Friday, January 15, 2010

taaruf, tafahum, taawun

Assalamu'alaykum,


bismillahirrahmanirrahim....

melihat pada tajuk, beberapa orang telah pun faham, ia merupakan rukun usrah..betul ke? insyaALLAH benar...kan?


akan tetapi, setelah bertahun-tahun usrah, dengan orang yang sama, ada perlu lagi benda2 ni? kenapa pula perlu? haaa...ini yang ramai yang terlupa, sedangkan dalam usrah, telah dibincangkan banyak kali perkara ini...



berkenal-kenalan...


iya, suatu ketika dahulu, pada awal kita bertemu, kita saling tidak kenal, namun, masa telah mematangkan kita, dan kita sudah semakin kenal antara satu sama lain...ketika itu, kita bersama-sama dalam saff pimpinan yang seiring...selalu bertemu di program, dan kita telah kenal isi hati, luar dalam antara satu sama lain...


masa berlalu, kita tamat pengajian, dan ada aktiviti yang kita suka lakukan, seperti bermain futsal, berjoging bersama...dan selalu bertemu saat malam larut, dan tidur bersama beralaskan kain pelikat, dan karpet masjid, sebelum awal paginya bangun...


berlalu lagi waktu, kita masing2 sudah berumah tangga, dan telah bergelar ayahanda, bonda...dan ketika itu, minat dan aktiviti sudah berlainan dari ketika kita bersama dahulu...bukankah begitu? 


oleh itu, berkenalan, perlu sentiasa berlaku dalam usrah kita...kenapa? kerana manusia sedikit sebanyak akan berubah...pekerjaan, minat, aktiviti, dan sebagainya...lalu adakah kita mahu menjadi orang yang ketinggalan?


kefahaman...


ini juga pastinya penting...perlu untuk faham, dan tingkat kefahaman perlu juga bertambah dari semasa ke semasa...ketika awal dahulu, kita ditekankan dengan peri penting untuk faham kenapa ibadah itu perlu...terasa kemanisan Iman itu sendiri...


kemudian, difahamkan lagi, dengan ilmu yang ada, dan amal kita perlu dikembangkan lagi, bukan sekadar amal baik untuk diri sendiri, tapi untuk sama2 mengajak orang lain membuat kebaikan...bukankah cantik? kita baik (insyaALLAH), dan dapat membantu orang lain baik bersama...keluarga, rakan2, masyarakat...dan sebagainya...


maka, kefahaman juga perlu berlaku, seiring dengan perkembangan institusi usrah itu sendiri....


bertolong-tolongan...


sama seperti bertolong-tolongan...ada ketika, pertolongan yang diperlukan, adalah wang ringgit, kerana masalah pelajaran mungkin...


ada kala, ia diperlukan dalam bentuk nasihat..."ya akh, tolong nasihati aku"....


ada kala, ia diperlukan dalam bentuk menolong dihantarkan...


ada kala, cukup sekadar berjumpa, berbual di kedai kopi...


sebab apa? sebab manusia akan berubah sedikit, dari sebelumnya...kan?




kesimpulan


teruskan berkenal-kenalan, teruskan berfaham-fahaman, dan teruskan juga, untuk saling bantu-membantu...semoga ALLAH merahmati kita semua...agar ALLAH terus menjaga hati-hati ini, agar terus dalam jagaanNYA...agar tidak lagi berkeluh kesah...insyaALLAH..


amin..amin...amin...

No comments: