Thursday, March 19, 2009

letih?

Assalamualaikum,

rasa letih? rasa penat?

kadang-kadang, sangat terasa kepenatan, sangat terasa keletihan, macam tak berapa nak larat sangat untuk buat macam-macam benda. rasa macam malas sangat...badan pun sengal2...lagi2 bila melibatkan dakwah dan tarbiyah. usrah macam penat nak pegi, lagi2 minggu ni. terkejar sana, terkejar sini. geng lain pun macam tak support sangat. bosan je...

then, mesyuarat untuk program pun tak boleh nak buat, sebab apa ek? sebab tak sempat menyempat. kursus kene siapkan bahan dulu. bukan satu, tapi banyaakkkkk...cukuplah kata banyak, tak nak bagitahu berapa banyak. malam ada je program. malam ni usrah, malam semalam ada ceramah. malam esok ada dinner tempat kerja. macam tak habis-habis...

pastu terasa nak main je dengan afifah. comey je budak tuh...kalau boleh nak je melepek kat dia..manja2...bukan ke?

tapi, ada terbaca kisah sirah AR-Rasul, bagaimana baginda berusaha, terasa macam, betul ke apa yang aku "penatkan" ni? 

Ar-Rasul setiap hari ke Ka'abah, berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy, disamping berdakwah kepada orang kebanyakan. 

kemudian, ingat tak kisah ar-Rasul ke Ta'if? jauh tu Ta'if, bukan dekat2. nak berdakwah, tapi dapat apa? dapat balingan batu, berdarah2 lagi. aduusssss....aku ada ke pergi jauh2? ada tu ada, tapi naik kereta, sekelip mata dah sampai. ar-Rasul dulu berhari-hari. kalau berhari-hari, macam hujung dunia selatan ni ke hujung dunia utara sana. ok kot...berhari-hari gamaknya...pastu kene baling batu je? Allah....

kemudian, berhijrah ke Madinah, untuk mengumpul dan merangka strategi dakwah yang baru. lebih advance. lagiiiiii jauuuuuuhhhhh.....

bila fikir macam tu, terasa nak berehat pun segan. dah lah Ar-Rasul tu sibuk, penat dan letih tinggal tepi. lepas tu, malam2 boleh lagi berqiamullail...aku? subuh pun terlambat. "as-solahhh tu khairumm minan nauuummm.." pun rasanya macam pernah dengar je dulu-dulu. 

Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...

moga kekuatan seperti dulu itu diberikan ke dalam hati dan jasmani ini...aminnn....

2 comments:

wanie said...

malunyer...

narmI said...

Masya Allah. Anta lebih memahami dalam menilai keberatan beban anta dgn Rasulullah, berlainan langsung dengan orang yang selalu mengeluh dan complain tapi tidak menyedari bahawa kepenatannya itu tidaklah seberapa berbanding Rasulullah

Barakallahu fika!