
malah, tidak boleh "beronggeng" lagi...

namun, ada yang penuh penungguan,
penuh rasa iltizam,
rasa seperti inginkan nikmat yang satu ini,
dengan pelbagai persediaan...

11 bulan sebelum ini menjadi "latihan",
dan bulan ramadhan sebagai "pecutan",
agar amalan menjadi "kesibukan harian",
agar bulan ini, menjadi siulan sepanjang "larian"...

dimanakah kita?
harapnya di pihak kedua,
yang menanti kedatangan ramadhan...
tidak mengapa rehat sebentar untuk tidur,
mengumpul kekuatan yang takkan luntur,

ramadhan, ahlan wa sahlan ya ramadhan....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...